BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 2 May 2011

apakah aku akan jatuh lagi?


kuat..kuat..kuatkan semangatmu wahai srikandi !

aku berdoa dalam hati.
agar aku tidak lagi kembali seperti dulu.
kadangkala hati menangis ketakutan.
kadangkala diri mnyesali segala yang pernah dilakukan.
terasa bahang kejahatan dalam diri.
mula memberi kesan.

sungguhkah ?
sungguhkah aku sudah bersedia untuk itu?
insaflah srikandi.
pada siapa lagi mahu berharap?
jangan sampai terlambat
kamu semakin dekat pada kematian,
yakinkah kamu syurga untukmu?
yakinkah kamu DIA mengampunimu?

jangan berlengah.
jangan sesekali menyesal.
jangan sesekali undur.
jangan mengalah.
kuatkan diri dan hati.
kuatkan. tabahkan. cekalkan.

kalau bukan kamu, siapa?
kamu mahu yang bagaimana lagi?
mahu yang kekal?
atau yang sementara?
kamu kah yang bahagia?

menyesal sahaja tiada guna.
ayuh srikandi.
mulakan langkah kejalan benar.
sudah ada cahaya itu.
langsung kamu kesana.
jangan dengar id atau ego yang menjatuhkan.
dengarla pada hati yang berpaksikan kebenaran.

DIA hanya satu.
jangan pergi pada yang salah.
kamu datang dari DIA.
kamu akan kembali jua pada DIA.
hanya DIA berhak kepada kamu.

subhanallah ! kembalikanlah aku kejalan yang benar.
berikanlah ketenangan hati.
cerahkanlah pandangan mataku kearah kebenaran.
ampunilah segala kekejian yang aku lakukan.
ampunilah segalanya.
dengarlah pada ku.
pimpinlah aku.

hanya padaMU aku berserah.
hidup dan matiku hanya padaMU.
tidur bangunku hanya keranaMU.
makan minumku dari rezekiMU.
tutur kataku memujiMU.

SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAHUAKBAR.

p/s : semayang zohor da. jangan lewat2kan. hoho~


1 speaks:

Unknown said...

MENDOAKAN yang terbaik buat diri sendiri adalah lebih baik daripada melihat kekurangan orang. haip !!