BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 31 July 2013

alkisah praktikal.

 
 alkisah ditempat praktikal ku adalah sambungan daripada entri lepas.
p/s: aku xberniat nak ungkapkan kelemahan/kekurangan/keaiban orang. cuma ingin mencari sisi positif disebalik kisah ni. boleh jugak share-share dan dijadikan pedoman.
 
kes 1 : salah sorang pegawai belanja kuih, so pegawai A ni bagi kat anak dia suruh bawak balik. 
anak pegawai A ni, umi dia akan datang ambik.
tapi bile umi die nampak plastik kuih ni, dia tanya dari siapa? 
aku pun explain la. dia terus bagi aku benda tu. sbb katanya, ustaz syak suami dia kena mandrem, so tak boleh bawak balik apa-apa yang laki dia bagi.
dah jadi masalah pada aku sebab kuih tu bukan hak aku, lagi-lagi dalam tu jugak ada sambal daging.
 
aku nak bagitau pegawai A tapi serba salah sebab takut nanti makin teruk diorang gaduh. tapi aku risau anak dia (umur 6-10 tahun) bagitau abah dia yang umi dia bagi kuih tu dekat aku. aku jugak takut pegawai A fikir yang aku sokong wife dia. arghh.
 
kes 2 : diorang dah selalu gaduh. siap ber 'aku' 'kau' lagi. cuma belum sampai tahap bercerai. mungkin dah dalam proses ke arah tu. wife dia cakap xkisah pun, dah xda hati pada suami dia. tapi,. still xpuashati selagi xjumpa perempuan tu. dia suruh anak dia mintak nombor fon aku (sebab dia malas nak turun kereta). 10 minit lepas tu dia kol aku. mintak tolong aku spy kekasih suami dia. dia mintak aku ambik no plat kereta. haa. kan dah jadi kes naya kat aku. xpasal-pasal kena terlibat. 
 
pendapat aku : dua-dua ada kelemahan, bukan semata-mata salah lelaki. masing-masing kene baiki kelemahan dalam diri terutama pihak isteri.
kelemahan si isteri :
- suka jaja keburukan suami (ada sorang pegawai bagitau yang rakan kerja dikedua belah pihak dah tau)
- asyik tidur saja (xkemas rumah n masak)
- jarang kemas rumah (rumah jadi kotor sampai suami malu nak bawak kawan2 datang rumah)
- pengotor (malas buat kerja rumah)
jarang masak (si suami pernah cerita yang dia bawak anak-anak sahur dekat KFC)
so, sebb itulah kot suami dia tak tahan. benda ni mungkin dah lama. tapi masa tu xde perempuan lain yang datang dalam hidup dia. sebab si isteri bagitau suami dia ada kekasih dah 6 bulan sedangkan diorang dah ada anak 5 orang dah. maksudnya dulu suami dia xbuat hal. sekarang baru buat hal dan si isteri pulak sekarang baru nak hargai suami dia.
 
tapi berani ka aku nak bagitau isteri dia macam tu? haihh.
tapi pihak suami ada jugak kelemahan dia. 

kelemahan suami : 
- tak puasa
- tak solat
- tak setia
 
solat tu tiang agama. abah aku pernah kata kalau xde disiplin dalam solat, orang tu xkan jadi manusia, xkan dapat pergi jauh.
lagi-lagi seorang suami. kena betulkan diri agar boleh tunjuk ajar pada isteri dan anak-anak.
  
p/s : sama-sama betulkan diri sendiri.
 

ALKISAH PRAKTIKAL

 
oppsss...
sudah lama sangat-sangat tak update blog.
 
sekarang adalah waktu praktikal. dan sekarang pukul 2.42pm aku sedang berada ditempat prktikal.
aku ditempatkan di Unit Pembangunan dan Perolehan Aset. 
tugasan aku untuk masukkan data, taip surat, update status projek dan lain-lain kerja ringan.
walaupun ringan, perlu penumpuan yang tinggi sebab melibatkan benda fakta esp. maklumat peribadi.
kebanyakan kerja aku mesti guna internet. 
 
pada awal 3minggu kat sini, aku sorang saja. tapi sekarang seorang student praktikal dari Uitm Merbok join unit ni. sebenarnya dia dari Unit lain, tapi dekat unit lain xda meja lebih. so, dia tumpang duk sini. 
kalau ada kerja barulah bos dia akan panggil naik atas.
 
secara peribadinya, seronok praktikal dekat sini. kerja tak banyak, pegawai semua peramah dan yang paling penting ada komputer n internet kat depan aku ni ha.
 
tapi, ada jugak yang tak best. iaitu krisis rumahtangga.
bukan rumah tangga aku, tapi salah sorang pegawai kat unit aku.
aku terpaksa/dipaksa terlibat sama nampaknya.
 
  aku akan bercerita di entri seterusnya.