BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 21 September 2013

Walau Air Mata Darah.




Drama Walau Airmata Darah ni lakonan Fizz Fairuzz, Nadiya Nisaa dan Sabhi Sadhi. Irfan dan Suhaila merupakan pasangan yang paling romantik dikalangan kawan-kawan di kolej.. Percintaan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan setelah mereka masing-masing tamat belajar dan bekerja.. Akan tetapi, akibat mengikut kata hati dan nafsu muda yang membara, tanpa sengaja Irfan melafazkan talak 3 kepada Suhaila walaupun baru 6 bulan melangsungkan perkahwinan dan mengetahui talak bukan permainan lebih-lebih lagi talak tiga.

suhaila tidak sanggup menjaga emak mertuanya yang nyanyuk dan suka menyusahkannya. perkara ini menyebabkan mereka bergaduh besar sehingga terlafaz talak tiga.


oleh itu mereka harus bercerai selama-lamanya. malangnya, kedua-duanya tidak dapat menerima kenyataan ini dan masih keluar bersama seperti sewaktu bercinta dulu walaupun secara sembunyi-sembunyi. suhaila langsung tidak menghiraukan amaran ayah dan ibunya akibat tidak dapat melupakan cinta hatinya yang telah bercinta selama 8 tahun. Irfan pula berusaha untuk mencari 'cina buta' untuk dikahwinkan dengan bekas isterinya walaupun terpaksa menghabiskan banyak wang, namun, keluarga kedua-dua belah pihak tidak bersetuju kerana 'cina buta' dianggap umpama melacurkan isteri sendiri dan ia juga meletakkan maruah dan martabat wanita ditempat paling hina.

dalam pada usaha mereka berdua secara senyap-senyap untuk berkahwin 'cina buta', suhaila bertemu rakan lamanya - Yusoff - lalu mencadangkan yusoff sebagai 'cina buta' disamping sanggup bersumpah untuk bercerai dengan Yusoff secepat mungkin. walaubagaimanapun, Suhaila memungkiri janji dan termakan sumpah sendiri apabila mengalami keguguran serta disahkan mengalami penyakit hati. Irfan yang masih mencintai bekas isterinya itu walaupun setelah apa yang dilakukan Suhaila kepadanya, sanggup menjadi penderma hati kepada suhaila setelah Yusoff sendiri tidak layak untuk menderma. malangnya, keputusan Irfan telah mengorbankan nyawanya sendiri dan menganggap itu hadiah perkahwinan paling bermakna untuk Suhaila. ia juga sebagai tanda Allah mengabulkan permintaannya untuk kekal ''dihati'' Suhaila.

drama ini sangat menyedihkan dan menginsafkan. sememangnya seorang lelaki bukan seorang yang mengikut emosi dan selalunya akan bertindak rasional, tetapi tindakan seorang isteri mencabar suaminya menyebabkan suami tidak mahu kalah dengan egonya sendiri. maka berlakulah seperti didalam drama ini, dimana Irfan menurut ego dan amarahnya menjatuhkan talak tiga terus kepada Suhaila, seseorang yang sebenarnya yang sangat dikasihinya. walau airmata darah sekalipun, mereka tetap tidak boleh bersama, lebih-lebih lagi istilah 'cina buta' sebenarnya tidak diterima dalam Islam..

menonton drama ini untuk kali kedua pun aku masih gagal menahan airmata ini daripada menitis. siapa sangka, seseorang yang kita harapkan dan yakin akan menjadi pasangan hidup kita, sebenarnya lain yang ditetapkan oleh Allah. Subhanallah. Allahuakbar. sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

drama ini juga mengajarku erti ketulusan cinta seorang suami kepada isterinya. walaupun Suhaila telah mengandung hasil perkahwinan dengan Yusoff (Cina Buta), Irfan masih sanggup menerima isterinya. Irfan juga tidak lekas menerima cinta Aisyah - seorang pekerjanya yang sering membahagiakannya. Irfan hanya mampu berdoa dan menangis kepada Allah untuk meminta Suhaila dikembalikan kepadanya. seorang lelaki yang baik, juga sanggup menjaga ibunya walaupun ibunya nyanyuk, kencing merata dan menyusahkannya. sesungguhnya Irfan seorang suami dan lelaki yang sangat baik, walaupun sekadar lakonan.

semoga diriku bertemu seseorang sepertinya. dan semoga diriku tidak diuji sebegitu, tidak menjaga seperti wataknya Suhaila. Allahu Ahad. Amin.

p/s : jangan korbankan isteri/wanita akibat kesalahan kita sendiri. jadilah kapten yang baik dalam rumahtangga. :)

0 speaks: