BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 11 May 2011

11 TANDA KEBAHAGIAAN DAN 11 TANDA KECELAKAAN

saya cerita, awak bace !


Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang boleh memberikan manafaat bersama kepada semua, termasuklah kepada diri sendiri dan ahli keluarga serta saudara-mara dan rakan taulan. Petikan daripada Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran, himpunan oleh Wan Jamal Haji Wan Mat Saman dan susunan oleh Farah Natasha Jasmin.


Sebelas tanda-tanda mereka di kalangan orang yang telah dikurniakan kebahagiaan oleh Allah S.W.T dapat dilihat melalui sifat dan sikap mereka iaitu:
  •     Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat;
  •     Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran;
  •     Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu;
  •     Sentiasa memelihara solat lima waktu;
  •     Sentiasa berwaspada terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak;
  •     Bersahabat dengan orang yang baik-baik;
  •     Bersikap tawaduk, tidak sombong;
  •     Dermawan lagi pemurah;
  •     Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah s.w.t;
  •     Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk; dan
  •    Banyak mengingati mati.



Manakala sebelas tanda-tanda kecelakaan juga boleh di kesan terhadap mana-mana Muslim yang ada pada mereka sifat dan sikap sebeperti berikut:
  •     Rakus dalam mengumpul harta;
  •     Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia;
  •     Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang;
  •     Meremehkan solat lima waktu;
  •     Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa;
  •     Buruk budi pekerti;
  •     Berlaku bongkak dan sombong;
  •     Tidak memberi manfaat kepada manusia;
  •     Amat sedikit belas kasihan terhadap orang-orang yang beriman;
  •     Kikir; dan
  •     Tidak ingat mati.



0 speaks: