BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 1 August 2013

PANTUN RAYA

Semua sihat?

Hari ni dah jadi hari ke 23 kita berpuasa dan Khamis 8 Ogos depan kita akan menyambut hari raya AIDILFITRI. Hew hew hew.

Oleh itu, dekat sini sukacitanya aku nak share pantun raya yang aku buat sendiri. Xcilok mane-mane tempat oke.

Makan ikan cicah budu
Jangan lupa tambah sambal
Balik raya jangan laju-laju
Nanti raya dalam spital

Ikan berudu dalam paya
Berudu makan buah mempelam
Kalau awak sayang nyawa
Jangan cuba main meriam

Beli mercun dari pasar Rabu
Pakai baju kaler biru
Syukur kita pada yang Satu
Boleh sambut raya dengan baju baru

Ayam lari masuk reban
 Takut nenek buat rendang
Yang jauh jangan dilupakan
Yang dekat sentiasa disayang

demam raya dah tiba
anak-anak melompat gembira
pergi raya rumah saudara
eratkan silaturrahim sedia ada

ramadhan pergi syawal menjelma
kampung halaman terbayang dimata
hati riang tidak terkira
tapi keselamatan jangan dilupa

balik kampung satu keluarga
hendak menuju ke rumah bonda
jaga harta benda jaga keluarga
jangan terdedah pada bahaya

bawak kereta mesti hati-hati
jangan selalu potong-memotong
jangan jadi orang yang rugi
jangan pulak jadi sombong

apa yang salah apa yang kurang
marilah kita bermaaf-maafan
jangan amalkan sikap berdendam
sucikan diri di pagi Syawal yang dimuliakan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR & BATIN

untuk tahun 2013 bersamaan tahun 1434 Hijrah



0 speaks: