p/s : 2 hari lepas bermimpi indah - bakal menjadi ibu - alangkah indahnya perasaan itu ketika itu.
Friday, 27 September 2013
Kerenah
p/s : 2 hari lepas bermimpi indah - bakal menjadi ibu - alangkah indahnya perasaan itu ketika itu.
story of Unknown at Friday, September 27, 2013 0 speaks
Labels: bestfriend, friendship, Kerenah
sebuah kerinduan
Rindu anda pada siapa? Aku pula sedang merindukan semua orang yang jauh dariku. Rindu itu percuma. Sebab itu kita mensia-siakannya..bila jauh dirindui, bila dekat tidak dipeduli. Mengapakah manusia sepertiku tidak menghargai? mengapa tidak bersyukur?
story of Unknown at Friday, September 27, 2013 0 speaks
Labels: Kerenah
OH baby kuuu
story of Unknown at Friday, September 27, 2013 0 speaks
Islam The Best Way Of Life
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
story of Unknown at Friday, September 27, 2013 0 speaks
Labels: islam
Saturday, 21 September 2013
DUIT OH DUIT
budak PTPTN jangan la boros sangat bile dpt duit awal-awal sem. makan megi pulak la ko nanti last sem. lagi-lagi student UM ni haa..mahaii gilak yurannya! sabo jelaaa.
yang penting, petang ni aku nak pi pasarmalam Pantai Permai, cari nasi kerabu bak hang. yummmehh.
story of Unknown at Saturday, September 21, 2013 0 speaks
Walau Air Mata Darah.
Drama Walau Airmata Darah ni lakonan Fizz Fairuzz, Nadiya Nisaa dan Sabhi Sadhi. Irfan dan Suhaila merupakan pasangan yang paling romantik dikalangan kawan-kawan di kolej.. Percintaan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan setelah mereka masing-masing tamat belajar dan bekerja.. Akan tetapi, akibat mengikut kata hati dan nafsu muda yang membara, tanpa sengaja Irfan melafazkan talak 3 kepada Suhaila walaupun baru 6 bulan melangsungkan perkahwinan dan mengetahui talak bukan permainan lebih-lebih lagi talak tiga.
dalam pada usaha mereka berdua secara senyap-senyap untuk berkahwin 'cina buta', suhaila bertemu rakan lamanya - Yusoff - lalu mencadangkan yusoff sebagai 'cina buta' disamping sanggup bersumpah untuk bercerai dengan Yusoff secepat mungkin. walaubagaimanapun, Suhaila memungkiri janji dan termakan sumpah sendiri apabila mengalami keguguran serta disahkan mengalami penyakit hati. Irfan yang masih mencintai bekas isterinya itu walaupun setelah apa yang dilakukan Suhaila kepadanya, sanggup menjadi penderma hati kepada suhaila setelah Yusoff sendiri tidak layak untuk menderma. malangnya, keputusan Irfan telah mengorbankan nyawanya sendiri dan menganggap itu hadiah perkahwinan paling bermakna untuk Suhaila. ia juga sebagai tanda Allah mengabulkan permintaannya untuk kekal ''dihati'' Suhaila.
drama ini sangat menyedihkan dan menginsafkan. sememangnya seorang lelaki bukan seorang yang mengikut emosi dan selalunya akan bertindak rasional, tetapi tindakan seorang isteri mencabar suaminya menyebabkan suami tidak mahu kalah dengan egonya sendiri. maka berlakulah seperti didalam drama ini, dimana Irfan menurut ego dan amarahnya menjatuhkan talak tiga terus kepada Suhaila, seseorang yang sebenarnya yang sangat dikasihinya. walau airmata darah sekalipun, mereka tetap tidak boleh bersama, lebih-lebih lagi istilah 'cina buta' sebenarnya tidak diterima dalam Islam..
menonton drama ini untuk kali kedua pun aku masih gagal menahan airmata ini daripada menitis. siapa sangka, seseorang yang kita harapkan dan yakin akan menjadi pasangan hidup kita, sebenarnya lain yang ditetapkan oleh Allah. Subhanallah. Allahuakbar. sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
drama ini juga mengajarku erti ketulusan cinta seorang suami kepada isterinya. walaupun Suhaila telah mengandung hasil perkahwinan dengan Yusoff (Cina Buta), Irfan masih sanggup menerima isterinya. Irfan juga tidak lekas menerima cinta Aisyah - seorang pekerjanya yang sering membahagiakannya. Irfan hanya mampu berdoa dan menangis kepada Allah untuk meminta Suhaila dikembalikan kepadanya. seorang lelaki yang baik, juga sanggup menjaga ibunya walaupun ibunya nyanyuk, kencing merata dan menyusahkannya. sesungguhnya Irfan seorang suami dan lelaki yang sangat baik, walaupun sekadar lakonan.
semoga diriku bertemu seseorang sepertinya. dan semoga diriku tidak diuji sebegitu, tidak menjaga seperti wataknya Suhaila. Allahu Ahad. Amin.
p/s : jangan korbankan isteri/wanita akibat kesalahan kita sendiri. jadilah kapten yang baik dalam rumahtangga. :)
story of Unknown at Saturday, September 21, 2013 0 speaks
Friday, 20 September 2013
Lemang Periuk Kera
fyi, seorang usahawan restoran, En Abdul Wahab b Sulaiman atau En Dol (gambar dibawah), bersama isterinya telah membuka Restoran Puteri Inn di Rompin Pahang. Antara menu yang istimewa dii sini ialah Lemang Periuk Kera. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau alas perut. so, sesiapa yang terdekat bolehlah pergi cari. namun begitu, kebiasaan bagi makanan unik ni, mestilah kene tempah dulu. sebab en.Dol tu kena masuk hutan untuk cari periuk kera yang sesuai. selain itu, En Dol ini sebenarnya sangat terkenal kerana hasil usahanya mengetengahkan masakan tradisional yang unik dan eksotik seperti Lemang Periuk Kera ini. Beliau telah beberapa kali diundang ke rancangan televisyen seperti Majalah 3, Malaysia Food Discovery, Pesta Makanan di Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan lain-lain. berbudi kepada makanan tradisional ni, pemeslah jawabnya.
Wednesday, 18 September 2013
Tudung vs Free Hair
melihat anda cukup membuatkan saya ingin menangis dan insaf bahawa tidak semua orang yang dulunya jahat akan terus kekal jahat dan tidak semua orang yang baik akan terus kekal menjadi baik. juga terasa merendah diri anda mampu mengubah diri sendiri menjadi jauh lebih baik daripada saya sendiri. betul. tudung tidak melambangkan kejernihan akhlak seseorang sebab 'bertudung pun ada yang mulut jahat'. tetapi dengan bertudung, seseorang itu sudah memenuhi tuntutan ALLAH yang mewajibkan kita menutup aurat.
Bagaimana pula dengan seseorang yang on-off? apakah dia berdosa ketika bertudung dan mendapat pahala ketika menutup kepalanya? begitukah hukumnya?
''kenapa kau bertudung?''
''entah. dari sekolah aku dah bertudung, keluar rumah pun mak aku suruh pakai tudung''
''boleh ker kau pakai tudung jarang camni?''
''boleh kot. aku tengok orang lain pakai boleh jer''
''panas atau tak memang kena pakai la weh. lagipun aku dah biasa''
“Eh, itu budak free hair yang dulu bertudung dan berjubah tu kan?”
tanya seorang teman yang masuk ke bilik saya. Budak free hair yang dimaksudkan ialah salah seorang coursemate saya.“Entah. Tak tahu pulak.” Sungguh saya memang tidak tahu sebab saya memang sedikit blur bila disuruh mengecam orang. Malah, sampai sekarang student batch saya berlainan jabatan yang cuma seratus lebih orang itu pun saya tak khatam lagi nama-nama mereka. tapi disini ingin saya katakan, Kerana merasakan diri tidak layak dan tidak semulia mana, ramai yang bertudung, membuka semula tudung. mungkin dengan alasan “Tunggu sampai seru”. bukankah bertudung itu wajib?
lagi sedih bila tidak bertudung sudah menjadi perkara biasa, walaupun dikampung. kenapa?
marilah kita renungkan. anak-anak sepatutnya dan sewajibnya diasuh sedari kecil-kecil cili padi. mengapa perlu ditunggu-tunggu?
''alah..budak tu kecik lagi, xdose pun kalau xpakai tudung''
''eh, kecik-kecik la kena biasakan diri dia dgn tudung, nanti dah besar banyak plak alasan dia bagi kan''
''kau ni biar betul, budak tu takkan dia mahu kalau aku suruh dia pakai tudung''
''ko kan ibu nya, ko ada kuasa nak paksa dia, tapi sebolehnya, cakap elok-elok''
itulah kepentingan ilmu keibubapaan dan ilmu agama. penting untuk membimbing anak kejalan benar. penting mengajar anak secara berhikmah, bukan dengan tangan dan kaki. serupa juga dengan pemakaian anak. jika sedari kecil kita mengajar anak memakai short skirt dan singlet, anak sudah terbiasa dengan fesyen sebegitu. tidak akan berasa malu untuk mendedahkan tubuh badan didepan orang. kecik memang nampak sangat comel, dah besar memang bawa bahana pada diri dan juga orang lain.
story of Unknown at Wednesday, September 18, 2013 0 speaks
Pengorbanan II
story of Unknown at Wednesday, September 18, 2013 0 speaks
Labels: Kerenah
Pengorbanan
''..Kawan saya gaji 4k sebulan tapi langsung tak teringat nak menghulur kat mak ayah di kampung. Gaji banyak tapi tak pernah rasa cukup. Baru nak ada duit lebih sikit, kereta rosak la, terlanggar kereta orang la, komputer meragam la, phone jatuh berderai la. Seorang lagi kawan saya gaji hanya 1.5k sebulan kerja biasa-biasa. Lepas tolak hutang kereta segala, ada la tinggal tiga empat ratus untuk kegunaan sendiri tapi masih tetap hantar duit kepada ibu bapa di Kampung ikut kemampuan yang ada. Kadangkala RM100, kadangkala RM50 yang dia hantar tanpa diminta dan tak pernah miss. Dengan lebih duit yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan kadangkala rasa berlebih tak tahu nak buat apa. Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu-bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini.. ''
berikut adalah kisah benar yang dikopipes dari page FB. berbunyi agak cliche tapi ianya untuk ingatan pada diri saya kelak bila dah bekerja.
ibubapa tidaklah meminta, tapi mereka tentu gembira jika diingati.
ingatlah mereka bukan juga pengemis duitmu, tapi bantulah mereka walau dari jauh.
seandainya kamu berjaya kelak, Alhamdulillah syukur, namun bantulah mereka untuk memberi kejayaan pada adik-adikmu juga.
anak yang baik dan soleh-solehah membantu ibubapa mereka menjadi ibubapa yang baik.
itu yang sentiasa kuingati selalu.
masa kecik dulu, aku pernah meminta yang bukan-bukan. tapi, ma tetap usaha tunaikan. contoh, satu hari, aku bawak balik sehelai borang untuk diisi dan disahkan oleh Ketua Kampung. ma aku pun pergi kerumah ketua kampung (aku xingat siapa) xjauh sangat dari rumah, tapi masa tu ma aku tgh sarat mengandung. kali pertama tu, ma aku balik tapi masih belum cop sbb ketua kampung takda kat rumah. tapi aku paksa ma aku gi sekali lagi sambil nangis-nangis dan membentak. huhh. kejam betul aku, sanggup menderhaka sebab sehelai borang. aku lupa masa tu umur aku berapa. tapi setiap kali teringat kisah tu, aku terus kluaq ayaq mata bak hang. sedih sangat2. lagi-lagi skrg ma asik sakit dan pengsan sbb darah tinggi n kencing manis.
story of Unknown at Wednesday, September 18, 2013 0 speaks
Labels: Kerenah
Tuesday, 17 September 2013
Kelas vs Tutorial
story of Unknown at Tuesday, September 17, 2013 0 speaks
Labels: ethics, friendship, Kerenah
Harapan Yang Belum Berbuah
story of Unknown at Tuesday, September 17, 2013 0 speaks
Labels: Kerenah
Persahabatan
story of Unknown at Tuesday, September 17, 2013 0 speaks
Labels: fotografi, friendship, Kerenah