BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 15 August 2013

TERHARUUU

hari ni hari raya ke-8. dan hari ni juga merupakan hari terakhir aku di PPD KB.


aku sangat seronok. semua orang aku bagitau. yakin sangat yer. sebab overconfident, aku tak sedar bahawa ketentuan Allah mengatasi segalanya. nah, tadi motor aku bocor xjauh sangat dari rumah. nasib baik, aku terus kol rumah. nasib baik jugak ada adik yang pandai repair everything. dua kali adik aku ulang-alik sebab aku lupa bagitau tayar belakang ker depan yang bocor. ma aku plak xdak kredit, so, xleh kol nak tanya aku. 
terharu plak aku ada adik yang mudah mintak tolong. 
lantas, aku teringat balik aku marah-marah adik aku tu n kata macam-macam. padahal, air dicincang takkan putus. dengan adik aku tu jugakla aku mintak tolong kan.

masa adik aku balik amik tayar spare, ada sorang abang brenti tanya masalah. lagi sekali aku terharu sebab masih ada insan berhati mulia nak tolong walaupun tak kenal. aku pun ucap terimakasih saja dekat dia sebab adik aku datang nanti. semoga ramai orang yang murah hati camtu.

lepas adik aku siap repair apa yang patot, aku pun gerak. kena jugak gi kerja arini sebab hari last n aku xnak dah ganti hari lain. nasib baik gak syazana tu nak tolong punch card untuk aku. heeee.

xsampai 1 kilometer aku jalan, aku nampak kat depan aku ada sorang pakcik duk tengah jalan yang aku nak lalu. ingatkan buat pe, rupanya dia alihkan bangkai kucing yang kena langgar. tersentuh pulak hati aku biler tengok scene tu. walaupun kucing tu dah mati, eloklah kita alihkan bangkainya ketepi jalan sebagai tanda hormat sesama makhluk Allah. lagipun, mungkin terjadi eksiden lain kalau bangkai yang sebesar tu terus di tengah jalan. bagus pakcik tu, aku sendiri pun macam malu kot nak buat semua tu, lagipun, bangkai kan busuk. bukan semua orang ade hati luhur macam pakcik tu. 

akhirnya, sampai jugak aku dekat PPD KB, dan dapat jugak aku ke majlis aidilfitri Unit Akademik - InsyaAllah boleh amik gambar bersama kawan-kawan praktikal lain. 

petang ni, agenda nya nak ke rumah kawan aku -MIzah- sebab dia dah ajak, terharu lak..hehe...mizah ni kawan yang aku jumpa masa buat lesen motor tahun 2007/2008 gitu la kot...dah lama betul tak jumpa, lepas tu kerumah Haslina - abang dia kawin. INSYAALLAH jika takda halangan.

* arini jugak sebenarnya ada majlis sambut menantu sepupu aku di Salor. 

2 speaks:

Missayeen said...

betul betul.most of the time overconfident xbagus ..

ai kompiden pegi bgto org i am preggir .xsampai 2 hari dah gugur..huhuhu

takdir allah xde spe ble elak..

Unknown said...

Innalillah..takziah ye awak :') xpe masih muda dan ada bnyk masa. InsyaAllah. hee