BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 20 September 2013

Lemang Periuk Kera

Lemang Periuk Kera? siapa yang tak pernah dengar n tahu wujudnya benda ni? kita genggg!

aku manalah tahu selama ni ada lemang jenis lain selain dibuat dengan buluh. ni pun aku dapat tahu melalui cerita Upin&Ipin yang bertajuk Riang Raya ..tapi itupun cukup untuk membuatkan aku menelan ayaq liur setiap kali menengok citer tu..hehe. 

lemang ni beza dengan lemang buluh. wlbagaimanapun, tiada kaitan dengan periuk mahupun kera. tapi ia dibuat menggunakan kelongsong periuk kera. *sejenis tumbuhan unik yang hanya terdapat dalam hutan. xboleh tanam sebagai tanaman hiasan sebab kelongsong dia xkan menjadi.


Nie la periuk kera betina. Yang dua merah tue jantan.

lemang periuk kera ni katanya berasal dari Rompin Pahang, dan salah satu makanan tradisional yang sangat senang dibuat. hanya diisi beras, tapi hanya periuk kera betina sesuai diguna sebab lebih lebar manakala lelaki jantan lebih panjang.

diisi beras dan santan kedalam kelongsong

susun elok-elok dalam periuk untuk di kukus

ni lah rupanya yang sudah siap dikukuss

sebelum makan, buang kelongsong dia dulu eh. YUMMMYY !!


Rasanya macam rasa lemang jugak la. Cuma yang nie dikukus so tak derlah hangus ataupun keras dan isinya lemak dan lembut. Yummy. Boleh makan cam biasa. Dicicah dengan serunding ataupun mana-mana rendang ayam atau daging.

fyi, seorang usahawan restoran, En Abdul Wahab b Sulaiman atau En Dol (gambar dibawah), bersama isterinya telah membuka Restoran Puteri Inn di Rompin Pahang. Antara menu yang istimewa dii sini ialah Lemang Periuk Kera. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau alas perut. so, sesiapa yang terdekat bolehlah pergi cari. namun begitu, kebiasaan bagi makanan unik ni, mestilah kene tempah dulu. sebab en.Dol tu kena masuk hutan untuk cari periuk kera yang sesuai. selain itu, En Dol ini sebenarnya sangat terkenal kerana hasil usahanya mengetengahkan masakan tradisional yang unik dan eksotik seperti Lemang Periuk Kera ini. Beliau telah beberapa kali diundang ke rancangan televisyen seperti Majalah 3, Malaysia Food Discovery, Pesta Makanan di Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan lain-lain. berbudi kepada makanan tradisional ni, pemeslah jawabnya. 
En. Dol



0 speaks: