BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 18 September 2013

Tudung vs Free Hair


Saya kagum melihat gadis yang dulunya free hair kini sudah bertudung, bukan tudung biasa, tapi ada yang terus bertudung labuh dan berniqab. saat ramai gadis-gadis lain berlumba-lumba mendedahkan perhiasan tubuhnya, dia cuba menentang arus pemodenan dan pendedahan pelbagai perhiasan baru yang dianggap perkara biasa oleh masyarakat hari ini.

melihat anda cukup membuatkan saya ingin menangis dan insaf bahawa tidak semua orang yang dulunya jahat akan terus kekal jahat dan tidak semua orang yang baik akan terus kekal menjadi baik. juga terasa merendah diri anda mampu mengubah diri sendiri menjadi jauh lebih baik daripada saya sendiri. betul. tudung tidak melambangkan kejernihan akhlak seseorang sebab 'bertudung pun ada yang mulut jahat'. tetapi dengan bertudung, seseorang itu sudah memenuhi tuntutan ALLAH yang mewajibkan kita menutup aurat.

Bagaimana pula dengan seseorang yang on-off? apakah dia berdosa ketika bertudung dan mendapat pahala ketika menutup kepalanya? begitukah hukumnya?

''kenapa kau bertudung?''
''entah. dari sekolah aku dah bertudung, keluar rumah pun mak aku suruh pakai tudung''

''boleh ker kau pakai tudung jarang camni?''
''boleh kot. aku tengok orang lain pakai boleh jer''

''xpanas ker ko pakai tudung?''
''panas atau tak memang kena pakai la weh. lagipun aku dah biasa''

“Eh, itu budak free hair yang dulu bertudung dan berjubah tu kan?”
tanya seorang teman yang masuk ke bilik saya. Budak free hair yang dimaksudkan ialah salah seorang coursemate saya.“Entah. Tak tahu pulak.” Sungguh saya memang tidak tahu sebab saya memang sedikit blur bila disuruh mengecam orang. Malah, sampai sekarang student batch saya berlainan jabatan yang cuma seratus lebih orang itu pun saya tak khatam lagi nama-nama mereka. tapi disini ingin saya katakan, Kerana merasakan diri tidak layak dan tidak semulia mana, ramai yang bertudung, membuka semula tudung. mungkin dengan alasan “Tunggu sampai seru”. bukankah bertudung itu wajib?

lagi sedih bila tidak bertudung sudah menjadi perkara biasa, walaupun dikampung. kenapa?

marilah kita renungkan. anak-anak sepatutnya dan sewajibnya diasuh sedari kecil-kecil cili padi. mengapa perlu ditunggu-tunggu?
''alah..budak tu kecik lagi, xdose pun kalau xpakai tudung''
''eh, kecik-kecik la kena biasakan diri dia dgn tudung, nanti dah besar banyak plak alasan dia bagi kan''
''kau ni biar betul, budak tu takkan dia mahu kalau aku suruh dia pakai tudung''
''ko kan ibu nya, ko ada kuasa nak paksa dia, tapi sebolehnya, cakap elok-elok''

itulah kepentingan ilmu keibubapaan dan ilmu agama. penting untuk membimbing anak kejalan benar. penting mengajar anak secara berhikmah, bukan dengan tangan dan kaki. serupa juga dengan pemakaian anak. jika sedari kecil kita mengajar anak memakai short skirt dan singlet, anak sudah terbiasa dengan fesyen sebegitu. tidak akan berasa malu untuk mendedahkan tubuh badan didepan orang. kecik memang nampak sangat comel, dah besar memang bawa bahana pada diri dan juga orang lain.
Semoga Allah menerima penghijrahan kita. Hidayah itu bukan ditunggu tapi perlu dicari.

0 speaks: