BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label bestfriend. Show all posts
Showing posts with label bestfriend. Show all posts

Sunday, 15 December 2013

Kita....Nyata Berbeza !!

Aku sedang dilanda perasaan sentimental kerna dah tak berapa lama lagi bakal meninggalkan dunia kampus. Lebih sedih dan sayu lagi ialah sebab terpaksa meninggalkan sahabat aku, terutamanya Siti. Aku harap, perpisahan ini bukan seperti perpisahan yang berlaku semasa PMR, SPM, dan STPM dulu. Aku harap, kita masih tetap mengambil berat dan tetap berhubung antara 1 sama lain. Sob sob sob.
Actually, aku nak story tentang perbezaan. Sepanjang berkawan dan mempunyai kehidupan sebagai seorang pelajar ni, banyak perbezaan yang aku perhatikan. Perbezaan budaya, perbezaan sikap, perbezaan minat dan kecenderungan dan lain-lain lagilah.

Contohnya, dalam bilik aku ni pun aku perhatikan ada perbezaan itu. Roomate aku, suka pakai seluar dan T-Shirt jer time ke kuliah. Baju kurung ada, tapi pakai time ada presentation atau majlis-majlis tertentu saja. Boleh dikatakan sesuatu yang pelik kalau dia pakai baju kurung. Nampak kelainan. Sorang lagi, lebih kurang sama. Sampai kalut dia duk tempah baju kurung 2 3 helai sebab sem depan dia kena gi praktikal sebagai guru. Sama juga dengan kawan aku, Fara. Dia sinonim dengan jeans, t-shirt dan cardigan beserta beg sandang dia. Kalau dia pakai baju kurung, memang nampak lain. Sampaikan Dr.Awang pun tegur kalau Fara pakai baju kurung. Katanya, Fara pakai baju baru. Nampaknya, baju kurung tidak lagi menjadi amalan, atau mereka menganggap baju kurung untuk perkara tertentu saja? Aku bukan tak suka pakai seluar, tapi kalau baju kurung, aku senang match dengan tudung. Lagipun, aku belum mempunyai koleksi blouse dan seluar yang banyak.

Perbezaan lain ialah, aku melihat seorang kawan aku ni (biar aku gelarkan dia Wawa, bukan nama sebenar) sering bersendirian dan tidak hiraukan kawan kalau tidak ada keperluan. Dia cuma akan attend kelas dan keluar. Kalau ada gap, kami lunch sama-sama. Tapi kalau tidak ada kelas bersama, dia akan pergi begitu saja. Tiada SMS, tiada teguran, tiada basa-basi. SERIUS 24jam. Kehidupan dia lebih menggembirakan kalau bersama family dia. Sedangkan kawan-kawan lain pula seolah-olah tidak boleh tidak ada kawan disisi. Termasuk aku, lagi-lagi kami stay dekat kolej sedangkan Wawa di tinggal kat luar. Tapi, kalau ada apa-apa program, kami ajak Wawa tapi dia selalu tak dapat datang la. Dekat FB pun, time kami kecoh-kecoh tentang sesuatu hal, dia takda respon, paling bagus pun dia akan like. Wawa seolah-olah memisahkan sahabat dan family dan family adalah segala-galanya bagi dia. It's okay. Sapa tak sayang dan hargai family kan? Okay then. Tapi, bagi aku, sahabat adalah family aku disini.

Perbezaan seterusnya ialah, aku dan kawan-kawan suka makan nasi, kalau tak jumpa nasi dalam sehari memang boleh shaking. Tapi, roomate aku (contohnya) tak kisah. Asalkan makan. Diorang boleh makan MCD, spageti makcik kafe KK4, mi sup atau mi goreng. Adakah sebab aku dan kawan-kawan ni orang Kelantan maka kami berbeza?

Perbezaan lain pula ialah dulu kalau kita buat salah dengan kawan kita atau sapa-sapa, kita kena jumpa dia dan mintak maaf dengan dia. Tapi budaya sekarang pelik. Bukan jumpa dan mintak maaf, tapi hanya post di FB dengan ayat lebih kurang ''kerana mulut badan binasa, maka diam lebih baik dari terus menyakiti hati'' . Hehh *sila terasa ya.

Perbezaan terakhir mungkin, ialah tentang minat. Aku minat sangat cerita horror, thriller dan fiction. Fiction tu okay la, kawan-kawan aku pun minat. Tapi kenapa diorang tak boleh join dan teman aku tengok cerita horror dan thriler macam The Descent, Wrong Turn, The Call, dan lain-lain?? Hehehee..Oppsss...ada yang tak suka tengok movie-movie ni..katanya melalaikan dan membuang masa. Hurmmm...

Mula dari kiri : tak ingat nama, tak ingat nama, Mizah, Tia, Cidot, Aku, Siti,
Arda, Fara, Umi, Wani, Dhira.















Mula dari kiri atas : Akma, Wani, Arda, Cidot, Una, Mizah, Fara, Aku
Kiri bawah : Zairi, Ain, Tia, Zul, Ain Mazlan
*Ni pun salah satu perbezaan, perbezaan KENANGAN. Gambar satu di Jakarta, Indonesia. Gambar dua di Port Dickson. Apa yang berbeza ialah ahli dalam gambar. bermakna, apabila kami ke sesuatu tempat, tidak semua classmates join. Sebab tu la asyik tak cukup korum. ~sighs!

Thursday, 5 December 2013

Belajar Dari Melihat.














''Sewaktu di matrik, saya belajar pakai stokin/sarung kaki dari kawan2...

saya belajar dengan melihat mereka masih tetap memakai stokin walaupon bermain air dan pasir di pantai.... mereka biarkan seluar dan kain mereka basah.. sebab apa?? sebab mereka tahu aurat mereka yang perlu dijaga...

kenapa kita takot sangat stokin basah, kain basah sedangkan pakaian itu masih boleh dibasuh...?? kalo orang len nampak aurat kita?? caner tu?? caner nk basuh dosa kita, dosa orang yang memandang tu skali?? aish..nauzubillah..

berhati2 musim hujan nie.. jangan selak tinggi sangat kain tuu... ok??!! hehe

Belajar Dari Melihat.. Jomlah Kita Jaga Aurat.."



Petikan diatas adalah dari status seorang kawan FB. Aku sedar tentang dua perkara apabila melihat status kawan aku ni.

Pertama, YA..Memang proses pembelajaran berlaku apabila kita melakukan interaksi sosial dengan orang disekeliling kita. Interaksi boleh membawa kesan baik dan juga buruk. Macam budak kat atas ni, nampaknya dia telah belajar banyak perkara baik melalui interaksi sosial dia. Alhamdulillah.

Kedua, YA...aku juga belajar memakai stokin dan menjaga/menutup lengan dengan kawan-kawan jugak. LEBIH TEPAT lagi, dengan kawan-kawan PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN yang sangat berjasa pada aku. Aku bermula dengan rasa malu apabila berhadapan dengan mereka yang menutup aurat dengan sempurna, menjaga pertuturan, menjaga pergaulan, menjaga tingkah laku. Sangat osem. Akhlak mereka juga menghadirkan rasa cemburu dalam hati aku, betapa lembutnya, betapa jujurnya, betapa merendah dirinya budi bahasa dan sikap mereka. Lantas, slow-slow aku ubah diri aku. Yang aku ingat, mula-mula aku pakai sarung kaki tapi masih pakai seluar Jeans (biasanya seluar jeans ikut bentuk kaki). Selesa memakai sarung kaki tapi masih bertudung tidak labuh sepenuhnya. Ya, memang agak jahil tapi itulah pembawaan dari zaman remaja yang nakal.

Sekarang, Alhamdulillah. Aku bukan saja membiarkan stoking basah kerana ingin tetap melindungi kaki, tapi juga rela berpanas bila memakai tudung dua lapis (inner + tudung) untuk melindungi leher dari terbayang-bayang dari luar.

Menutup aurat perlu sempurna. YA, akan aku usahakan dimana jua. Semoga DIA yang maha Berkuasa mengampunkan semua dosa kita semua disebabkan kejahilan masa lalu :')

AMIN YA RABBAL ALAMIN.
























*Aku sungguh bersyukur padaMU Ya Allah kerna menemukan aku dengan teman yang menyedarkan aku dari lena dan lalai. 


Saturday, 30 November 2013

Mata Kucing




Petang tadi Siti ajak pi renew buku dekat main library. Aku pun setuju je la, boleh renew buku Etika Alam Sekitar aku pinjam tu. Pehh. Baru aku teringat buku tu dah lama lepas due. Haha

Sambil menyelam, kentutla sekali. So, tadi aku berhajat nak cari novel RAM atau FIXI atau mana-mana novel fiksyen, aku dah pinjam Bagaikan Puteri dan Hatiku Di Harajuku. BEST GILER novel pakcik RAM ni..tapi, aku renew balik novel Bagaikan Puteri sebab belum habis baca. 

Sebab boleh pinjam 1 lagi untuk novel (item berstiker biru), aku pun naik tingkat dua nak usha buku baru. Cari punya cari, jumpa satu buku RAM yang aku belum baca iaitu Sunan Musafir (kot..aku lupa tajuk sebab banyak tajuk berkaitan Sunan karya RAM ni). Aku pun, bolehlah daripada takda dan balik dengan kecewa. Tapi aku masih tak puashati lagi. Belek-belek dari atas sampai bawah, bawah naik atas balik, aku terjumpa dekat baris paling bawah, buku fiksyen bertajuk MATA KUCING , karya Nizam Zakaria. Aku pun pernah baca karya Nizam ni bertajuk SUSUK, yang agak memboringkan. So, aku berharap MATA KUCING ni ohsem.
Nasib baik Siti sanggup pinjamkan buku bertajuk Sunan Musafir tu sebab aku hanya ada 1 kekosongan untuk buku berstiker biru ni. 

So, keluar dari library aku dah start baca Mata Kucing ni. Ternyata memang best dan membuatkan aku tak boleh stop membaca. Sebelum jam 12 tengah malam aku sempat habiskan baca buku setebal 247 mukasurat ni. 

Ya, kisah dia memang ada kaitan dengan kucing, dan mata kucing. 


Tuesday, 19 November 2013

Aku masih diberi peluang oleh-NYA

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


Hari ni aku tido jam 6.30am (bermakna semalam aku tak tido).
Aku tak tido pun takdak buat apa-apa esaimen mahupun slide presentation. Memang arini ada presentation subjek OnT tapi aku dah buat slide tu minggu lepas. 

Asalnya aku tengah discuss pasal soalan kaji selidik untuk tugasan En.Syed dengan Siti. Tapi sekejap jer, siap sebelum tengah malam. Disebabkan aku memang tidak mengantuk sangat (akibat selalu tidur lewat), aku pun sambung baca novel thriller ''Hatiku di Harajuku'' sambil menemankan sorang lagi kawan aku, Arda, buat slide presentation untuk esok (subjek lain). Siti pulak tengah baca-baca slide untuk presentation OnT esok. Siti 1 group dengan aku. 

Malangnya, Arda dan Siti dah tidur pun (lebih kurang jam 3am), aku masih tak boleh tidur. Mengantuk dan menguap berkali-kali tapi otak masih segar-bugar. Jam 5am aku cuba paksa untuk tidur, tapi nanti berpotensi ketinggalan Subuh pulak.

Last-last aku teruskan baca ''Hatiku di Harajuku'' sehingga Subuh, dan kejutkan kawan-kawan masuk bilik masing-masing. Ohya, kami lepak dekat Bilik TV.

Lepas Subuh aku cuba tidur, takut takda tenaga nak present OnT jam 11 am..Aku tertido jam 730am tapi jadi susah nak bangun pulak effect tak tidur semalam, badan jadi letih. 

Aku dah miss satu kelas jam 10am, :'(
Aku pun set jam loceng 940am untuk kelas jam 11am. 
Tapi malangnya aku tersedar jam 1112am dan terus jadi kalut lagi-lagi teringatkan aku kena present harini subjek OnT. Nak call Siti , telefon takdak kredit. Lepas pusing bilik 2 3 kali, runsing taktau nak buat apa. Mustahil sempat gi kelas untuk present. Aku pun amik tuala dan mandi. Aku bawak enset letak dalam raga letak perkakas mandi.

Lepas jer mandi, aku dapat SMS dari Siti, katanya dia dah sampai kelas. Hah, lagilah aku cuak. Aku request dia suruh dia call aku. Nasib baik Siti faham dan rilek jer bile aku mintak nak present minggu depan. 

Then, lepas tu dia SMS, katanya Dr.Awang tengah rushing dan cuma 2 kumpulan je sempat present. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah Alhamdulillah :')

Monday, 18 November 2013

Internet

Time internet SLOW gila khinzir tahap siput sedut masak lomak, kawan aku

'' please la internet,
aku nak buat keje (esaimen) niiiiiiii !!! "



Time internet lajuuuu, kawan aku jugak

'' eh, Hang dah tengok citer Umie Aida jadi keldai dadah tu? Kesiann dia kena tipu ngan mamat Negro tu''



Nampak tak permainannya?



Thursday, 14 November 2013

Kisah Dalam Sehari

Bila aku tengok entri lepas kurang mengancam, aku terus rasa nak menulis entri baru sebab nak suruh entri (yang kurang mengancam) itu turun kebawah dan kebawah. But then, aku juga boleh nak improve tulisan aku, boleh edit bagi betul-betul centre, letak gambar yang menarik (kalau ada/perlu), dan sentiasa mengingatkan diriku bahawa entri hari ni dan juga lepas tidak 'mengumpat' atau menceritakan alkisah orang lain. *geleng-geleng kepala* sebab pasal pengalaman diri aku sendiri pun rasa banyak yang aku perlu ceritakan, contohnya kena denda masa F6 sebab lambat masuk kelas lepas rehat, atau mungkin kisah aku bermimpi aku dah kahwin. cewahh..boleh jugak kisah aku yang suka berangan nak travel oversea. Dan macam-macam lagilah..so, tak payahlah aku nak story kisah orang lain bagai.


Tengahari tadi aku mengucapkan TAHNIAH pada seorang kawan fakulti aku, LELAKI, juga orang Kelantan kerana sekali lagi berjaya mendapat Dean dalam exam lepas..tetapi baru tadi aku ucapkan TAKZIAH pula dekat dia sebab masa bukak FB ada perkhabaran baru mengatakan ayah dia dah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah. Sebelum ni dia memang selalu update pasal kesihatan ayah dia yang tidak menentu. ALLAH. Dah sampai masa dia.

Tapi aku pelikla, kenapa tiap kali aku gi pasar malam (bukan black market), aku beli nasi kerabu, tapi bila sampai bilik, aku terasa nak makan nasi gulai ayam atau koeytiaw goreng, atau sebaliknya. Huhh. Takkan aku nak beli dua-dua kot. Tahula puasa, tapi takda la kebuloq sangat. Dahla tadi nak beli hati ayam goreng, tapi tengok hati ayam tu macam dah kering, mungkin dah digoreng banyak kali. Mungkin.

Tapi takpalah, aku still boleh chill lagi, sebab hari ni dah masuk hari ketiga geng YGen promosi FB page mereka dan bagi botol air jenama Tupperware pada sesiapa yang like FB diorang. Entah apa yang penting sangat dengan page tu sampai dia bagi merchandise berharga RM15 satu tu. Hasil usaha gigih, aku dapat 4 botol sebab ambik FB adik, kak dan FB dia...hehe...Aku dapat kaler kuning 2bijik, kaler oren dan kaler hijau. Rezeki la tu kann. Kawan-kawan aku ada yang dapat 2, 3 dan 6..Yang dapat 6 tu banyak sangat, katanya ambik FB sepupu sepapat dia. Hahaha...Nampak x manusia ni suka benda free. Memang booth dia sentiasa penuh sebab orang berebut nak isi borang, login FB dekat tab yang dia bagi dan barulah boleh claim hadiah. Tadi, dia double check sesiapa yang nak claim hadiah, mungkin sebab ada banyak penipuan berlaku.

Eh korang, jangan lupa pulak, 9 dan 10 Muharam, kita disunatkan berpuasa sunat dimana 9 Muharam adalah Puasa Sunat Taasu'a dan 10 Muharam pula ialah Puasa Sunat Asyura. ''Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lewat'' (Hadis Riwayat Muslim). Memang untunglah siapa dapat puasa, salah seorangnya ialah aku. Untung sebab dapat guna peluang yang Allah bagi ni untuk hapuskan dosa-dosa lepas. Tapi ada jugak yang tak untung sebab tengah dalam keuzuran dan tidak dapat berpuasa. Takziah. Baik tak aku? Memang baik la 'sangattt',..tapi tadi aku ada sign in untuk program Orphan Care yang entah bila dan bagaimana untuk aku join. Sebab dia suruh pergi dengan pengangkutan sendiri dekat rumah penjagaan bayi tu. sigh !

Kalau bilik kita pun sentiasa bersepah, boleh ke kita nak uruskan badan pelajar yang kondisi dan kuantitinya lebih besar dan rumit? haha..Tadi aku tengok ada Flashmob satu badan pelajar, dan salah seorangnya aku kenal, roomate kepada kawan aku. Dia memang kelihatan bersemangat dan hebat. Tapi, diri sendiri tak terurus akibat ke'busy'an yang melampau. *geleng-geleng kepala*

Ahhh aku dah terlampau kenyang sebab bedal air soya, nasi kerabu (yang membuat aku hilang selera hari ni, entah kenapa, padahal biasa okay jer), pisang sebijik, sepotong epal, kurma 2 3 bijik, mungkin 4 bijik. Lagi apa lagi eh? Haaa...roomate aku pun ada bagi donut, so boleh buat sahur. Eh lupa, tadi pun aku ada beli roti inti kacang dekat pasar malam. Ada 6 bun untuk harga RM4, kira okay lah sebab bun dia besau-besau. Hehee.

Yayy tadi soothing gel yang aku beli dah dekat sebulan dah sampai. Lambat sebab beli straight away dari Korea. kelasss gitu...



Tuesday, 1 October 2013

kawan?

ni la rupa surat yang Anis selalu bagii. suwit x?

sejujurnya, saya tak banyak kawan. as long as that one friend stay with me always, thats enough


banyak kawan banyak kerenah, saya tak mampu nak menahan kerenah orang.


saya tak suka nak start gaduh dengan orang. saya juga susah memaafkan.


apa awak rasa dalam hati bila tengok saya? kalau kegembiraan, yeah absolutely u'r my bestest friend. coz i dont close to anyone easily.


bila saya dah rapat dgn someone, i will always make sure she happily live with me.


kawan rapat sekolah rendah? ada 2orang.


kawan rapat sekolah menengah adalah 2 orang yang tadi jugak sebab masuk sekolah sama-sama.


Mariam - she was my bestfriend, jujur luhur dari hati - she loves me eventhough jarang contact each other and dia kahwin pun i tak tahu. sekarang dia dah dapat sorang baby gurl - lupa nama - dia pun dah ada own car, myvi kuning. ala, myvi lagi best tu. and perfectly husband always beside her. after long time havent meet each other, she suddenly contact me that day, masa tu i tengah praktikal dekat PPDKB. she's on her way back to hometown after taking her baby to doctor. and, we just meet and talk just like that. macam selalu jumpa padahal last i jumpa dia masa dia pindah dari SMKDB ke SMK dekat kampung dia - To'Uban,Pasir Mas, masa tu form2. whatever happen, we still declare as BESTFRIEND ever. iLOVEyouTOO.


Anis - she was also my bestfriend - i know her since primary school and kami bukan sekampung. nak tahu kenapa kami kawan? sebab kami bukan budak hot time tu. budak hot time tu bukan gedik and batak (wow, impressing i use that word). budak hot yang aku maksudkan lebih kepada suka jalan after school time and free yourself. aku dan anis senasib, mak ayah kami tak suka kami keluar jalan2 tanpa tujuan. since that, memang jadi budak baik la. but sometimes pernah la aku tipu cakap nak keluar buat homework with some friends. padahal hangout makan megi kat rumah kawan and mandi sungai. ofkos la time tu sungai tak dalam, musim kemarau. aku dan anis kekal kawan sampai secondary school. tapi after form2, nak masuk form3, aku pindah jugak ke SMKS atas nasihat parents n mak saudara sbb sekolah tu ada asrama. bagus jugak sebab aku boleh belajar berdikari. tapi, anis kehilangan sahabat2 baik dia. susah jugak nak pindah. sedih. berpucuk-pucuk surat anis bagi aku. setiap kali baca aku pasti nangis. tapi surat2 tu dah hilang. arghh. anis lepas tu dah dapat kawan baru and anis dah pandai berdikari, siap jadi pengawas and macam-macam lagi. kalau dulu, nak kuar gi tandas pun susah. and aku rasa, tu la kebaikannya aku pindah sekolah.



kawan laki? ahahhh..memang hampir tiada. sebab apa? aku pun taktau. mase form2 , aku jadi penolong ketua tingkatan. tapi ada sorang budak laki takut nak cakap dengan aku. sebab katanya aku garang. huhh..emang benar? tapi, dekat sekolah mmg aku segan n pemalu. sebab itu takda kawan laki yang baik. lagipun, idont think i need it, ahah. tapi semenjak kat UM, self-esteem aku dan berubah sedikit demi sedikit, mungkin juga dibantu dengan pengalaman masa FORM 6 dulu. dimana aku punya kawan-kawan yang sporting. tapi aku tetap pemalu. eheh. kat UM ni bagusnya ialah aku dah joinkan diri aku dengan PMKUM. disini aku rasa tak sesegan dulu. cuma keyakinan diri masih lagi rendah. haha. aku pernah jadik MC dalam satu majlis PMKUM dan aku rasa that's was the first and last time aku jadik MC. ade ke aku binti kan nama kawan laki aku. ceh. tu pun aku tak perasan disebabkan kegugupan melampau. orang dah tergelak-gelak. feuuuuw. maluuu !

Simbiosis Di Antara Kita

pagi Yang Indah Ini
tersenyum Sendiri
ciak-Miak Burung Di Luar Jendela
seakan Memanggil Namamu

jika Ku Punya Mata
nun Di Atas Angkasa
kan Ku Tengok Dikau setiap Ketika
di Mana Saja Kau Berada

walau Di Mana Pun Dikau Berada
berjalan Atas Bumi Yang Tua
akan Ku Turut Serta
bagaikan Udara
simbiosis Di Antara Kita

aku Tak Pandai Mengarang Puisi
tidak Ku Pandai Bermadah Berseni
satu Kalimah Yang Ku Seikhlas Tahu
hanyalah Ku Cinta Padamu.

siapa minat lagu ni? 
ok ni sebenarnya lagu lama Ella. dulu aku memang minat, tapi dah lama xdgr lagu ni. yela macam2 lagu baru kuar, walaupun ade jugak yang langsung tak sedap, tapi tetap kuar radio jugak. menyebabkan lagu lama walaupun best, diketepikan, kecuali kalau ada program radio untuk lagu-lagu lama. heee

lagu ni lagu lama, tapi diflashback balik liriknya, secara tak langsung olehku. aku jadi teringat balik dekat lagu ni sebab seseorang. katanya "..dengan awak kalau gaduh takda pilihan lain, kena baik-baik semula loa. sebab kita kan macam simbiosis, saling memerlukan.." cewahh.

terasa nak menyanyi lak. lalalalaaa..

*miss you already.


Friday, 27 September 2013

Kerenah

kejadian malam ini membuatkan aku berfikir dan merenung jauh.

ia bermula dengan satu sms. dari temanku. nora (bukan nama sebenar).
arghh..aku terlupa nora puasa hari ni. disebabkan asyik membicarakan hal yang lain dengan temanku neena, aku lupa terus.

sepatutnya aku mengajak dan menemani nora untuk berbuka puasa di kafe. 
aku terus mintak maaf dari nora. nora sms aku setengah jam sebelum Maghrib. tp memori telefon aku full, sms xdapat masuk. hampir-hampir Maghrib baru aku cek fon. 
lepas tu, aku sms nora, ajak dia makan lepas solat Maghrib.

lepas makan, aku berkira-kira nak lepak dibilik nora. sebab boring gak dekat bilik aku.
kebiasaan kami bila berbual, macam-macam hal kami utarakan. 
hinggalah menyentuh isu anak saudara baru nora.
aku nampak dimatanya, ada kesedihan. tapi aku juga tidak pasti sebab apa. 
sepatutnya dia happy sebab dapat anak saudara baru, lelaki. kak dia pun sihat jer. 
so, takda apa-apa yang perlu dia risau.

setelah didesak, dia menceritakan bahawa baby itu mengalami sedikit kelainan.
baby tu keluar awal 2 minggu dari due date yang ditetapkan oleh doktor. 
hal itu tidak terlalu merisaukan sebab kakak dia memang selalu deliver awal dari jangkaan.

kelainan yang merisaukan ialah, berat baby kurang dari 2 kilogram -- memang tidak normal.
selain itu, katanya, ada kelainan lain yang tidak dapat diceritakannya.
aku tidak mampu mendesak sebab aku tengok mata dia dah berair.  #sebak kayy
patutla aku tengok nora seperti tidak terlalu ghairah nak melawat kakak dia. mungkin dia risau tidak dapat menahan sedih melihat baby. 

apa yang aku cuba nak cakap dekat sini, kelainan pada baby memang bukan sesuatu yang menggembirakan.
buktinya, kawan aku dah berair matanya, walaupun bukan anak dia. sebab?
siapa tak kesian tengok baby menangis-nangis sebab sakit? atau mungkin sebab apa-apa komplikasi yang terpaksa dia tanggung. baby, insan kecil dan ringan. baru mahu mengenal dunia. hanya tahu menangis untuk menyampaikan apa-apa hasratnya-sama ada nak susu atau gatal atau mengantuk. 

cuma aku kesalkan, dan risaukan, ibu adalah penyumbang utama kepada pembesaran dan tumbesaran baby. tapi, ibu sendiri tidak menjaga makan minum, pergerakan dan penampilan seharian. 
ya mungkin itu semua ketentuanNYA. tapi, pasti ada penyebab. bukan untuk ditangisi apa yang sudah terjadi, tapi, perlu kita teladani.

p/s : 2 hari lepas bermimpi indah - bakal menjadi ibu - alangkah indahnya perasaan itu ketika itu.


Friday, 20 January 2012

BALEK KAMPONG !!!


hurm..terasa lamer betul xjenguk blog
walhal baru seminggu :)
titew rindu sanad2 dekat belog titew

hurm,..hari ini last paper,
~sistem&organisasi politik
xnk citer sal jwpn yg aku da tulis tu ..serammm

lepas paper td, balik basuh baju then kua bli barang ngn rumet
mlm lak, rehat jap
then simpan baju n lemari.
penat sgt tp xleh xonline.
nk balik da pagi esok :)

seronok sanad sanad tahu
renduuu <3

p/s : esok bas kol945am
dekat Hentian Putra
mira - kol930am
siti - kol900am

Saturday, 14 January 2012

sory, lewattt...hehe



selamat hari lahir 
kepada MARIAM BINTI MAT JUSOH
my childhood bestfren.
insyaallah till now. 
wish you best bornday ever myfren~
selamat bertambah usia.
apa saja yg sudah kamu capai, TAHNIAH aku ucapkan
jika ada yg belum dicapai, aku doakan ia tercapai
juga ku doakan kebahagiaanmu
sesungguhnya aku rindukan kenangan dulu
yg dulu-dulu tetap dikenang pahit @ manis nya
berbasikal bersama balik dari sekolah
yg pahitnye, mu eksiden ngn moto sapa dapat parut dekat mulut (lw xsilap)
ingat ag kan? tp mu rilek je time tu wlpn da bleeding.
aku lak hok takut. tp mu meme slumber sokmo la kawan <3
tp akhirnya mu g jugak dari aku
berkecai impian nk masuk U samer2
now, aku sudah lupakan negatif sal mu, yg positif je aku rindu ^_^
n u should know bout 1 thing :
I MISS YOU 

p/s : yer..aku tw bufday ko 13 januari :D 
sory lambat wish u :DDD