BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 1 October 2013

Purdah / Niqab





Purdah bermaksud pakaian bagi wanita Islam terdiri dari dua jenis: Hijab atau Hijab+ Niqab. di Parsi, purdah juga bermaksud Tirai.

Hijab bermaksud pemakaian sederhana yg membuka muka dan dua tapak tangan, yakni pemakaian tudung yang seperti biasa kita lihat.
Niqab pula bermaksud berhijab dan ditambah dgn niqab atau burqa (penutupan muka)

Sebelum Islam, wanita Arab jahiliyah memakai bermacam ragam pakaiaan. Tapi yg common ialah: khimar (menutup kepala), dar' (menutupi badan), jilbab (pakaian yg dipakai di atas Dar') dan mengenakan pula niqab (menutup muka kecuali dua mata) atau Burqa (menutup semua sekali).

Bila Islam datang, pakaian yg disyari'atkan ialah hijab sahaja (seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan). Jilbab dan khimar itu dikekalkan kecuali niqab atau burqa'.

Mesti kat luar sana ramai yg hendak berpurdah. Tapi ada sahaja halangan2 yg membantut niat untuk berpurdah. satu page yang mempunyai 96084 likers telah membuat tinjauan apakah halangan-halangan yang mungkin telah menghalang seseorang daripada memakai purdah. antaranya ialah..

1. org kata kalau nak berpurdah ilmu agama kena tinggi, erm, belum cukup lagi..huhu

2. tak perlu ilmu yg ckup bru na pkai purdah .. istqmah dgn yg wajib dlu then take the next step .. klau nak tgu ilmu tu ckup smpai ble² pon takkan ckup .. btol kn klau sy salah ye .. asif .. ツ

3. diri sendiri . apabila kite lemah , kite rasa sekeliling kite kuat drpd kite. ~low self confident~

4. terhalang kerana masih bersekolah

5. Terhalang kerana tugas sy beruniform ..

6. student.... universiti tak galakkan pakai purdah

7. Saya berumur 13 , teringin pakai bukan kerana utk tunjuk tpi untuk menjaga maruah n wajah , tapi halangan daripada keluarga , khususnya ,, ibu ..

8. mak ayah x suruh. .diorang ckap , cukup la saya pakai mcm skarang. .tudung labuh dan bju kurung. .klu purdah , diorang x setuju . .tpi sya memang dah ada niat utk memakai purdah .

9. Takut hangat2 taik ayam .Biar sekali pakai dan terus istiqamah

10. sy mmg teringin nk berpurdah...sejuk mata melihat mereka yg berpurdah...tp suami sy x izinkan sy berpurdah lagi...katanya ckuplah menajga aurat dgn sempurna mengikut syarak...katanya lagi lum sampai masa lagi utk sy berpurdah....

11. mak saya agak risau.. mungkn kerana kurang pendedahan, mak saya risau saya terikut kumpulan dakyah sesat

12. dulu teringin sngat nak pkai.. tpi lepas masuk alam remaja sikit, sikit2 rasa tu hilang. pengaruh rakan sebaya yang negatif terlalu banyak..

dan banyak lagi. setelah ditinjau, banyak jawapan mengatakan dia mendapat halangan dari parents terutamanya ibu, dan ada juga tidak dibenarkan oleh suami. lain-lain kebanyakannya tidak yakin dan tidak istiqamah. hurm..setakat itu sahaja. 

p/s : buat keputusan untuk kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling juga.

0 speaks: