BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 6 August 2013

KISAH DONGENG masa kecil ku

semalam (27 Ramadhan), jam 11 lebih ketika sedang memaksa mata aku untuk tidur, tiba-tiba ada nyamuk serang aku sebab masa tu aku belum on ubat nyamuk. *sebab malas.

nak dijadikan cerita, aku memang suka berkhayal fikir bukan-bukan so, aku terus meleret-leret dan teringat 1 buku cerita masa aku sekolah rendah dulu. cerita tu bertajuk Permaisuri Nyamuk kalau tak silap aku. ceritanya lebih kurang macam ni :
             
           Ada sebuah kampung yang tidak aman sebab sering diserang nyamuk. nyamuk-nyamuk tu sangat                  banyak. mereka (nyamuk-nyamuk) perlu serang dan hisap darah penduduk kampung sebab                          perlu/wajib bagi darah tu pada permaisuri mereka setiap hari. mana-mana nyamuk yang gagal berbuat            demikian, darahnya sendiri akan disedut oleh permaisurinya dan dibunuh. permaisuri tu memang 'jual              ikan' (selfish). nyamuk tu perlu bawa balik darah dalam kuantiti tertentu, kalau tak cukup pun terima              nasib yang sama. oleh itu, ramai penduduk yang mati sebab sering jadi mangsa kena hisap darah oleh            tentera-tentera nyamuk tu. bukan manusia saja, haiwan ternakan pun kena, asal benda tu ada darah.             (ekstrem tol kan sampai boleh mati, padahal nyamuk je).
disebabkan tidak mampu menahan lagi, ketua kampung pun membuat rundingan dengan Permaisuri Nyamuk. permaisuri ni saiz dia sebesar kambing jantan (buku cerita tu la yang cakap). lepas rundingan, permaisuri tu setuju untuk tidak menyerang penduduk kampung lagi dengan syarat setiap hari/minggu/bulan (aku pun tak ingat jugak tu) penduduk kampung perlu menyerahkan seorang korban. korban / manusia yang menjadi mangsa tu perlu ditinggalkan di sebuah pondok di tengah hutan dan tentera nyamuk tu akan menghisap darah mangsa korban tu sahaja.
           mangsa pertama yang terpilih ialah seorang budak miskin yang kematian bapanya. walaupun miskin,   budak ni memang bijak dan anak yang baik. oleh itu dia sanggup menjadi mangsa yang pertama. dahulu, arwah ayahnya merupakan seorang pemikat burung, ayah dia memikat burung menggunakan getah damar (kalau tak silap) yang mudah tanggal bila dibasuh dengan air. pemergian ayahnya kerahmatullah telah meninggalkan getah-getah itu yang disimpan dalam tempayan dibawah rumahnya. kerana kebijakkannya, dia telah mendapat ilham untuk membunuh nyamuk tersebut dengan getah damar itu. namun, rancangan tidak diberitahu kepada sesiapa termasuk emaknya, kerana bimbang rahsianya bocor walaupun emaknya sangat sedih kerana bakal kehilangan dirinya. 
           sebelum berangkat ke pondok di tengah hutan dengan diiringi beberapa orang penduduk kampung, budak itu terlebih dahulu membungkus cecair getah itu didalam daun pisang dan disorokkan didalam bajunya. sambil dihantar oleh semua penduduk kampung, budak itu diiringi kedalam hutan untuk menjadi korban kepada permaisuri nyamuk yang kejam itu. setelah sampai dihutan, penduduk kampung yang mengiringinya meninggalkannya dan tanpa membuang masa budak itu pun cepat-cepat membuka baju dan melumurkan getah diseluruh badannya. kemudia dia berbaring menunggu kedatangan tentera nyamuk yang ingin menghisap darahnya dengan debaran. dia juga berdoa agar rancangannya berhasil. 
           tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi dengungan nyamuk dari jauh. dia bersiap sedia dan membiarkan nyamuk menyerangnya. namun, nyamuk-nyamuk itu melekat diseluruh badannya tanpa dapat melepaskan diri lalu mati. seluruh badannya menjadi hitam kerana nyamuk yang banyak itu melekat dibadannya. dia sangat gembira walaupun badannya menjadi berat dan terhoyong-hayang semasa dia berjalan. 
            keesokannya, beberapa orang kampung datang untuk mengambil 'mayatnya'. namun, mereka semua terkejut dan lari lintang-pukang apabila melihat dirinya yang disangkakan hantu. dia cuba memanggil namun mereka tidak mengendahkan. budak itu terus berjalan perlahan-lahan keluar dari hutan dan menuju kekampungnya. penduduk yang berselisih dengannya pasti melarikan diri. tetapi setelah itu, dia berjaya meyakinkan orang kampung dan menceritakan apa yang terjadi. orang kampung bersorak gembira dan membuat rancangan untuk membunuh permaisuri nyamuk tersebut. kampung kembali aman. :)


p/s : zaman dulu, buku cerita tu memang pemes dan ada banyak siri selain Permaisuri Nyamuk.



0 speaks: