BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 29 October 2013

Benda Baru di Surau Fakulti Aku



Manusia sukakan benda atau sesuatu yang baru? #tipikal dan ketara?


Iya memang ketara. Aku juga merujuk kepada diriku sendiri dan contoh yang aku alami.


Di satu hari pada minggu lepas, aku masuk ke surau fakulti untuk solat Zohor. Kebiasaan aku, aku akan berwuduk dulu barulah aku ke rak telekung untuk memilih telekung yang ‘ngam’ dengan aku. Ketika duk belek-belek telekung, biasalah benda ‘share’ ni memang kondisinya agak kurang menyenangkan. Lain orang, lain ragam, lain bau badan. Aku perasan dekat tempat gantung telekung, kelihatan beberapa set telekung baru, warna coklat dengan corak berbeza-beza. Memang kelihatan menarik dan sudah tentu wangi (sebab masih baru). Memang la aku pun sedang memilih telekung yang paling elok keadaannya, Tetapi pada masa tu aku tak berani nak guna telekung baru tu sebab aku masih belum tahu siapa pemiliknya? Mungkinkah milik seseorang atau sekumpulan individu kan. So, aku pun guna yang mana ada jer – warna putih.

Then, the other days, aku terdengar perbualan group of students yang mengatakan telekung tu adalah milik surau fakulti kami, sama seperti telekung lain (yang berwarna putih itu). So, siapa-siapa sahaja boleh gunakannya. Then, ada suara di belakangku mengatakan “ eh, rugi plak aku tak guna telekung baru tu tadi..’’


Aku sebenarnya juga terfikirkan hal yang sama. Rugi pulak tak guna yang baru tu. See, Nampak tak permainannya? Nak jugak benda baru walhal sama jer, yang berbeza kusyuk atau tak kusyuk jer kan?
 

Then, today (the week next after that conversation), aku lihat ramai yang berebut menggunakan telekung baru + wangi + cantik + selesa itu. Same goes with me. Hehehehe.



p/s : Kenapa surau ni bising sangat ?? surau bukanlah tempat perbincangan ilmiah mahupun tempat untuk bergosip disaat insan lain sedang cuba untuk fokus kepada penciptaNYA. 

0 speaks: