BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 15 August 2013

TERHARUUU

hari ni hari raya ke-8. dan hari ni juga merupakan hari terakhir aku di PPD KB.


aku sangat seronok. semua orang aku bagitau. yakin sangat yer. sebab overconfident, aku tak sedar bahawa ketentuan Allah mengatasi segalanya. nah, tadi motor aku bocor xjauh sangat dari rumah. nasib baik, aku terus kol rumah. nasib baik jugak ada adik yang pandai repair everything. dua kali adik aku ulang-alik sebab aku lupa bagitau tayar belakang ker depan yang bocor. ma aku plak xdak kredit, so, xleh kol nak tanya aku. 
terharu plak aku ada adik yang mudah mintak tolong. 
lantas, aku teringat balik aku marah-marah adik aku tu n kata macam-macam. padahal, air dicincang takkan putus. dengan adik aku tu jugakla aku mintak tolong kan.

masa adik aku balik amik tayar spare, ada sorang abang brenti tanya masalah. lagi sekali aku terharu sebab masih ada insan berhati mulia nak tolong walaupun tak kenal. aku pun ucap terimakasih saja dekat dia sebab adik aku datang nanti. semoga ramai orang yang murah hati camtu.

lepas adik aku siap repair apa yang patot, aku pun gerak. kena jugak gi kerja arini sebab hari last n aku xnak dah ganti hari lain. nasib baik gak syazana tu nak tolong punch card untuk aku. heeee.

xsampai 1 kilometer aku jalan, aku nampak kat depan aku ada sorang pakcik duk tengah jalan yang aku nak lalu. ingatkan buat pe, rupanya dia alihkan bangkai kucing yang kena langgar. tersentuh pulak hati aku biler tengok scene tu. walaupun kucing tu dah mati, eloklah kita alihkan bangkainya ketepi jalan sebagai tanda hormat sesama makhluk Allah. lagipun, mungkin terjadi eksiden lain kalau bangkai yang sebesar tu terus di tengah jalan. bagus pakcik tu, aku sendiri pun macam malu kot nak buat semua tu, lagipun, bangkai kan busuk. bukan semua orang ade hati luhur macam pakcik tu. 

akhirnya, sampai jugak aku dekat PPD KB, dan dapat jugak aku ke majlis aidilfitri Unit Akademik - InsyaAllah boleh amik gambar bersama kawan-kawan praktikal lain. 

petang ni, agenda nya nak ke rumah kawan aku -MIzah- sebab dia dah ajak, terharu lak..hehe...mizah ni kawan yang aku jumpa masa buat lesen motor tahun 2007/2008 gitu la kot...dah lama betul tak jumpa, lepas tu kerumah Haslina - abang dia kawin. INSYAALLAH jika takda halangan.

* arini jugak sebenarnya ada majlis sambut menantu sepupu aku di Salor. 

Tuesday 6 August 2013

IMPIAN RAYA

IMPIAN AKU SETIAP KALI RAYA :


1. nak buat sendiri ketupat daun palas


2. nak buat biskut raya banyak-banyak
3. hias rumah sendiri, tambah perabot
4. nak prepare duit raya banyak-banyak untuk sedekah pada budak-budak
5. nak masak macam-macam dan jemput semua orang makan. 
6. belanja baju raya untuk adik-adik dan ma abah
7. jalan-jalan umah kawan-kawan dan cikgu dengan kereta sendiri
8. buat BBQ malam raya sambil panggil orang takbir raya dekat rumah
9. sebelum raya, jalan-jalan kat rumah anak yatim di sekitar dan bagi sumbangan setakat mampu

Dongeng Budak Yang Bijaksana

Di suatu negeri antah-berantah bertahtalah seorang raja yang arif bijaksana. Raja itu hidup bersama permaisuri dan putra-putrinya. Rakyat sangat mencintainya. Istananya terbuka setiap waktu untuk dikunjungi siapa saja. Ia mau mendengar pendapat dan pengaduan rakyatnya. Anak-anak pun boleh bermain-main di halaman sekitar istana.
Di negeri itu hidup juga seorang janda dengan seorang anaknya yang senang bermain di sekitar istana. Setiap pergi ke istana, ia selalu membawa binatang kesayangannya, seekor nyamuk. Leher nyamuk itu diikat dengan tali dan ujung tali dipegangnya. Nyamuk akan berjalan mengikuti ke mana pun anak itu pergi.
Pada suatu petang, anak itu sedang bermain di sekitar halaman istana. Kerana asyik bermain, ia lupa hari sudah mulai gelap. Raja yang  baik itu mengingatkannya dan menyuruhnya pulang.
“Orang tuamu pasti gelisah menantimu,” kata raja.
“Baik, Tuanku,” sahutnya, “karena hamba harus cepat-cepat pulang, nyamuk ini hamba titipkan di istana.”
“Ikatkan saja di tiang dekat tangga,” sahut raja.
Keesokan harinya, anak itu datang ke istana. Ia amat terkejut melihat nyamuknya sedang dipatuk dan ditelan seekor ayam jantan. Sedih hatinya karena nyamuk yang amat disayanginya hilang. Ia mengadukan peristiwa itu kepada raja karena ayam jantan itu milik raja.
“Ambillah ayam jantan itu sebagai ganti,” kata raja.
Anak itu mengucapkan terima kasih kepada raja. Kaki ayam jantan itu pun diikat dengan tali dan dibawa ke mana saja. Sore itu ia kembali bermain-main di sekitar istana. Ayam jantannya dilepas begitu saja sehingga bebas berkeliaran ke sana kemari. Ayam jantan itu melihat perempuan-perempuan pembantu raja sedang menumbuk padi di belakang istana, berlarilah dia ke sana. Dia mematuk padi yang berhamburan di atas tikar di samping lesung, bahkan berkali-kali dia berusaha menyerobot padi yang ada di lubang lesung.
Para pembantu raja mengusir ayam jantan itu agar tidak mengganggu pekerjaan mereka. Akan tetapi, tak lama kemudian ayam itu datang lagi dan dengan rakusnya berusaha mematuk padi dalam lesung.
Mereka menghalau ayam itu dengan alu yang mereka pegang. Seorang di antara mereka bukan hanya menghalau, tetapi memukulkan alu dan mengenai kepala ayam itu. Ayam itu menggelepargelepar kesakitan. Darah segar mengalir dari kepala. Tidak lama kemudian, matilah ayam itu.
Alangkah sedih hati anak itu melihat ayam kesayangannya mati. Ia datang menghadap raja memohon keadilan. “Ambillah alu itu sebagai ganti ayam jantanmu yang mati!” kata raja kepadanya.
Anak itu bersimpuh di hadapan raja dan menyampaikan rasa terima kasih atas kemurahan hati raja.
“Hamba titipkan alu itu di sini karena di rumah ibu hamba tidak ada tempat untuk menyimpannya,” pintanya.
“Sandarkanlah alu itu di pohon nangka,” kata raja. Pohon nangka itu rimbun daunnya dan lebat buahnya.
Keesokan harinya, ketika hari sudah senja, ia bermaksud mengambil alu itu untuk dibawa pulang. Akan tetapi, alu itu ternyata patah dan tergeletak di tanah. Di sampingnya terguling sebuah nangka amat besar dan semerbak baunya.
“Nangka ini rupanya penyebab patahnya aluku,” katanya, “aku akan meminta nangka ini sebagai ganti aluku kepada raja!”
Raja tersenyum mendengar permintaan itu. “Ambillah nangka itu kalau engkau suka,” kata raja.
“Tetapi, hari sudah mulai gelap!” kata anak itu. “Hamba harus cepat tiba di rumah. Kalau terlambat, ibu akan marah kepada hamba. Hamba titipkan nangka ini di istana.”
“Boleh saja,” ujar raja, “letakkan nangka itu di samping pintu dapur!”
Bau nangka yang sedap itu tercium ke seluruh istana. Salah seorang puteri raja juga mencium bau nangka itu. Seleranya pun timbul.
“Aku mau memakan nangka itu!” kata putri berusaha mencari dimana nangka itu berada. “Kaiau nangka itu masih tergantung di dahan, aku akan memanjat untuk mengambilnya!”
Tentu saja putri raja tidak perlu bersusah payah memanjat pohon nangka karena nangka itu ada di samping pintu dapur. Ia segera mengambil pisau dan nangka itu pun dibelah serta dimakan sepuas-puasnya.
Kita tentu dapat menerka kejadian selanjutnya. Anak itu menuntut ganti rugi kepada raja. Pada mulanya raja bingung, tetapi dengan lapang dada beliau bertitah, “Ketika nyamukmu dipatuk ayam jantan, ayam jantan itu menjadi gantinya. Ketika ayam jantan mati karena alu, kuserahkan alu itu kepadamu. Demikian pula ketika alumu patah tertimpa nangka, nangka itu menjadi milikmu. Sekarang, karena putriku menghabiskan nangkamu, tidak ada jalan lain selain menyerahkan putriku kepadamu.”
Putri raja sebaya dengan anak itu. Akan tetapi, mereka belum dewasa sehingga tidak mungkin segera dinikahkan. Ketika dewasa, keduanya dinikahkan. Raja merayakan pesta secara meriah. Setelah raja meninggal, anak itu menggantikan mertuanya naik takhta. Ibunya juga diajak untuk tinggal di istana.


KISAH DONGENG masa kecil ku

semalam (27 Ramadhan), jam 11 lebih ketika sedang memaksa mata aku untuk tidur, tiba-tiba ada nyamuk serang aku sebab masa tu aku belum on ubat nyamuk. *sebab malas.

nak dijadikan cerita, aku memang suka berkhayal fikir bukan-bukan so, aku terus meleret-leret dan teringat 1 buku cerita masa aku sekolah rendah dulu. cerita tu bertajuk Permaisuri Nyamuk kalau tak silap aku. ceritanya lebih kurang macam ni :
             
           Ada sebuah kampung yang tidak aman sebab sering diserang nyamuk. nyamuk-nyamuk tu sangat                  banyak. mereka (nyamuk-nyamuk) perlu serang dan hisap darah penduduk kampung sebab                          perlu/wajib bagi darah tu pada permaisuri mereka setiap hari. mana-mana nyamuk yang gagal berbuat            demikian, darahnya sendiri akan disedut oleh permaisurinya dan dibunuh. permaisuri tu memang 'jual              ikan' (selfish). nyamuk tu perlu bawa balik darah dalam kuantiti tertentu, kalau tak cukup pun terima              nasib yang sama. oleh itu, ramai penduduk yang mati sebab sering jadi mangsa kena hisap darah oleh            tentera-tentera nyamuk tu. bukan manusia saja, haiwan ternakan pun kena, asal benda tu ada darah.             (ekstrem tol kan sampai boleh mati, padahal nyamuk je).
disebabkan tidak mampu menahan lagi, ketua kampung pun membuat rundingan dengan Permaisuri Nyamuk. permaisuri ni saiz dia sebesar kambing jantan (buku cerita tu la yang cakap). lepas rundingan, permaisuri tu setuju untuk tidak menyerang penduduk kampung lagi dengan syarat setiap hari/minggu/bulan (aku pun tak ingat jugak tu) penduduk kampung perlu menyerahkan seorang korban. korban / manusia yang menjadi mangsa tu perlu ditinggalkan di sebuah pondok di tengah hutan dan tentera nyamuk tu akan menghisap darah mangsa korban tu sahaja.
           mangsa pertama yang terpilih ialah seorang budak miskin yang kematian bapanya. walaupun miskin,   budak ni memang bijak dan anak yang baik. oleh itu dia sanggup menjadi mangsa yang pertama. dahulu, arwah ayahnya merupakan seorang pemikat burung, ayah dia memikat burung menggunakan getah damar (kalau tak silap) yang mudah tanggal bila dibasuh dengan air. pemergian ayahnya kerahmatullah telah meninggalkan getah-getah itu yang disimpan dalam tempayan dibawah rumahnya. kerana kebijakkannya, dia telah mendapat ilham untuk membunuh nyamuk tersebut dengan getah damar itu. namun, rancangan tidak diberitahu kepada sesiapa termasuk emaknya, kerana bimbang rahsianya bocor walaupun emaknya sangat sedih kerana bakal kehilangan dirinya. 
           sebelum berangkat ke pondok di tengah hutan dengan diiringi beberapa orang penduduk kampung, budak itu terlebih dahulu membungkus cecair getah itu didalam daun pisang dan disorokkan didalam bajunya. sambil dihantar oleh semua penduduk kampung, budak itu diiringi kedalam hutan untuk menjadi korban kepada permaisuri nyamuk yang kejam itu. setelah sampai dihutan, penduduk kampung yang mengiringinya meninggalkannya dan tanpa membuang masa budak itu pun cepat-cepat membuka baju dan melumurkan getah diseluruh badannya. kemudia dia berbaring menunggu kedatangan tentera nyamuk yang ingin menghisap darahnya dengan debaran. dia juga berdoa agar rancangannya berhasil. 
           tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi dengungan nyamuk dari jauh. dia bersiap sedia dan membiarkan nyamuk menyerangnya. namun, nyamuk-nyamuk itu melekat diseluruh badannya tanpa dapat melepaskan diri lalu mati. seluruh badannya menjadi hitam kerana nyamuk yang banyak itu melekat dibadannya. dia sangat gembira walaupun badannya menjadi berat dan terhoyong-hayang semasa dia berjalan. 
            keesokannya, beberapa orang kampung datang untuk mengambil 'mayatnya'. namun, mereka semua terkejut dan lari lintang-pukang apabila melihat dirinya yang disangkakan hantu. dia cuba memanggil namun mereka tidak mengendahkan. budak itu terus berjalan perlahan-lahan keluar dari hutan dan menuju kekampungnya. penduduk yang berselisih dengannya pasti melarikan diri. tetapi setelah itu, dia berjaya meyakinkan orang kampung dan menceritakan apa yang terjadi. orang kampung bersorak gembira dan membuat rancangan untuk membunuh permaisuri nyamuk tersebut. kampung kembali aman. :)


p/s : zaman dulu, buku cerita tu memang pemes dan ada banyak siri selain Permaisuri Nyamuk.



Di pagi 28 Ramadhan

SELAMAT PAGI setiap orang (everyone)


hari ini hari Selasa, 6 Ogos 2013 bersamaan dengan 28 Ramadhan 1434 Hijrah.

dikala ini, aku seorang diri di ofis Unit aku. Syazana, seperti yang aku jangka tak datang ofis hari ini - cuti. sepatutnya dia start cuti semalam lagi, tapi disebabkan bos dia (Unit Kualiti) suruh datang opis amik sumtim, dia pun kira semalam sebagai 'bekerja' dan balik sekali dengan aku jam 5. (biasa balik 4.30ptg tapi semalam aku sampai ofis kol8 so, aku kena lewatkan jugak waktu balik) so, keseorangan la aku arini .

bos aku ada sorang lagi yang masih tidak cuti - tapi ada pun macam xda. dia berhibernasi dalam bilik dia saja. pastu hilang ghaib entah kemana. LOL.

Dalam pikiran aku sekarang tgh serabut, banyak benda lagi aku tak setel.

1. dokumen untuk mesyuarat/taklimat pembuka tender tak setel lagi
2. laporan akhir praktikal tak tulis apa pun lagi. ingat nak siapkan sebelum raya! :'(
3. biskut raya tak sempat buat lagi sebab masih tak cuti, tak sempat nak g beli barang-barang.
4. selipar n tudung raya tak cari lagi
5. baju raya, telekung solat tak basuh lagi, nak rendam pewangi baju lagi. 

haa, kronik tak? 
tu laaa, balik keje tolong2 ma kat dapo. pastu rilek, mandi, semayang dan tido. aku selalu tido sebelum jam 11 sebab taknak mengantuk dekat ofis. kalau aku mengantuk, memang jadi masalah. sebab aku akan jadi MALAS. haaa, satu keje pun tak buat lagi ni. nasib baik rajin jugak gi amik surat dekat pejabat AM. kalau tak, memang pemalas tahap kronik dah tu. buatnye ada notis/surat penting, naya aku. 

dah dah dahhhh...start buat kerja cepat !!

RASA HATI

Disaat aku mendekat
Dikau menjauh
Kecewa dihati ini
Lantas ku undur diri
Tak mampu menahan
Tak mampu membenci
Aku tidak mengerti, cintakah lagi?

Aku cuba berjanji pada diri
Aku akan membenci setengah mati
Membuang segala sisa cinta
Membuang segala sakit di dada
Berminggu ku termenung
Tidak ku tahu arah tuju
Tidak ku mengerti
Mengapa pada diriku ia terjadi?
Namun aku tidak mampu untuk terus membenci
Dirimu tetap ku tunggu
Walau terasa bodohnya diri

Kini engkau kembali
Kembali mencantum sisa cinta yang ada
Engkau bermain tarik tali
Buat diriku sakit hati lagi
Aku pasrah sendiri
Aku makin mengerti
Engkau sebenarnya tidak peduli
Hanya mencari tika sunyi
Hanya kembali bila sendiri
Aku malu lagi
Terasa diri tidak bererti
Mungkin bukan diriku ditetapkan ilahi buat dirimu
Aku juga sedari
Ada yang lain menanti
Aku perlu pergi
Pada dia yang menghargai

Sunday 4 August 2013

silence

TAK JADI CERAI sebabbb..



Cerita penceraian aku dgn isteri ni berlaku pd taun lepas . Kitorg da 9 taun kawen , & da ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri . ' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg dapat tunaikan . ' Tersentak aku . Knape pulak tibe2 . Aku xblas ap2 sms dri isteri . Jam pulak dah pkul 5 waktu aku bersiap utk ambil isteri balik kje . Sampai ke office die pn dalam roughly pkul 5.30 ptg . Die masuk dalam kereta dan diam . Aku pn mula la bukak suara , ' kita ke tasik titiwangsa nak ? ' . Die jwb ringkas , 'ok ' . Xjauh pn dalam 10 minit dah smpai sebab tempat keje die kat area jalan Ampang . Jalan pn xjem sgat time tu . Kitorg duduk dkat satu pondok . Aku mule bertanye .

Aku : Why so sudden ? Skrg da rase abg xcukup kacak ke ? ( aku cube bergurau )
Ina : Sebenarnye ina da agak letih . Kesihatan abg xpernah baik . Setiap pkul 3 pgi , ina mesti bgun buatkan abg air jus epal utk ubat sakit batu krg abg , tapi xpernah baik . Mlm smlm ina bgun pkul 3 lagi , buatkan air . Smpai ke office plak , pendrive ina rosak , dlam tu ade dokumen yg bos nak , ina dah kne marah . Smpai waktu lunch , ina beli mknn , bihun tu basi plak . Mcm2 hal jdi hari ni . Nak balik tdi , kaki ina terpeleot smpai jatuh kat dpan client . Malu la abg . Ina xcukup tidur , ina nak mintak cerai .

Memang betul . Dah lame tp kesihatan aku xpernah baik . Aku ditakdirkan terkena batu karang . Da mcm kaedah berubat tapi xjugak baik . Da 3 taun . Ubat tradisional . Aku pn xpernah gune alternatif perubatan laser sbb mhal . Jus epal yg aku minum tu cume bole reduce sakit ap yg aku alami ni . Kalau x malam2 aku mesti berdarah jugk la . Financial pulak problem sbb anak aku kne hinggap lelah , so duit byak keluar utk die msuk wad . Aku bgi jawapan utk isteri .

Aku : Abg sbenarnye agak terkedu . Tapi ina da buat keputusan . Abg berkahwin dgn ina bersebab . Klau bukan utk bhagiakan ina , utk spe lagi . Tapi ina xbhagia , abg kne pulangkan balik hak ina . Ina berhak utk lebih bhagia drpd skrg . Abg mintak maaf atas ap yg ina dah lalu ni . Mgkin 3 taun mse abg tgah sakit ni byak buatkan hati ina menangis . Tapi takdir Allah ni abg xboleh tolak . Abg kne truskan jugk kehidupan . Abg tunaikan permintaan ina utk lepaskan ina . Abg redha sbb abg sygkan ina . Ini pn tggungjwb . Tapi mggu dpan abg lafazkan cerai bole ? Lagipn mggu dpan abg outstation , ank2 kite pulak cuti skolah . Takut diorg terkejut pulak bnd yg dtg tiba2 ni . Soal pembahagian anak tu abg xkan berebut . Kite ad 2 anak , abg akan ambil yg sulung , ina ambil yg bongsu . Utk sminggu ni , abg tidur dkat ruang tamu atas sofa . Mgkin anak2 xkan syak sbb abg akan buka tv smpai pgi mse abg tido . Terima kasih atas jagaan ina slame 9 taun ni . Da mcm2 yg kite tempuh . Ina jgn menangis lagi . Air mate ina tu sgat berharga . Bila kita dah xbersama nnt , ina jgn lupe utk tutup suis sterika pgi2 . Lepas ina gosok tudung , ina mesti lupe . Abg xmrah . Kereta kita ni manual , ina dah lame xbwak manual kan ? Esok abg akan hantar utk tuka gearbox auto . Ina boleh pkai kereta , abg pkai moto je pegi kje . Safety first ina , pkai seat belt mse memandu . Ina slalu lupe , tapi abg pkaikan .
Ina : Minggu dpan ? Boleh la , lagipn mse tu cuti skolah , ina akan bwak budak2 balik kg . Ok .

Dalam mse smggu tu , aku tidur dkat luar . Bernyamuk jugk & pnas sbb air cond dkat dlam bilik . Aku jenis tido mati , berpeluh pn lena je tido . Tapi ina tu xpenah lupe utk bgun pagi buatkan aku jus epal utk aku minum , seperti kebiasaan . Da bermcm dvd jugk aku tgk kat rumah tu , walhal xpenah2 tgk dvd slame ni . Cume tau beli je . Tu pn ina yg nak sbb lepak mapley je msti beli satu dvd . Aku dgn die ni xsme taste , mane la aku suke cerita jiwang2 ni . Huhu . Smpailah cukup smggu hari sabtu pagi .

Aku : ina , abg nak cakap sket ni . Dtg dkat abg kejap bole ?
Ina : ye abg , knape ?
Aku : abg da jnji dgn ina abg nak lepaskan ina , abg nak lafazkan cerai .
Ina : hah ? Xboleh abg . Jangan ! Ina sygkan abg . Ina da buat keputusan yg slah . Ina mintak maaf . Kite balik smula ye abg . Ina lupe dgn janji abg , tapi ina xbiase bile abg xde . Org yg boleh fham ina dgn baik cume abg . Ina xkan ulang bnd ni lagi dkat abg . ( Ina menangis . Nasib baik anak2 ad dkat luar rumah , kitorg dkat dapur )
Aku : abg dah lame ampunkan ina . Ina xslah dlam hal ni . Abg pn susah hati bile ina xde . Takdir Allah , tuhan da baikkan hati ina . Abg tipu sunat dkat ina . Sbnrnye abg xde outstation . Abg bgi alasan tu sbb abg nak ina bertenang utk ina fikir balik keputusan ap yg ina dah buat . Abg mintak maaf . Dah 9 taun , abg pn xbiase klau xtgk kecantikan ina waktu pgi tanpa mekap . Abg rase sejuk . Walaupn ina tidur dgn berbagai gaya . Sendawa ina lepas makan , betul2 buat abg tergelak . Lnsung xcover . Tapi tu la , klau ina xnak kat abg ni , abg makin tua makin tampan . Melepas la ina .
Ina : abg niiii . ( ina pn peluk aku ) . Ina shampoo rambut abg nnt nak ? Da slalu rase air tgan ina ni bru la abg xmenggatal .
Aku : Hamboii . Bodek num 1 . Haha .

Alhamdulillah aku dgn ina xjdi bercerai . Takdir Allah hubugn tu slamat dgn masa . Ad care sbnrnye mcm mane aku nak tackle problem ni . Alasan die sbb die letih bgun pgi buat jus epal utk aku . Die kene tau , level die sbgi isteri die terpaksa buat . Aku xpernah pakse , cume aku ni pn org yg susah utk bangun seawal 3 pgi . Huhu . Tapi terpaksa die ni adalah kerja utk Allah . Yelah sbb jge suami kan . Dari hati yg terpakse tu die akan ikhlas . Macam solat . Org yg nak berubah die kne bentuk diri die dgn solat . Die buat dlam keadaan memaksa . Tapi hati ni milik Allah . Lame2 die akan ikhlas & redha . Ikhtiar aku , cume aku berdoa mintak die dilembutkan hati . Standard org perempuan , emosi die ni turun naik . Bile emosi die naik , moral die akan down & marah . Time ni la die kurg sabar . Bile buat keputusan , mmg die akan ikut ape aje yg terlintas . Die akan capai yg mane ade dulu dalam fikiran die . Emosi die xstabil .

Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ade helah knp aku bawak die ke tasik titiwangsa dulu mse die mintak cerai . Kat situ mulanya date kitorg dulu . Waktu tu , Ina tersalah dial telefon . Angka cuma lari 1 je dari num yg die nak dial tu . Die cari Ramli mase tu . Aku bile dgar suara perempuan je , ape lagi . Gune kan lah teknik penyamaran . Lagipn suara die ni sedap didengar sbb suara manje . Lagilah aku lentok . Cume die cakap laju je . Kete die tgah problem mase tu sbb xleh nak start ( kete kancil ni da jual , aku beli kete baru ). Aku bgi die troubleshoot . Tapi die xpndai sbb org perempuan kan . Bab2 ni die xlaju . Kesian pn ade sbb dgar suara die dah nak nanges . Lagilah aku xjdi nak menipu , aku ckap aku bukan Ramli . Aku cakap aku dtg nnt , kalau die sudi . Die dah start risau , tapi aku gtau waktu siang ni . Aku xmungkin nak culik die . Klau die ade rase ragu2 , die boleh jarakkan diri 50 meter dri aku & start menjerit klau nampak aku ni meragukan nnt . Niat cume nak tolong . Aku smpai & jumper battery die balik & kete boleh start . Tapi die xjarakkan dri aku pn , die tgk dgn penuh minat & penuh dgn pertanyaan . Aku pn tanye la , ' dalam kete awak ni ade payung berger x ? ' die tnye ' kenape ? ' . Aku jawab , ' kalau ade , sy nak bukak kaunter pertanyaan kat sini ' . Die kate aku perli pulak . Haha . Kete die mmg kemas & superb wangi . Die bukak pintu kete & ambil air twister mase tu bgi dekat aku . Aku balas , ' Aih xkan ni je . Nasik2 xde ke ? Kot ade jamuan ringan nnt , jgn lupe call pulak . Sy ni kuat makan ' . Tu la 1st aku tgk die senyum & gelak . Memang mengekek . ' Aih minah ni . Ade bela ke , ' tanye aku dalam hati . hahaha .

Memang betul . Tiap kali gaduh ni , 1st thing yg aku akan recall , mcm mane aku boleh kenal ina ni & knp mesti aku mule bercinta dgn die dulu . Mase tu da berlalu . Bab ni mmg pentg . Itulah resepi knp aku dgn die bole bertahan smpai 9 taun lamenye . Tapi mate die mmg sgat cantik . Mungkin tu sbb knape aku terpikat dgn die kot . Main2 mate dgn aku , mane aku boleh than . Cair terus . Haha

Sblum kawen dgn ina ni , aku da kaji habis-habisan ape watak die . Tapi mse bercinta tu xnampak . Agak tricky jugk , xkn la xde salah lansung . Makan pn elok je sopan . Macam aku makan dgn permaisuri agong plak . Haha . Tapi mse bercinta dulu ina da terkantoi . Aku tgk tudung die ad sikit terbakar . So aku tanye kenapa . Die kate die nak cepat tdi sbb aku da nak dtg . Dri situ sbenarnye aku tau die seorg yg agak kurg sabar . Die xprepare awal sblum aku nak dtg . Org mcm ni die cpat buat keputusan bila die mrah .

Orgnya sensitif . & die seorg yg simple . Simple tu sbb die suke knekan pkaian yg ringkas . Die xpndai pilih baju . Sluar jeans die pn akak die yg belikan .Die takut pd lipas , so aku agak die seorg yg pengemas . Bwah katil die mesti clear xde brg . Klau x die xsng tido .

Penyayang , tu pn sbb die bela kucing . Waktu kucing die mati dulu , aku ade & die riba mayat kucing tu . Kucing tu dah berdarah2 , tapi die msih boleh riba .

Concern , tu pn sbb die tgk budak2 laki xsolat , lepak2 dkat mapley . Die tanye aku dah solat blom , die risau klau aku xsolat , mcm mane aku nak jge die esok2 .

Family first , mse aku kenal die , die cpat2 bgtau family die yg die tgah berkenalan dgn aku .

Caring , stiap pgi die xkan lupe utk bgi salam dkat aku & die xnak aku kerja lebih mse sbb takut kesihatan aku terabai .

Talkative , klau berckp telefon dgn die , 10 minit pn xcukup utk 1 sesi .

Tabah , die pernah sakit tapi die slalu sedapkan ati kuatkan diri utk family die , xnak family die risau keadaan die .

Terurus , die suke pd bnd yg wangi , die secara natural xade bau yg mengharukan .

Friendly , die seorg yg suke b'kwn tapi kdg2 org suke amek kesempatan pd kebaikan die ni .

Rajin memasak , die suke klau bab2 nak suro aku try makan ni . Tapi die ttap xpndai buat nsik grg . Mee grg ok . Lagipn , die ni jenis yg xmakan nasik .

Cantik , ini yg kdg2 buat aku risau ( jeles memanjang ) . Die ade kacukan korea & die gebu orgnye . Tapi da slmat jdi isteri aku pn . So aku xrisau . She's really a perfect girl to be married .

Ingat bro . Perempuan ni die perlukan perhatian . Kesilapan paling utama , bile ko buat die menangis . Time ni la , cerita yg xde bakal diada2 kan . Sbb die confuse . Org laki ni plak suke buat org perempuan confuse . Bile marah @ kecik ati je diam . Klau yg pnas baran tu , mgkin naik tgan la . Maki2 ke . Ini lansung xgentleman . Alam perkahwinan ni lain . Susah mmg ade , tapi seronok pn ad . Aku kawen dgn ina waktu die msih mude , die bru abes blaja . Pembawakan die agak kebudak-budakan tapi perlahan2 die matang bile da jdi isteri . Byak part yg die akan blaja , secara automatiknye die akan pndai . Contoh , die xpndai gsk baju kemeja dlu sbb die xpernah buat . Aku ajr die gosok , smpai skrg die pndai , baju kemeja aku mmg kemas . Member2 msti tego , ko pkai baju bru ke ni ? Kembg semangkuk sat . Bini pndai jage , mmg tip top lah hasilnye aku ni . Hehehe .


p/s ; cerita ni aku copypaste dari FB untuk perkongsian semua dan untuk ingatan aku jugak bila dah kahwin nanti. tehehehe..

MOOD RAYA seyhh



Entri kali ni aku ceritakan dalam mood RAYA. Yuhuuu

Hari ni hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis adalah HARI RAYA AIDILFITRI bagi tahun 2013..yuhuu..

Orang lain (adik-adik) aku dah rilek kat rumah sebab cuti sekolah dah start. adik aku - umairah - siap text aku dengan ayat sengal/kerek dia '' selamat bekerja :) hamba tdoe dlu deh.haha ''

Jalan pun lengang je pagi tadi masa aku OTW mai keje (praktikal). Seronok tapi sedih pun ada. Hahaha. JELES kayh.. dahlah radio Suria tuh bukan syif Adibah Noor dan Halim Othman. boring tol DJ dua orang ni. Syazana - ofismet aku plak dah naik kat unit dia. tinggal aku sorang. nampak macam busy duk menaip - tapi bukan buat keja - duk bukak FB dan blog. ehehe

Dua orang bos aku dah pun start cuti, selama 3 minggu. Itu bermakna, aku takkan jumpa dia dah kot – kecuali ada hal-hal yang memerlukan dia datang ofis, tapi ade je sorang lagi bos yang belum cuti..ikutkan hati aku pun nak cuti tapi rasa tak sedap hati lak nak menipu. haha. kena jugak cukupkan 6 minggu.

Tempoh praktikal aku pulak ada seminggu saja lagi – dalam kata lain, ada 5 hari lagi. So, aku ingat nak kerja sampai Rabu, untuk sehari lagi kita cover lepas raya. Osemm.

Tapi, bila nak buat biskut raya ni? Anak sedara ku yang osem tu dah banyak kali tanya aku bila nak buat, dia still ingat tahun lepas aku buat biskut dan dia datang ganggu tolong. Sian dia kalau aku tak buat biskut tahun ni.

Praktikal dah nak tamat – SERONOK – tapi lepas tu kena buat report. Asik asik report. Boring seyhh. Sebenarnya dah muat dengan esaimen dan tarikh submit esaimen. Report = esaimen. ==’

p/s : suka sangat tadi masa nak bertolak, anak sedara aku tu hantar kat pintu sambil lambai ‘bye bye chik’ . sobs

BIRTH OF MY BLOG



Hai Guys!
Ini belog saya. belog ni lahir pada tahun 2011, so dah 3 tahun la umur dia.
Saya bukan la rajin sangat mahu menulis dan menaip dan berfikir. Tapi, bukankah semua tu aktiviti yang sehat? So, saya paksa diri saya teruskan usaha murni ini. Cehh!
Lagipun, saya seorang makhluk yang sangat sentimental. Setiap yang berlaku dalam hidup ni, saya rasa saya tak boleh lupakan begitu sahaja. RUGII.

Pastu, bila saja saya scroll-down post dulu-dulu, rasa seronok lak sebab saya ada kenangan untuk disimpan. Walaupun tulisan makhluk ini sangat hampeh. K.

Kadang-kadang saya rasa saya ni dua orang yang berbeza. Garang, ego, pemarah diluar tapi dalam hati ni lembut dan sensitif. Oleh itu, mungkin dengan blog ni saya boleh kaji balik sisi diri ni, baik atau buruk. Buruk boleh dibuang, baik boleh diteruskan. Betoi x? yeahh..
So, saya buat kesimpulan bahawa I began blogging as an angry teenager who needed an outlet to speak her mind.

Apa yang baik tentang saya? hamper takdak kot. Saya pun tak sure. Tapi saya jenis yang suka express anything. Pernah dalam satu game, saya admit kat kawan-kawan yang saya ni perahsia. Tapi, sorang kawan tanya balik, ‘kalau perahsia, kenapa boleh ada blog?’ hahaa. K. ==’

Okay, sebenarnya saya sangat menyokong kalau ramai-ramai pakat buat blog. Bukan per, bolehlah jugak tajamkan fikiran sebab asyik kena berfikir. Apa ang ingat buat blog ni senang ka?
Kene berfikir, pandai mengarang dan menyusun cerita. Banyak lagilah. Tapi, aku x kata blog aku best pom. Kalau best, dah lama aku berdiri sebaris dengan KekNis, Jejari Runcing, Dr. Liyana Asri dan lain-lain yang pemos amos tu kan.

Yang penting, aku bukan nak menunjuk-nunjuk. Banyak blog yang bagus aku jumpa. Dan banyak yang bagi inspirasi kat aku. Jangan google blog-blog yang tak elok sudahlah. Satu lagi aku tak suka à blog POLITIK. Haha. K. jangan marah aaa.

Satu lagi aku nak cakap à SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI J

P/S : selamat bukak blog yer.