BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Terharu. Show all posts
Showing posts with label Terharu. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Belajar Dari Melihat.














''Sewaktu di matrik, saya belajar pakai stokin/sarung kaki dari kawan2...

saya belajar dengan melihat mereka masih tetap memakai stokin walaupon bermain air dan pasir di pantai.... mereka biarkan seluar dan kain mereka basah.. sebab apa?? sebab mereka tahu aurat mereka yang perlu dijaga...

kenapa kita takot sangat stokin basah, kain basah sedangkan pakaian itu masih boleh dibasuh...?? kalo orang len nampak aurat kita?? caner tu?? caner nk basuh dosa kita, dosa orang yang memandang tu skali?? aish..nauzubillah..

berhati2 musim hujan nie.. jangan selak tinggi sangat kain tuu... ok??!! hehe

Belajar Dari Melihat.. Jomlah Kita Jaga Aurat.."



Petikan diatas adalah dari status seorang kawan FB. Aku sedar tentang dua perkara apabila melihat status kawan aku ni.

Pertama, YA..Memang proses pembelajaran berlaku apabila kita melakukan interaksi sosial dengan orang disekeliling kita. Interaksi boleh membawa kesan baik dan juga buruk. Macam budak kat atas ni, nampaknya dia telah belajar banyak perkara baik melalui interaksi sosial dia. Alhamdulillah.

Kedua, YA...aku juga belajar memakai stokin dan menjaga/menutup lengan dengan kawan-kawan jugak. LEBIH TEPAT lagi, dengan kawan-kawan PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN yang sangat berjasa pada aku. Aku bermula dengan rasa malu apabila berhadapan dengan mereka yang menutup aurat dengan sempurna, menjaga pertuturan, menjaga pergaulan, menjaga tingkah laku. Sangat osem. Akhlak mereka juga menghadirkan rasa cemburu dalam hati aku, betapa lembutnya, betapa jujurnya, betapa merendah dirinya budi bahasa dan sikap mereka. Lantas, slow-slow aku ubah diri aku. Yang aku ingat, mula-mula aku pakai sarung kaki tapi masih pakai seluar Jeans (biasanya seluar jeans ikut bentuk kaki). Selesa memakai sarung kaki tapi masih bertudung tidak labuh sepenuhnya. Ya, memang agak jahil tapi itulah pembawaan dari zaman remaja yang nakal.

Sekarang, Alhamdulillah. Aku bukan saja membiarkan stoking basah kerana ingin tetap melindungi kaki, tapi juga rela berpanas bila memakai tudung dua lapis (inner + tudung) untuk melindungi leher dari terbayang-bayang dari luar.

Menutup aurat perlu sempurna. YA, akan aku usahakan dimana jua. Semoga DIA yang maha Berkuasa mengampunkan semua dosa kita semua disebabkan kejahilan masa lalu :')

AMIN YA RABBAL ALAMIN.
























*Aku sungguh bersyukur padaMU Ya Allah kerna menemukan aku dengan teman yang menyedarkan aku dari lena dan lalai. 


Monday, 2 December 2013

Allah sentiasa ada



Walaupun kita berdosa tetapi Allah terus mengizinkan kita hidup... bukan untuk terus berdosa tetapi memberi peluang untuk kita bertaubat segera!

Allah terus cinta walaupun kita terus derhaka...
Allah terus kasih walaupun sering dipersia...



















Saturday, 30 November 2013

Ada Orang Belanja


Murah rezeki sehari dua ni. Alhamdulillah.

Minggu lepas Siti gi bilik aku bawa dua bungkus nasi lemak untuk aku (dan Arda). Aku tanya dia siapa bagi? Dia kata ada orang belanja. Dia tak bagitahu sapa. Malas nak paksa - sambung tidur.

Malam ni pulak, Siti bagi burger. Peh, dahla aku memang lapar. Tapi musykil juga aku siapa bagi, Siti masih nak berahsia. Katanya orang tu banyak duit sangat kot.

Aku dah dapat agak sapa. Tapi kenapa?

P/S : Kepada 'situkang belanja', aku tak kisah n tak marah pun hang rajin nak belanja. Semoga murah rezeki hang dan bolehlah hang belanja aku selalu. Heh.

Tuesday, 19 November 2013

Aku masih diberi peluang oleh-NYA

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


Hari ni aku tido jam 6.30am (bermakna semalam aku tak tido).
Aku tak tido pun takdak buat apa-apa esaimen mahupun slide presentation. Memang arini ada presentation subjek OnT tapi aku dah buat slide tu minggu lepas. 

Asalnya aku tengah discuss pasal soalan kaji selidik untuk tugasan En.Syed dengan Siti. Tapi sekejap jer, siap sebelum tengah malam. Disebabkan aku memang tidak mengantuk sangat (akibat selalu tidur lewat), aku pun sambung baca novel thriller ''Hatiku di Harajuku'' sambil menemankan sorang lagi kawan aku, Arda, buat slide presentation untuk esok (subjek lain). Siti pulak tengah baca-baca slide untuk presentation OnT esok. Siti 1 group dengan aku. 

Malangnya, Arda dan Siti dah tidur pun (lebih kurang jam 3am), aku masih tak boleh tidur. Mengantuk dan menguap berkali-kali tapi otak masih segar-bugar. Jam 5am aku cuba paksa untuk tidur, tapi nanti berpotensi ketinggalan Subuh pulak.

Last-last aku teruskan baca ''Hatiku di Harajuku'' sehingga Subuh, dan kejutkan kawan-kawan masuk bilik masing-masing. Ohya, kami lepak dekat Bilik TV.

Lepas Subuh aku cuba tidur, takut takda tenaga nak present OnT jam 11 am..Aku tertido jam 730am tapi jadi susah nak bangun pulak effect tak tidur semalam, badan jadi letih. 

Aku dah miss satu kelas jam 10am, :'(
Aku pun set jam loceng 940am untuk kelas jam 11am. 
Tapi malangnya aku tersedar jam 1112am dan terus jadi kalut lagi-lagi teringatkan aku kena present harini subjek OnT. Nak call Siti , telefon takdak kredit. Lepas pusing bilik 2 3 kali, runsing taktau nak buat apa. Mustahil sempat gi kelas untuk present. Aku pun amik tuala dan mandi. Aku bawak enset letak dalam raga letak perkakas mandi.

Lepas jer mandi, aku dapat SMS dari Siti, katanya dia dah sampai kelas. Hah, lagilah aku cuak. Aku request dia suruh dia call aku. Nasib baik Siti faham dan rilek jer bile aku mintak nak present minggu depan. 

Then, lepas tu dia SMS, katanya Dr.Awang tengah rushing dan cuma 2 kumpulan je sempat present. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah Alhamdulillah :')

Thursday, 7 November 2013

Puding Karamel Tanpa Telur - Special Edition

Tengah-tengah lapar ni (dahla tengah malam ni) aku boleh teringat segala jenis makanan yang sedak hatta yang tak sedap sekalipun, dari roti canai, pizza dominos, KFC, mee celup, koeytiaw goreng, malah nasi kosong campur telur goreng and kicap pun. hihihii..hantu makan la katakan. 


But then, aku teringat satu resepi yang aku pernah cuba buat, terus menjadi dan jadi hidangan femes masa open house ( ulang sekali lagi OPEN HOUSE) kat rumah aku raya puasa aritu, iaitu PUDING KARAMEL.
cewahh, bunyi macam gempak. EH, memang gempak la uols sebab puding ni tak pakai telur. Selain jimat money money money nak beli telur banyak-banyak, puding ni jugak tak rasa hanyir. Tambah esen vanila pulak, jadi wangi dan sangat sedap. Yummmyy,...bangga beb puding aku habis 3 bekas jugak pakat-pakat berebut masa aku keluarkan pencuci mulut. (tapi apasal aku baru update story ni? dah basii)

Puding karamel tanpa telur ni bukan resepi aku pun, resepi dari internet jugak (hasil kerja men'google' resepi masa tengah kat ofis-praktikal) Tapi, gambar aku memang tak ambil pun, gambar google jelah ada. ngeee.

lebih kurang macam ni la rupa dia yang aku buat. *ayaq liuq meleleh

awesome ! yummmmyy.


Dahh dahhhh..Meh belajar cara-cara nak buat pulak. Resepinya ialah :

For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air

Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik (Aku telah mengabaikan step ni thus pudding aku tak berapa nak cantik hehe)
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge.

Kelebihan puding ni : 
- Senang gila nak buat
- Murah sebab tak payah beli telur
- Bahan-bahan asas mudah cari
- Comel bila dah betul-betul keras
- Boleh bawak ofis dan makan dengan kawan-kawan
- Boleh upload instagram, facebook, keek dan lain-lain untuk tunjukkan yang anda dah pandai masak . lalalaa..

sharing is caring .

Thursday, 15 August 2013

TERHARUUU

hari ni hari raya ke-8. dan hari ni juga merupakan hari terakhir aku di PPD KB.


aku sangat seronok. semua orang aku bagitau. yakin sangat yer. sebab overconfident, aku tak sedar bahawa ketentuan Allah mengatasi segalanya. nah, tadi motor aku bocor xjauh sangat dari rumah. nasib baik, aku terus kol rumah. nasib baik jugak ada adik yang pandai repair everything. dua kali adik aku ulang-alik sebab aku lupa bagitau tayar belakang ker depan yang bocor. ma aku plak xdak kredit, so, xleh kol nak tanya aku. 
terharu plak aku ada adik yang mudah mintak tolong. 
lantas, aku teringat balik aku marah-marah adik aku tu n kata macam-macam. padahal, air dicincang takkan putus. dengan adik aku tu jugakla aku mintak tolong kan.

masa adik aku balik amik tayar spare, ada sorang abang brenti tanya masalah. lagi sekali aku terharu sebab masih ada insan berhati mulia nak tolong walaupun tak kenal. aku pun ucap terimakasih saja dekat dia sebab adik aku datang nanti. semoga ramai orang yang murah hati camtu.

lepas adik aku siap repair apa yang patot, aku pun gerak. kena jugak gi kerja arini sebab hari last n aku xnak dah ganti hari lain. nasib baik gak syazana tu nak tolong punch card untuk aku. heeee.

xsampai 1 kilometer aku jalan, aku nampak kat depan aku ada sorang pakcik duk tengah jalan yang aku nak lalu. ingatkan buat pe, rupanya dia alihkan bangkai kucing yang kena langgar. tersentuh pulak hati aku biler tengok scene tu. walaupun kucing tu dah mati, eloklah kita alihkan bangkainya ketepi jalan sebagai tanda hormat sesama makhluk Allah. lagipun, mungkin terjadi eksiden lain kalau bangkai yang sebesar tu terus di tengah jalan. bagus pakcik tu, aku sendiri pun macam malu kot nak buat semua tu, lagipun, bangkai kan busuk. bukan semua orang ade hati luhur macam pakcik tu. 

akhirnya, sampai jugak aku dekat PPD KB, dan dapat jugak aku ke majlis aidilfitri Unit Akademik - InsyaAllah boleh amik gambar bersama kawan-kawan praktikal lain. 

petang ni, agenda nya nak ke rumah kawan aku -MIzah- sebab dia dah ajak, terharu lak..hehe...mizah ni kawan yang aku jumpa masa buat lesen motor tahun 2007/2008 gitu la kot...dah lama betul tak jumpa, lepas tu kerumah Haslina - abang dia kawin. INSYAALLAH jika takda halangan.

* arini jugak sebenarnya ada majlis sambut menantu sepupu aku di Salor. 

Saturday, 14 January 2012

sory, lewattt...hehe



selamat hari lahir 
kepada MARIAM BINTI MAT JUSOH
my childhood bestfren.
insyaallah till now. 
wish you best bornday ever myfren~
selamat bertambah usia.
apa saja yg sudah kamu capai, TAHNIAH aku ucapkan
jika ada yg belum dicapai, aku doakan ia tercapai
juga ku doakan kebahagiaanmu
sesungguhnya aku rindukan kenangan dulu
yg dulu-dulu tetap dikenang pahit @ manis nya
berbasikal bersama balik dari sekolah
yg pahitnye, mu eksiden ngn moto sapa dapat parut dekat mulut (lw xsilap)
ingat ag kan? tp mu rilek je time tu wlpn da bleeding.
aku lak hok takut. tp mu meme slumber sokmo la kawan <3
tp akhirnya mu g jugak dari aku
berkecai impian nk masuk U samer2
now, aku sudah lupakan negatif sal mu, yg positif je aku rindu ^_^
n u should know bout 1 thing :
I MISS YOU 

p/s : yer..aku tw bufday ko 13 januari :D 
sory lambat wish u :DDD

Wednesday, 11 January 2012

Rezeki Kami


Semase sedang hangat dengan exam, rezeki turun dari langit. thihihii..
dapat RM200 baucar buku kerajaan bagi untuk student..belila sesuatu yang dikatakan 'akademik' saja ya.
jgn meraban beli benda laen. memang xdibenarkan.

Anyway, THANKS a lot <3. Tak semua dapat Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) nih. Hanya students IPT sahaja..


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

KRITERIA KELAYAKAN : Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a) Warganegara Malaysia;

b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;

d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;

e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;

f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;

g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan

h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4. TEMPOH PELAKSANAAN

Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5. KADAR BB1M

Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR

a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;

b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;

d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;

e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;

f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;

g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;

h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI : http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html

p/s : kenapa bagi time exam? patut bagi awal sem. Student tak beli buku ilmiah masa last sem. Beli buku bukan ilmiah bolehlah.

Wednesday, 21 December 2011

mak atau bilek aku ?


dikala orang lain sedang enak ditilam empuk, aku melakar kata-kata ini. ceh!
huhu...aku sedang dalam dilema!
lagi2 dilema...yess! idup mmg slalu kene buad pilihan.
sama ada baik atau x, kite kene pndai2la


okeh!
adenya tjuan aku disini adalah
nk cite sal dilema aku ni.
aku sedang pk satu benda nih.
iskk.
berat sungguh nk tanggung ni
smpai xleh tido nih.
aduhh..
ape aku nk wt eaa?
aku skrg tgh pk bnde ni

nk balik x cuti study week ni?
huhuhuu..bukan berat pom. kui3..
yg xtido ni pasai aku tgh siapkan esaimen.
haduiii..cuti mmg 2mggu...tp aku tanak balik
ase syg nk tggl bilek ni.
tp mak lak kol dr kampong suh balik.
ni yg serba salah nih
RINDU tu mmg ade. rendu mak ayah. rendu ank buah comeyl tu
tp, exam pom penting!
lagi2, xsempat study pom ag ni.
mmg rumet aku sume balek, tp hati ttp nk tggl sini!
huhh.
susah kn nk wt kputusan.
T__T