BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 17 September 2013

Kelas vs Tutorial

ini cerita tengahari tadi...

aku dan kawan-kawan menuju ke cafe seusai tutorial dari salah seorang Pensyarah di jabatan kami. kebiasaan kami ber'lunch' bersama-sama seramai tujuh orang (seorang masih dikampung) jadi, sepatutnya tadi kami menjadi 6 orang. 
tetapi, seorang kawan terlambat sedikit menyertai kami disebabkan berlainan jadual kelas. bercakap tentang pemilihan kelas adalah mengjengkelkan terutamanya kelas tutorial, kerana telah terjadi percanggahan atr kami. pemilihan kelas tutorial (subjek XX) sepatutnya sama dan sepakat atr kami, namun disebabkan beberapa masalah peribadi, aku memilih untuk berpisah dengan geng dan masuk kelas berlainan hari dan waktu. 

namun begitu, disebabkan mereka terpengaruh dengan alasan aku bertukar kelas (aku anggap mereka terpengaruh atau mungkin ada sebab yang lain), seorang kawan tersebut terpaksa berseorangan lantaran kawan-kawan lain menukar kelas dan memasuki kelas yang aku pilih..walau apa alasan kawan-kawan itu, aku tetap rasa bersalah apabila seorang kawan itu ditinggal bersendirian, dia takdapat tukar kelas tutorial tersebut sbb clash dgn kuliah sbjek laen.

sedang kami hendak memulakan suapan pertama tengahari tadi, datang kawanku yang terlambat tadi *dengan muka yang agak masam. aku dah start cuak dan risau. masih ada rasa bersalah sehingga kesaat ini. lebih-lebih lagi kawanku itu berulang kali merayu dan memujuk salah seorang kawan yang agak rapat dengannya untuk berubah fikiran untuk bertukar kelas tutorial itu, atau dia sendiri terpaksa 'drop' subjek itu kerana tidak mahu keseorangan dalam kelas tutorial itu. sedangkan, katanya dia sudah tidak mempunyai pilihan subjek yang lain jika dia gugurkan subjek yang sedang digaduhkan itu. dia terus merayu, bersungguh-sungguh nadanya.

ingin saja aku menyuruh / memaksa salah sorang dari mereka sambil memberi ceramah tentang persahabatan dan erti kebersamaan, namun aku terpaksa sedar, siapalah diriku ini pada mereka. huhu. 
lebih-lebih lagi, muncul pendapat seorang teman, katanya lebih kurang seperti berikut :

"...tak salah pun kalau kome sorang-sorang masuk kelas tu, sebab nanti boleh jumpa kawan baru. boleh kenal dgn junior-junior. awok pun pernah jer masuk kelas tutor sorang-sorang..."

kawan yang seorang itu terdiam tidak menjawab. mungkin dia tahu, dia tidak seberani atau mungkin tidak seperamah kawan yang memberi pendapat tadi. dalam kelas, kalau sipemalu duduk bersendirian, sampai kesudahlah dia akan diam dan tidak berkawan. tapi, rasanya kalau dia nak, boleh saja dia cuba berbual-bual. bagi aku pula, jika kes terpaksa, aku boleh saja masuk bersendirian. cara aku, aku akan datang awal untuk pilih tempat paling selesa dan tidak tenggelam atau tidak menonjol..dgn itu, tidaklah terlalu kekok dalam kelas.

berbalik kepada cerita tadi, aku tetap rasa bersalah. walaupun kawan aku kata "..jangan ikut orang, ikut kehendak diri sendiri.." kepada kawan aku yang dipujuk tu..tapi aku tetap rasa kita perlu rasa simpati dan mengalah, sebab diorang rapat. tidakkah ada rasa kesian atau bersalah? kalau mengalah, nanti mungkin 'kawan yang dipujuk' tidak selesa pulak sbb mcm terpaksa (ada sebab yang kuat membuatkan ''kawan yang dipujuk'' tu xnak kelas tu).

mengalah? atau berkeras? simpati dan rasa bersalah? work your memory immediately, my friendssss.
minggu add&drop dah nak berakhir beberapa hari lagi. apakah kesudahannya kawan-kawanku ini?

bagaimana pula dgn 'kawan yang masih dikampung' itu? esok baru dia mai kelas sedangkan dia ada masalah dgn jadual tutorial dan masa sudah semakin suntuk. bolehkah dia menukar/merombak jadualnya atau dia perlu ''drop'' salah satu paper dan extend untuk satu semester lagi?

ohhhh..cuak pulak aku dgn kesudahan cerita pendaftaran kelas dan tutorial kami ni.

0 speaks: