BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 27 September 2013

Kerenah

kejadian malam ini membuatkan aku berfikir dan merenung jauh.

ia bermula dengan satu sms. dari temanku. nora (bukan nama sebenar).
arghh..aku terlupa nora puasa hari ni. disebabkan asyik membicarakan hal yang lain dengan temanku neena, aku lupa terus.

sepatutnya aku mengajak dan menemani nora untuk berbuka puasa di kafe. 
aku terus mintak maaf dari nora. nora sms aku setengah jam sebelum Maghrib. tp memori telefon aku full, sms xdapat masuk. hampir-hampir Maghrib baru aku cek fon. 
lepas tu, aku sms nora, ajak dia makan lepas solat Maghrib.

lepas makan, aku berkira-kira nak lepak dibilik nora. sebab boring gak dekat bilik aku.
kebiasaan kami bila berbual, macam-macam hal kami utarakan. 
hinggalah menyentuh isu anak saudara baru nora.
aku nampak dimatanya, ada kesedihan. tapi aku juga tidak pasti sebab apa. 
sepatutnya dia happy sebab dapat anak saudara baru, lelaki. kak dia pun sihat jer. 
so, takda apa-apa yang perlu dia risau.

setelah didesak, dia menceritakan bahawa baby itu mengalami sedikit kelainan.
baby tu keluar awal 2 minggu dari due date yang ditetapkan oleh doktor. 
hal itu tidak terlalu merisaukan sebab kakak dia memang selalu deliver awal dari jangkaan.

kelainan yang merisaukan ialah, berat baby kurang dari 2 kilogram -- memang tidak normal.
selain itu, katanya, ada kelainan lain yang tidak dapat diceritakannya.
aku tidak mampu mendesak sebab aku tengok mata dia dah berair.  #sebak kayy
patutla aku tengok nora seperti tidak terlalu ghairah nak melawat kakak dia. mungkin dia risau tidak dapat menahan sedih melihat baby. 

apa yang aku cuba nak cakap dekat sini, kelainan pada baby memang bukan sesuatu yang menggembirakan.
buktinya, kawan aku dah berair matanya, walaupun bukan anak dia. sebab?
siapa tak kesian tengok baby menangis-nangis sebab sakit? atau mungkin sebab apa-apa komplikasi yang terpaksa dia tanggung. baby, insan kecil dan ringan. baru mahu mengenal dunia. hanya tahu menangis untuk menyampaikan apa-apa hasratnya-sama ada nak susu atau gatal atau mengantuk. 

cuma aku kesalkan, dan risaukan, ibu adalah penyumbang utama kepada pembesaran dan tumbesaran baby. tapi, ibu sendiri tidak menjaga makan minum, pergerakan dan penampilan seharian. 
ya mungkin itu semua ketentuanNYA. tapi, pasti ada penyebab. bukan untuk ditangisi apa yang sudah terjadi, tapi, perlu kita teladani.

p/s : 2 hari lepas bermimpi indah - bakal menjadi ibu - alangkah indahnya perasaan itu ketika itu.


0 speaks: