BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 22 June 2012

amanah untukku :')


Memegang amanah bukan seindah kedengaran. 
Jauh disudut hati, kurang yakin pada diri. Enggan gagal lagi. 
Memegang amanah umpama berdiri diatas satu tali, sebelah kesyurga, sebelah keneraka. Jika berjaya sempurnakan, layakla kesyurga-NYA. Jika tidak, terimalah padahnya. 
Memang bangga jika berdiri diatas. Cubalah renung pada kemampuan diri. Prinsipku, usahlah meminta sesuatu amanah, tapi jika diberi, terimalah seikhlasnya, cuba buat yang terbaik. Selebihnya berserahlah dan bertawakallah kepada-NYA. DIA maha mengetahui segalanya. 
Semoga dikurniakan kekuatan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Impian adalah milik kita. Coraklah apa sahaja untuk masa depanmu. 
Tapi, usahlah lupa bahawa manusia sememangnya hanya mampu merancang. Usah kecewa jika tidak terlaksana, kerana mungkin belum masanya. Namun, jika menjadi kenyataan, anggaplah ianya anugerah dari sang pencipta. 
DIA penuh kasih sayang pada hambaNYA yang meminta. 
Namun, tidaklah DIA memberi tanpa sebab.

Suratan atau kebetulan, ia adalah takdir kita.
Terimalah…


0 speaks: