BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 27 September 2013

Kerenah

kejadian malam ini membuatkan aku berfikir dan merenung jauh.

ia bermula dengan satu sms. dari temanku. nora (bukan nama sebenar).
arghh..aku terlupa nora puasa hari ni. disebabkan asyik membicarakan hal yang lain dengan temanku neena, aku lupa terus.

sepatutnya aku mengajak dan menemani nora untuk berbuka puasa di kafe. 
aku terus mintak maaf dari nora. nora sms aku setengah jam sebelum Maghrib. tp memori telefon aku full, sms xdapat masuk. hampir-hampir Maghrib baru aku cek fon. 
lepas tu, aku sms nora, ajak dia makan lepas solat Maghrib.

lepas makan, aku berkira-kira nak lepak dibilik nora. sebab boring gak dekat bilik aku.
kebiasaan kami bila berbual, macam-macam hal kami utarakan. 
hinggalah menyentuh isu anak saudara baru nora.
aku nampak dimatanya, ada kesedihan. tapi aku juga tidak pasti sebab apa. 
sepatutnya dia happy sebab dapat anak saudara baru, lelaki. kak dia pun sihat jer. 
so, takda apa-apa yang perlu dia risau.

setelah didesak, dia menceritakan bahawa baby itu mengalami sedikit kelainan.
baby tu keluar awal 2 minggu dari due date yang ditetapkan oleh doktor. 
hal itu tidak terlalu merisaukan sebab kakak dia memang selalu deliver awal dari jangkaan.

kelainan yang merisaukan ialah, berat baby kurang dari 2 kilogram -- memang tidak normal.
selain itu, katanya, ada kelainan lain yang tidak dapat diceritakannya.
aku tidak mampu mendesak sebab aku tengok mata dia dah berair.  #sebak kayy
patutla aku tengok nora seperti tidak terlalu ghairah nak melawat kakak dia. mungkin dia risau tidak dapat menahan sedih melihat baby. 

apa yang aku cuba nak cakap dekat sini, kelainan pada baby memang bukan sesuatu yang menggembirakan.
buktinya, kawan aku dah berair matanya, walaupun bukan anak dia. sebab?
siapa tak kesian tengok baby menangis-nangis sebab sakit? atau mungkin sebab apa-apa komplikasi yang terpaksa dia tanggung. baby, insan kecil dan ringan. baru mahu mengenal dunia. hanya tahu menangis untuk menyampaikan apa-apa hasratnya-sama ada nak susu atau gatal atau mengantuk. 

cuma aku kesalkan, dan risaukan, ibu adalah penyumbang utama kepada pembesaran dan tumbesaran baby. tapi, ibu sendiri tidak menjaga makan minum, pergerakan dan penampilan seharian. 
ya mungkin itu semua ketentuanNYA. tapi, pasti ada penyebab. bukan untuk ditangisi apa yang sudah terjadi, tapi, perlu kita teladani.

p/s : 2 hari lepas bermimpi indah - bakal menjadi ibu - alangkah indahnya perasaan itu ketika itu.


sebuah kerinduan

kerana rindu itu percuma, ramai yang mensia-siakan perasaan itu.


Rindu anda pada siapa? Aku pula sedang merindukan semua orang yang jauh dariku. Rindu itu percuma. Sebab itu kita mensia-siakannya..bila jauh dirindui, bila dekat tidak dipeduli. Mengapakah manusia sepertiku tidak menghargai? mengapa tidak bersyukur? 

OH baby kuuu

tadi, jam 1 petang, baby aku menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

aku pun, tanpa pikir bukan-bukan, terus tidurkan baby ku sekejap untuk refresh badan dia.
lat beberapa second, aku pun kejutkan dia bangun. tapi tak bangun-bangun.
dia cuma bergerak-gerak, tapi tak bukak mata.

aku cool lagi. 
pastu aku cuba tidurkan balik, then aku bersihkan badan dan baju dia.
kot-kot dia stress dengan baju ketat kaler pink yang membaluti badan dia sekian lama.
aku usap-usap badan dia biar betul-betul bersih, sambil-sambil berbual-bual dengan kawan aku.
masa tu, aku dekat kafe..dalam pikiran aku berharap baby aku akan suka dan buka mata pasni.

lepas tu, aku terus pakaikan balik baju dia, aku kejutkan dia balik tapi takda respon jugak.
aku dah cuak tapi belum betul-betul cuak.

aku cuba dan cuba lagi. 
harapan aku tinggi.
aku mesti pastikan dia bangun kembali.

aku cuma ada dia.
mungkin dia yang kedua
tapi dia banyak jasanya.
aku mesti buat dia jaga

aku sedih
hatiku pedih
suaraku lirih
harapanku terasa nipis

buat sekali, bukan dua kali
aku dah cuba berkali-kali
baby, kenapa buat begini
aku tidak mahu cari pengganti

oh baby...

Islam The Best Way Of Life

org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? anak kalau tanya mampus nak jawab..so simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Saturday 21 September 2013

DUIT OH DUIT

siapa tak suka duit? mana ada yang tak suka. masuk jamban pakai duit. apatah lagi nak naik bas, beli nasi, beli mineral water jugak. semua guna duit. orang kata, kalau dah kerja tak payah risau pasal duit. ha yelah tu. walhal, orang keje lagi besar tanggungjawab dia. bagi kat mak ayah lagi, adik-adik lagi. kumpul duit nak kawen lagi. dan macam-macam lagi la.
bagi aku pulak, makin banyak duit dalam poket atau dalam bank, makin besar la cita-cita dan angan-angan nya. kalau takdak duit dalam bank, poket pun hampir-hampir kering, maka jawabnya, diam-diam sudahlah dalam bilik.
sedih betul jadi student macam aku ni. lagi-lagi sekarang aku dah tak stay kolej yang ada makanan.
betul-betul kena jaga dan catu duit. makan pun sekali sehari. kadang-kadang jer boleh joli sket. 
bila dah takdak makanan asrama macam dulu-dulu, pagi-pagi aku telan ayaq kosong jahla sebab malas turun. kalau rajin sikit-sikit, aku buatla coklat panas atau nescafe. kalau tak aku bergolek=golek macam sekarang ni ha. ni time weekend.
time ada kelas, biasanya aku lunch kol 12pm ngan classmates aku tu. boleh makan sedap sikit sebab dekat cafe fakulti macam-macam ada. kalau dekat foodcourt, masakan panas je ada. harap gerai je banyak.

PTPTN setiap sem aku dapat rm3250 gituu. yuran kolej rm819 (xtermasuk dinner, baju kolej dan bbrpa benda lagi) tolak yuran sana sini, haritu aku cek dalam akaun ada rm1127. banyak ker? belum yuran betul-betul lagi tu. isk. aku nak idup selama 6bulan dekat sini kot. kalau aku spend rm10 sehari X 30 hari sebulan = rm300 X 6 bulan/semester = rm1800 beb. rabak parents aku jugak akhirnya. 

tu belum campur benda remeh temeh lagi. taxi fare, LRT, bas rapid, jajan, topup, roti and etc. 
ni pun nasib baik aku bukan kaki wayang sangat. bukan outing every weekend. 

budak PTPTN jangan la boros sangat bile dpt duit awal-awal sem. makan megi pulak la ko nanti last sem. lagi-lagi student UM ni haa..mahaii gilak yurannya! sabo jelaaa.

yang penting, petang ni aku nak pi pasarmalam Pantai Permai, cari nasi kerabu bak hang. yummmehh.
ada telur masin, solok lada, hati ayam goreng = PERFECT !

Walau Air Mata Darah.




Drama Walau Airmata Darah ni lakonan Fizz Fairuzz, Nadiya Nisaa dan Sabhi Sadhi. Irfan dan Suhaila merupakan pasangan yang paling romantik dikalangan kawan-kawan di kolej.. Percintaan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan setelah mereka masing-masing tamat belajar dan bekerja.. Akan tetapi, akibat mengikut kata hati dan nafsu muda yang membara, tanpa sengaja Irfan melafazkan talak 3 kepada Suhaila walaupun baru 6 bulan melangsungkan perkahwinan dan mengetahui talak bukan permainan lebih-lebih lagi talak tiga.

suhaila tidak sanggup menjaga emak mertuanya yang nyanyuk dan suka menyusahkannya. perkara ini menyebabkan mereka bergaduh besar sehingga terlafaz talak tiga.


oleh itu mereka harus bercerai selama-lamanya. malangnya, kedua-duanya tidak dapat menerima kenyataan ini dan masih keluar bersama seperti sewaktu bercinta dulu walaupun secara sembunyi-sembunyi. suhaila langsung tidak menghiraukan amaran ayah dan ibunya akibat tidak dapat melupakan cinta hatinya yang telah bercinta selama 8 tahun. Irfan pula berusaha untuk mencari 'cina buta' untuk dikahwinkan dengan bekas isterinya walaupun terpaksa menghabiskan banyak wang, namun, keluarga kedua-dua belah pihak tidak bersetuju kerana 'cina buta' dianggap umpama melacurkan isteri sendiri dan ia juga meletakkan maruah dan martabat wanita ditempat paling hina.

dalam pada usaha mereka berdua secara senyap-senyap untuk berkahwin 'cina buta', suhaila bertemu rakan lamanya - Yusoff - lalu mencadangkan yusoff sebagai 'cina buta' disamping sanggup bersumpah untuk bercerai dengan Yusoff secepat mungkin. walaubagaimanapun, Suhaila memungkiri janji dan termakan sumpah sendiri apabila mengalami keguguran serta disahkan mengalami penyakit hati. Irfan yang masih mencintai bekas isterinya itu walaupun setelah apa yang dilakukan Suhaila kepadanya, sanggup menjadi penderma hati kepada suhaila setelah Yusoff sendiri tidak layak untuk menderma. malangnya, keputusan Irfan telah mengorbankan nyawanya sendiri dan menganggap itu hadiah perkahwinan paling bermakna untuk Suhaila. ia juga sebagai tanda Allah mengabulkan permintaannya untuk kekal ''dihati'' Suhaila.

drama ini sangat menyedihkan dan menginsafkan. sememangnya seorang lelaki bukan seorang yang mengikut emosi dan selalunya akan bertindak rasional, tetapi tindakan seorang isteri mencabar suaminya menyebabkan suami tidak mahu kalah dengan egonya sendiri. maka berlakulah seperti didalam drama ini, dimana Irfan menurut ego dan amarahnya menjatuhkan talak tiga terus kepada Suhaila, seseorang yang sebenarnya yang sangat dikasihinya. walau airmata darah sekalipun, mereka tetap tidak boleh bersama, lebih-lebih lagi istilah 'cina buta' sebenarnya tidak diterima dalam Islam..

menonton drama ini untuk kali kedua pun aku masih gagal menahan airmata ini daripada menitis. siapa sangka, seseorang yang kita harapkan dan yakin akan menjadi pasangan hidup kita, sebenarnya lain yang ditetapkan oleh Allah. Subhanallah. Allahuakbar. sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

drama ini juga mengajarku erti ketulusan cinta seorang suami kepada isterinya. walaupun Suhaila telah mengandung hasil perkahwinan dengan Yusoff (Cina Buta), Irfan masih sanggup menerima isterinya. Irfan juga tidak lekas menerima cinta Aisyah - seorang pekerjanya yang sering membahagiakannya. Irfan hanya mampu berdoa dan menangis kepada Allah untuk meminta Suhaila dikembalikan kepadanya. seorang lelaki yang baik, juga sanggup menjaga ibunya walaupun ibunya nyanyuk, kencing merata dan menyusahkannya. sesungguhnya Irfan seorang suami dan lelaki yang sangat baik, walaupun sekadar lakonan.

semoga diriku bertemu seseorang sepertinya. dan semoga diriku tidak diuji sebegitu, tidak menjaga seperti wataknya Suhaila. Allahu Ahad. Amin.

p/s : jangan korbankan isteri/wanita akibat kesalahan kita sendiri. jadilah kapten yang baik dalam rumahtangga. :)

Friday 20 September 2013

Lemang Periuk Kera

Lemang Periuk Kera? siapa yang tak pernah dengar n tahu wujudnya benda ni? kita genggg!

aku manalah tahu selama ni ada lemang jenis lain selain dibuat dengan buluh. ni pun aku dapat tahu melalui cerita Upin&Ipin yang bertajuk Riang Raya ..tapi itupun cukup untuk membuatkan aku menelan ayaq liur setiap kali menengok citer tu..hehe. 

lemang ni beza dengan lemang buluh. wlbagaimanapun, tiada kaitan dengan periuk mahupun kera. tapi ia dibuat menggunakan kelongsong periuk kera. *sejenis tumbuhan unik yang hanya terdapat dalam hutan. xboleh tanam sebagai tanaman hiasan sebab kelongsong dia xkan menjadi.


Nie la periuk kera betina. Yang dua merah tue jantan.

lemang periuk kera ni katanya berasal dari Rompin Pahang, dan salah satu makanan tradisional yang sangat senang dibuat. hanya diisi beras, tapi hanya periuk kera betina sesuai diguna sebab lebih lebar manakala lelaki jantan lebih panjang.

diisi beras dan santan kedalam kelongsong

susun elok-elok dalam periuk untuk di kukus

ni lah rupanya yang sudah siap dikukuss

sebelum makan, buang kelongsong dia dulu eh. YUMMMYY !!


Rasanya macam rasa lemang jugak la. Cuma yang nie dikukus so tak derlah hangus ataupun keras dan isinya lemak dan lembut. Yummy. Boleh makan cam biasa. Dicicah dengan serunding ataupun mana-mana rendang ayam atau daging.

fyi, seorang usahawan restoran, En Abdul Wahab b Sulaiman atau En Dol (gambar dibawah), bersama isterinya telah membuka Restoran Puteri Inn di Rompin Pahang. Antara menu yang istimewa dii sini ialah Lemang Periuk Kera. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau alas perut. so, sesiapa yang terdekat bolehlah pergi cari. namun begitu, kebiasaan bagi makanan unik ni, mestilah kene tempah dulu. sebab en.Dol tu kena masuk hutan untuk cari periuk kera yang sesuai. selain itu, En Dol ini sebenarnya sangat terkenal kerana hasil usahanya mengetengahkan masakan tradisional yang unik dan eksotik seperti Lemang Periuk Kera ini. Beliau telah beberapa kali diundang ke rancangan televisyen seperti Majalah 3, Malaysia Food Discovery, Pesta Makanan di Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan lain-lain. berbudi kepada makanan tradisional ni, pemeslah jawabnya. 
En. Dol



Wednesday 18 September 2013

Tudung vs Free Hair


Saya kagum melihat gadis yang dulunya free hair kini sudah bertudung, bukan tudung biasa, tapi ada yang terus bertudung labuh dan berniqab. saat ramai gadis-gadis lain berlumba-lumba mendedahkan perhiasan tubuhnya, dia cuba menentang arus pemodenan dan pendedahan pelbagai perhiasan baru yang dianggap perkara biasa oleh masyarakat hari ini.

melihat anda cukup membuatkan saya ingin menangis dan insaf bahawa tidak semua orang yang dulunya jahat akan terus kekal jahat dan tidak semua orang yang baik akan terus kekal menjadi baik. juga terasa merendah diri anda mampu mengubah diri sendiri menjadi jauh lebih baik daripada saya sendiri. betul. tudung tidak melambangkan kejernihan akhlak seseorang sebab 'bertudung pun ada yang mulut jahat'. tetapi dengan bertudung, seseorang itu sudah memenuhi tuntutan ALLAH yang mewajibkan kita menutup aurat.

Bagaimana pula dengan seseorang yang on-off? apakah dia berdosa ketika bertudung dan mendapat pahala ketika menutup kepalanya? begitukah hukumnya?

''kenapa kau bertudung?''
''entah. dari sekolah aku dah bertudung, keluar rumah pun mak aku suruh pakai tudung''

''boleh ker kau pakai tudung jarang camni?''
''boleh kot. aku tengok orang lain pakai boleh jer''

''xpanas ker ko pakai tudung?''
''panas atau tak memang kena pakai la weh. lagipun aku dah biasa''

“Eh, itu budak free hair yang dulu bertudung dan berjubah tu kan?”
tanya seorang teman yang masuk ke bilik saya. Budak free hair yang dimaksudkan ialah salah seorang coursemate saya.“Entah. Tak tahu pulak.” Sungguh saya memang tidak tahu sebab saya memang sedikit blur bila disuruh mengecam orang. Malah, sampai sekarang student batch saya berlainan jabatan yang cuma seratus lebih orang itu pun saya tak khatam lagi nama-nama mereka. tapi disini ingin saya katakan, Kerana merasakan diri tidak layak dan tidak semulia mana, ramai yang bertudung, membuka semula tudung. mungkin dengan alasan “Tunggu sampai seru”. bukankah bertudung itu wajib?

lagi sedih bila tidak bertudung sudah menjadi perkara biasa, walaupun dikampung. kenapa?

marilah kita renungkan. anak-anak sepatutnya dan sewajibnya diasuh sedari kecil-kecil cili padi. mengapa perlu ditunggu-tunggu?
''alah..budak tu kecik lagi, xdose pun kalau xpakai tudung''
''eh, kecik-kecik la kena biasakan diri dia dgn tudung, nanti dah besar banyak plak alasan dia bagi kan''
''kau ni biar betul, budak tu takkan dia mahu kalau aku suruh dia pakai tudung''
''ko kan ibu nya, ko ada kuasa nak paksa dia, tapi sebolehnya, cakap elok-elok''

itulah kepentingan ilmu keibubapaan dan ilmu agama. penting untuk membimbing anak kejalan benar. penting mengajar anak secara berhikmah, bukan dengan tangan dan kaki. serupa juga dengan pemakaian anak. jika sedari kecil kita mengajar anak memakai short skirt dan singlet, anak sudah terbiasa dengan fesyen sebegitu. tidak akan berasa malu untuk mendedahkan tubuh badan didepan orang. kecik memang nampak sangat comel, dah besar memang bawa bahana pada diri dan juga orang lain.
Semoga Allah menerima penghijrahan kita. Hidayah itu bukan ditunggu tapi perlu dicari.

Pengorbanan II

saat keputusan SPM 2006 diumumkan, kak aku menangis kecewa dan mengoyakkan terus slip peperiksaan sehinggakan tiada seorang pun yang sempat melihatnya, kecuali dia. walaupun ma sangat marah dgn tindakan drastik tapi bodohnya itu, tapi nasi sudah menjadi bubur. mana tidaknya, seorang pelajar yang rajin dan aktif sepertinya gagal meraih result yang cemerlang. begitu juga dengan STPM. kakak aku cuba mencari silapnya. lantas ibu ku menceritakan kelemahan atau mungkin kesalahan paling besar kakak ku itu.

waktu itu kakak ku tingkatan 6 atas dan bakal menghadapi STPM. sekolah buat majlis solat hajat dan meminta pelajar menyediakan pulut semangat. kakak aku yang tinggal diasrama terus call rumah dan meminta ma aku menghantar pulut kepadanya di asrama pada pagi kejadian. masa tu aku sudah memiliki lesen motor. so, aku dan ma kesekolah kak aku. sesampainya disana, kakakku itu tanya, "pulut ni siapa yang buat" ma aku dengan senyum lebarnya menjawab "ma yang buat" tetapi kakakku membalas dgn ayat yang meremuk rendamkan hati ibuku itu iaitu " ma buat, sedap ke tidak ni, nape xtempah je,"...ma aku cukup kecewa dgn ayat tu..kakakku itu sebenarnya malu kalau ma aku yang masak. dia lebih suka beli.

ma aku kecewa sebab, dia bangun awal-awal pagi untuk buat pulut tu. bukan senang nak buat pulut tu. kene tanak pulut dgn santan, pastu kena lembutkan dia --> gitula lebih kurang kot. aku pun tak ingat sangat tapi yang pasti keje dia leceh..lepas tu, awal-awal pagi gi hantar pulak dekat asrama dia. itu pulak balasan yang dia dapat. 

lepas majlis solat hajat, kakakku menelefon kerumah, dan katanya, pulut yang ma aku buat habis lebih awal daripada pulut orang lain. berkat keikhlasan seorang ibu untuk anaknya, walaupun anaknya tidak ikhlas menerima. namun, ma aku sudah terlalu berkecik hati dengannya. 

sebab itulah kot, kakakku tidak mendapat redha dalam STPM dia. walaupun tidak teruk, tapi kakakku gagal masuk U. walaupun dia sangat rajin dan bagus agamanya. walaupun kakakku menangis-nangis meminta maaf, namun hati ibu yang terguris sukar diubati lagi. 

aku sebenarnya sudah lupakan cerita ini, mungkin masa tu aku tidak dengar/perasan sebab aku duk dkt motor. tapi, ma aku menceritakan kembali kepadaku, ketika kami bercakap-cakap tentang hal berkaitan. 

begitu kecewa hati ibuku, sehingga kni masih mengingatinya. apakah kerana itu juga kakakku itu sukar mendapat tawaran belajar yang baik, malahan peluang kerja yang diidamkan? apakah ibuku perlu betul2 memaafkannya barulah rezekinya mencurah? 
bagaimana pula kisah aku dengan ibuku? adakah cerita sebegitu yang mengaitkanku? aku tidak mahu menjadi anak yang sebegitu, aku tidak sebaik kakakku..kakakku diuji sebegitu, namun dia berjaya menjadi isteri solehah. berkekalan hendaknya. Alhamdulillah. bagaimana denganku? Wallahualam.


Pengorbanan



''..Kawan saya gaji 4k sebulan tapi langsung tak teringat nak menghulur kat mak ayah di kampung. Gaji banyak tapi tak pernah rasa cukup. Baru nak ada duit lebih sikit, kereta rosak la, terlanggar kereta orang la, komputer meragam la, phone jatuh berderai la. Seorang lagi kawan saya gaji hanya 1.5k sebulan kerja biasa-biasa. Lepas tolak hutang kereta segala, ada la tinggal tiga empat ratus untuk kegunaan sendiri tapi masih tetap hantar duit kepada ibu bapa di Kampung ikut kemampuan yang ada. Kadangkala RM100, kadangkala RM50 yang dia hantar tanpa diminta dan tak pernah miss. Dengan lebih duit yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan kadangkala rasa berlebih tak tahu nak buat apa. Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu-bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini.. ''

berikut adalah kisah benar yang dikopipes dari page FB. berbunyi agak cliche tapi ianya untuk ingatan pada diri saya kelak bila dah bekerja.

ibubapa tidaklah meminta, tapi mereka tentu gembira jika diingati.

ingatlah mereka bukan juga pengemis duitmu, tapi bantulah mereka walau dari jauh.

seandainya kamu berjaya kelak, Alhamdulillah syukur, namun bantulah mereka untuk memberi kejayaan pada adik-adikmu juga.

anak yang baik dan soleh-solehah membantu ibubapa mereka menjadi ibubapa yang baik.

itu yang sentiasa kuingati selalu.

masa kecik dulu, aku pernah meminta yang bukan-bukan. tapi, ma tetap usaha tunaikan. contoh, satu hari, aku bawak balik sehelai borang untuk diisi dan disahkan oleh Ketua Kampung. ma aku pun pergi kerumah ketua kampung (aku xingat siapa) xjauh sangat dari rumah, tapi masa tu ma aku tgh sarat mengandung. kali pertama tu, ma aku balik tapi masih belum cop sbb ketua kampung takda kat rumah. tapi aku paksa ma aku gi sekali lagi sambil nangis-nangis dan membentak. huhh. kejam betul aku, sanggup menderhaka sebab sehelai borang. aku lupa masa tu umur aku berapa. tapi setiap kali teringat kisah tu, aku terus kluaq ayaq mata bak hang. sedih sangat2. lagi-lagi skrg ma asik sakit dan pengsan sbb darah tinggi n kencing manis.


Tuesday 17 September 2013

Kelas vs Tutorial

ini cerita tengahari tadi...

aku dan kawan-kawan menuju ke cafe seusai tutorial dari salah seorang Pensyarah di jabatan kami. kebiasaan kami ber'lunch' bersama-sama seramai tujuh orang (seorang masih dikampung) jadi, sepatutnya tadi kami menjadi 6 orang. 
tetapi, seorang kawan terlambat sedikit menyertai kami disebabkan berlainan jadual kelas. bercakap tentang pemilihan kelas adalah mengjengkelkan terutamanya kelas tutorial, kerana telah terjadi percanggahan atr kami. pemilihan kelas tutorial (subjek XX) sepatutnya sama dan sepakat atr kami, namun disebabkan beberapa masalah peribadi, aku memilih untuk berpisah dengan geng dan masuk kelas berlainan hari dan waktu. 

namun begitu, disebabkan mereka terpengaruh dengan alasan aku bertukar kelas (aku anggap mereka terpengaruh atau mungkin ada sebab yang lain), seorang kawan tersebut terpaksa berseorangan lantaran kawan-kawan lain menukar kelas dan memasuki kelas yang aku pilih..walau apa alasan kawan-kawan itu, aku tetap rasa bersalah apabila seorang kawan itu ditinggal bersendirian, dia takdapat tukar kelas tutorial tersebut sbb clash dgn kuliah sbjek laen.

sedang kami hendak memulakan suapan pertama tengahari tadi, datang kawanku yang terlambat tadi *dengan muka yang agak masam. aku dah start cuak dan risau. masih ada rasa bersalah sehingga kesaat ini. lebih-lebih lagi kawanku itu berulang kali merayu dan memujuk salah seorang kawan yang agak rapat dengannya untuk berubah fikiran untuk bertukar kelas tutorial itu, atau dia sendiri terpaksa 'drop' subjek itu kerana tidak mahu keseorangan dalam kelas tutorial itu. sedangkan, katanya dia sudah tidak mempunyai pilihan subjek yang lain jika dia gugurkan subjek yang sedang digaduhkan itu. dia terus merayu, bersungguh-sungguh nadanya.

ingin saja aku menyuruh / memaksa salah sorang dari mereka sambil memberi ceramah tentang persahabatan dan erti kebersamaan, namun aku terpaksa sedar, siapalah diriku ini pada mereka. huhu. 
lebih-lebih lagi, muncul pendapat seorang teman, katanya lebih kurang seperti berikut :

"...tak salah pun kalau kome sorang-sorang masuk kelas tu, sebab nanti boleh jumpa kawan baru. boleh kenal dgn junior-junior. awok pun pernah jer masuk kelas tutor sorang-sorang..."

kawan yang seorang itu terdiam tidak menjawab. mungkin dia tahu, dia tidak seberani atau mungkin tidak seperamah kawan yang memberi pendapat tadi. dalam kelas, kalau sipemalu duduk bersendirian, sampai kesudahlah dia akan diam dan tidak berkawan. tapi, rasanya kalau dia nak, boleh saja dia cuba berbual-bual. bagi aku pula, jika kes terpaksa, aku boleh saja masuk bersendirian. cara aku, aku akan datang awal untuk pilih tempat paling selesa dan tidak tenggelam atau tidak menonjol..dgn itu, tidaklah terlalu kekok dalam kelas.

berbalik kepada cerita tadi, aku tetap rasa bersalah. walaupun kawan aku kata "..jangan ikut orang, ikut kehendak diri sendiri.." kepada kawan aku yang dipujuk tu..tapi aku tetap rasa kita perlu rasa simpati dan mengalah, sebab diorang rapat. tidakkah ada rasa kesian atau bersalah? kalau mengalah, nanti mungkin 'kawan yang dipujuk' tidak selesa pulak sbb mcm terpaksa (ada sebab yang kuat membuatkan ''kawan yang dipujuk'' tu xnak kelas tu).

mengalah? atau berkeras? simpati dan rasa bersalah? work your memory immediately, my friendssss.
minggu add&drop dah nak berakhir beberapa hari lagi. apakah kesudahannya kawan-kawanku ini?

bagaimana pula dgn 'kawan yang masih dikampung' itu? esok baru dia mai kelas sedangkan dia ada masalah dgn jadual tutorial dan masa sudah semakin suntuk. bolehkah dia menukar/merombak jadualnya atau dia perlu ''drop'' salah satu paper dan extend untuk satu semester lagi?

ohhhh..cuak pulak aku dgn kesudahan cerita pendaftaran kelas dan tutorial kami ni.

Harapan Yang Belum Berbuah

jauh disudut hati,

aku menyimpan satu harapan yang belum berbuah,
harapan yang aku anyami setiap malam sebelum lenaku,
harapan itu,
terlalu besar, 
namun mungkin besar lagi ujian yang menanti.
besarkah hati aku untuk menyambutnya?
mampukan aku YA ALLAH. mudahkan aku.







Persahabatan



salam maghrib (waktu Malaysia : 0736pm). pestime kot aku menulis dikala maghrib nih.

berkenaan gamabr gambar diatas, ianya bukanlah ada kaitan dengan susu, mahupun ada sangkut paut dengan belanga. harharhar. tapi ia berkaitan pergaulan bebas atau persahabatan.
dan sepanjang pemerhatian aku, bukan aku saja yang mengalami yang sedemikian. dimana hubungan yang asalnya sempoi jadi segan sesegannya. jadi mundur balik macam mase dulu. dan kalau boleh diundurkan masa, aku taknak benda ni berlaku. 

macam mana boleh jadi? aku sangat malas untuk mengulanginya tapi aku perlu katakan untuk pedoman masa depanku. 
dalam berkawan, 

1. tidak boleh terlalu mengharap - jgn tlalu harapkan sebuah title 'BESTFRIEND' dihati sidia

2. tidak boleh terlalu perasan - maksudnya, perasan diri kita istimewa/rapat dimata mahupun dihati kawan kita tu.

3. tidak perlu memaksa - dalam kes aku, disebabkan aku anggap depa tu BF aku, so takda istilah 'tidak boleh'.sepatutnya la..mestilah sehati sejiwa, atau selalu mengalah..aku suka memaksa rasanya, tapi selagi depa xmau, xboleh buat apa.

4. tidak perlu merayu - kalau dia taknak, biarkan jela. cukupla sekali hati kau tu terluka.

5. tidak perlu bersangka buruk - anggap macam-macam kat dia bila dia secara xsengaja/sengaja sekalipun lukakan hati kamu. mungkin ada sebab #husnuzon.

6. tidak boleh terlalu bersangka baik - sederhana sudahla, tapi berhati-hati. jgn asik sakit hati

7. tidak boleh terlalu bergantung pada dia - bawak-bawakla berdikari. dalam kes aku, aku plan nak sebilik dgn dia, time dftr kolej aku lewat sampai, tahu-tahu diorang dah ada rumet masing-masing . T__T . perlu ka aku teriak time tu jugak dpn orang ramai? aku bukan apa, kalau sebilik, lagi selesa sbb dah kenal, drpd dpt rumet ntah pape. tp ALHAMDULILLAH rumet aku okay wlpn xrapat. hukhuk. 

8. tak payah amik hati sangat - ni kalau semua buat camni, takde la istilah gaduh. tapi, kadang-kadang bahaya sbb simpan dlm hati banyak2 nanti meletuppp kebaboo. 

9. bawak-bawakla berbincang - heart to heart - kalau perlu nangis, nangis je depan kawan kamu. biar dia biasa dgn kamu - maksudku, biarlah dia biasa dgn sifat halusmu (menangis), kan sebelum ni dia cuma kenal kamu yang ceria, suka senyum dan memendam rasa. aku penah buat (xsengaja tau) masa ikut program outbound. tapi hasilnya bagus, kami lebih open atr 1 sama lain. lebih kenal diorang. #syukur

p/s : I wish people were like money; so I could hold them up to the light to see which ones are real and which ones are fake.