BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 27 September 2013

OH baby kuuu

tadi, jam 1 petang, baby aku menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

aku pun, tanpa pikir bukan-bukan, terus tidurkan baby ku sekejap untuk refresh badan dia.
lat beberapa second, aku pun kejutkan dia bangun. tapi tak bangun-bangun.
dia cuma bergerak-gerak, tapi tak bukak mata.

aku cool lagi. 
pastu aku cuba tidurkan balik, then aku bersihkan badan dan baju dia.
kot-kot dia stress dengan baju ketat kaler pink yang membaluti badan dia sekian lama.
aku usap-usap badan dia biar betul-betul bersih, sambil-sambil berbual-bual dengan kawan aku.
masa tu, aku dekat kafe..dalam pikiran aku berharap baby aku akan suka dan buka mata pasni.

lepas tu, aku terus pakaikan balik baju dia, aku kejutkan dia balik tapi takda respon jugak.
aku dah cuak tapi belum betul-betul cuak.

aku cuba dan cuba lagi. 
harapan aku tinggi.
aku mesti pastikan dia bangun kembali.

aku cuma ada dia.
mungkin dia yang kedua
tapi dia banyak jasanya.
aku mesti buat dia jaga

aku sedih
hatiku pedih
suaraku lirih
harapanku terasa nipis

buat sekali, bukan dua kali
aku dah cuba berkali-kali
baby, kenapa buat begini
aku tidak mahu cari pengganti

oh baby...

0 speaks: