BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 20 June 2012

Perubahan Yang Sedang Berlaku


















Hari ni 20 Jun 2012 0830am-1030am, adalah paper terakhir yang aku ambil sem ni, iaitu Remaja dan Masalah Psikososial. Tamatlah perjuangan untuk semester keempat, tahun kedua aku. Tamatlah hubungan diantara kawan2, mungkin. Biasalah kan bila berpisah kelas, hubungan pun turut sama jauh. Wlbagaimana pun, aku langsung xmenggalakkan benda2 gitu. Okay, sambung cerita. Tamat kelas tidak semestinya tamat ilmu disini. Harapnye ilmu yang aku dpt sem ni leh aku manfaatkan pada masa depan. ^^


Setelah aku fikir2 balik, tidak hanya kelas dan exam tamat disini. Tapi juga status dan kedudukan aku. Kalau dulu jadi Timbalan Exco Perhubungan dan Kemasyarakatan bagi Persatuan Mahasiswa Kelantan UM, sem depan mungkin dah berubah. Siapa tahu dan siapa menduga kan? Sudah tertulis di loh mahfuz dan hanya menjadi rahsia sebelum ianya berlaku. Berakhirnya khidmat sebagai Exco PMKUM, maka sudah tiada kerjasama antara kami adikbradik pimpinan. Hubungan yg dah terjalin selama setahun, yang dibaja dengan keikhlasan, kesungguhan, kebersamaan, akan berlalu dan menjauh kembali. Namun, ada yang kekal, iaitu PERSAHABATAN yang tidak siapa pun boleh nafikan. Semoga, kekal keakhirat. Bagi aku, yang dah dikenali, tidak perlu dilupakan. Makin ramai, makin bagus, dan makin besarla jaringan yang kita miliki. Itulah istimewanya persahabatan.


Selain itu, ade lagi yang turut berubah. Roommate (siti dan mira) mungkin tidak lagi menjadi roommate ku utk sesi depan. Kolej pun entah dapat entahkan tidak. Kolej Zaaba ni pun macam nk tendang aku kluar dah pun. Haha. Mira pun dah pindah umah sewa. Dah dapat rumet ‘baru’ dah pun. Tinggal aku ngn siti. Janjinya nak duk sebilik lagi tahun depan. Tapi xtwlah kan. Kita hanya merancang~


Harap2, ade yang tidak berubah. Harap2 Wani masih lagi jadi kawan baik aku. Kita hanya mampu merancang kan. Hati yang memilih. Harap juga semangatku tidak berubah, malah makin kuat. Harap aku masih duk kolej. Harap makin ceria, inovatif, kreatif dan berani. Hehee..

Bagaimana agaknya result aku untuk sem ni?

Soalan itu agak seram kedengaran. Sungguh. Aku mengaku, persediaan begitu teruk. Mengapakah? Sbb xbalik kampong ke, jadi xda semangat? Rasanya tahun lepas pun xbalik masa studyweek. Ermm..aku tak menyesal. Malah aku bertawakkal. Kegagalan bukan bermakna duduk terkebelakang, tapi kegagalan adalah untuk dijadikan pengajaran, so aku xlalai lagi pasni. Harapnyaa~


Exam abis, xbermakna boleh balik. Hukhukhuk. Ade kursus induksi 22-23jun. Pehtu, ade lak bengkel tesis 25-26jun 2012. Pastu baru leh angkat beg naek bas balik KAMPONGGG! Tapi, itu pun untuk bbrpa hari jer. 30hb Jun kene makesure dah ada kat sini, kol6am flight ke Bandung, Indonesia. Redha sungguh aku dengan ketentuan nih ! sobs. Duk Bandung 1Julai sampai 22Julai. Di Universitas Padjajaran....nak balikkk.


.....................


0 speaks: