BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 18 September 2013

Pengorbanan II

saat keputusan SPM 2006 diumumkan, kak aku menangis kecewa dan mengoyakkan terus slip peperiksaan sehinggakan tiada seorang pun yang sempat melihatnya, kecuali dia. walaupun ma sangat marah dgn tindakan drastik tapi bodohnya itu, tapi nasi sudah menjadi bubur. mana tidaknya, seorang pelajar yang rajin dan aktif sepertinya gagal meraih result yang cemerlang. begitu juga dengan STPM. kakak aku cuba mencari silapnya. lantas ibu ku menceritakan kelemahan atau mungkin kesalahan paling besar kakak ku itu.

waktu itu kakak ku tingkatan 6 atas dan bakal menghadapi STPM. sekolah buat majlis solat hajat dan meminta pelajar menyediakan pulut semangat. kakak aku yang tinggal diasrama terus call rumah dan meminta ma aku menghantar pulut kepadanya di asrama pada pagi kejadian. masa tu aku sudah memiliki lesen motor. so, aku dan ma kesekolah kak aku. sesampainya disana, kakakku itu tanya, "pulut ni siapa yang buat" ma aku dengan senyum lebarnya menjawab "ma yang buat" tetapi kakakku membalas dgn ayat yang meremuk rendamkan hati ibuku itu iaitu " ma buat, sedap ke tidak ni, nape xtempah je,"...ma aku cukup kecewa dgn ayat tu..kakakku itu sebenarnya malu kalau ma aku yang masak. dia lebih suka beli.

ma aku kecewa sebab, dia bangun awal-awal pagi untuk buat pulut tu. bukan senang nak buat pulut tu. kene tanak pulut dgn santan, pastu kena lembutkan dia --> gitula lebih kurang kot. aku pun tak ingat sangat tapi yang pasti keje dia leceh..lepas tu, awal-awal pagi gi hantar pulak dekat asrama dia. itu pulak balasan yang dia dapat. 

lepas majlis solat hajat, kakakku menelefon kerumah, dan katanya, pulut yang ma aku buat habis lebih awal daripada pulut orang lain. berkat keikhlasan seorang ibu untuk anaknya, walaupun anaknya tidak ikhlas menerima. namun, ma aku sudah terlalu berkecik hati dengannya. 

sebab itulah kot, kakakku tidak mendapat redha dalam STPM dia. walaupun tidak teruk, tapi kakakku gagal masuk U. walaupun dia sangat rajin dan bagus agamanya. walaupun kakakku menangis-nangis meminta maaf, namun hati ibu yang terguris sukar diubati lagi. 

aku sebenarnya sudah lupakan cerita ini, mungkin masa tu aku tidak dengar/perasan sebab aku duk dkt motor. tapi, ma aku menceritakan kembali kepadaku, ketika kami bercakap-cakap tentang hal berkaitan. 

begitu kecewa hati ibuku, sehingga kni masih mengingatinya. apakah kerana itu juga kakakku itu sukar mendapat tawaran belajar yang baik, malahan peluang kerja yang diidamkan? apakah ibuku perlu betul2 memaafkannya barulah rezekinya mencurah? 
bagaimana pula kisah aku dengan ibuku? adakah cerita sebegitu yang mengaitkanku? aku tidak mahu menjadi anak yang sebegitu, aku tidak sebaik kakakku..kakakku diuji sebegitu, namun dia berjaya menjadi isteri solehah. berkekalan hendaknya. Alhamdulillah. bagaimana denganku? Wallahualam.


0 speaks: