BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

Ikan Keli Goreng Berlada


Resepi ni bukan DIY tapi favourite all the time aku. Ikan keli berlada. Yummmehhh. Gi kafe atau foodcourt, memang aku cari ikan keli goreng atau goreng berlada dulu, baru tengok lauk lain. 


Bahan2:
2 ikan keli 
Serbuk kunyit dan sedikit garam (untuk digaulkan bersama ikan keli)
**3 biji bawang merah
**4 ulas bawang putih
**2 biji lada merah ( bagi yg mau pedas boleh guna cili padi)
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2 biji limau nipis(diperah dan diambil jusnya)-boleh juga gantikan dengan air asam jawa atau limau kasturi.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:

Gorengkan ikan keli yang telah digaul bersama2 dengan kunyit dan garam. ketepikan.
Kisarkan bahan2 yang bertanda **.
Tumiskan bahan2 yang dikisar tadi sehingga cili benar2 masak .
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan perahan jus limau nipis dan gaul rata.
Apabila sudah masak, tuangkan tumisan ke atas ikan keli dan siap untuk dihidangkan.

PETUA UNTUK IKAN KELI

*Jika beli ikan keli hidup, cara untuk mematikannya dengan merendam ikan keli ke dalam besen(atau bekas bersesuaian) dengan segenggam garam kasar.. biarkan selama setengah hingga satu jam...
*untuk membersihkan ikan keli, rendam ikan keli dengan garam kasar, limau nipis dan asam jawa selama 15 minit.. selepas itu, ikan keli bolehlah dibersihkan dengan menggosok limau nipis ke atas badan ikan, bagi menghilangkan lendir2 yang biasanya melekat pada badan ikan keli. lepas tu dibersihkan ikan keli dengan air biasa sebelum dilumur dengan garam dan serbut kunyit sebelum digoreng..

SELAMAT MENCUBA ~!

P/S : Dulu mak aku cakap, aku suka belut. Orang lain geli-geli nak makan sebab macam ular, aku selamba gitu je makan. Sekarang, dah tukar selera kot. Boleh makan benda bergoreng saja, bukan sup-sup sebab terbayang kelembikan dia tu. Ishhh.

Roti Arab DIY

Wahhh...aku suka sangat dengan roti goreng ni...lagi-lagi cicah dengan sambal sardinn..

Roti Arab


Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang

250 g tepung gandum
2 sk yis mauripan
1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
1 sb marjerin/mentega
1 sb gula 
160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
1/2 sk garam halus

Cara-cara :
Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih. 

Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin. 

Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.

Sementara itu, bolehlah buat sambal sardin, dsbnya....hehe.

Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian. Bulat-bulatkan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.

Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

Bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau lauk apa2 jelah...Selamat mencuba. Boleh intai banyak lagi respi best-best DI SINI

Bebola cheese ala KFC

Musim-musim stress dengan study untuk exam ni, asyik fikir makanan jer. Apatah lagi bila page Buku Respi ni asyik post macam-macam resepi best-best. Tapi aku cuma tertarik untuk share (dengan keizinan) resepi yang special saja iaitu resepi DIY, antaranya ialah Bebola cheese ala KFC. 

Aku pernah makan bebola cheese KFC, sedap dan terasa cheese, tapi sedikit kering dan cheese pun tak meleleh macam dalam iklan. Takpa-takpa, page buku resepi ni dah bagitau macam mana nak buat sendiri. Puashati, boleh letak cheese banyak-banyak.

Bebola cheese ala KFC
BAHAN2:
1-350 gram ubi kentang( direbus dengan sedikit garam dan gula secukup rasa)
2-250 gram tpg gandum( saya guna sehingga adunan sebati ja dan mix sedikit tepung jagung untuk bagi rangup)
3-5 biji telor( saya guna 1 ja sebab ubi kentang sikit,bergantung jumlah ubi kentang yang digunakan)
4-serbuk lada( saya tak guna sebab dah habis..huhu)
5-250 gram keju yang dipotong dadu
6-serbuk roti secukupnya
cara2:
1- ubi kentang yang direbus tadi dilenyek sehingga hancur( blender ja senang..hehe)
2-tabur lada,tepung sehingga sebati
3-ambil adunan sebesar bebola leperkan dan masukkan keju ditengah dan bulatkan( seperti dalam gambar)
4-golekkan dalam serbuk roti
5-golekkan dalam telor yang telah dipukul
6-kemudian golekkan sekali lagi dalam serbuk roti sehingga semua bersalut rata
7- gorengkan dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keperang perangan dengan api yang sederhana sebab serbuk roti cepat hangus nanti
8- angkat dan boleh dimakan dicicah bersama sos cili..
selamat mencuba. Dan banyak lagi resepi menarik yang page ni share DI SINI

Nugget Ayam DIY


Saya sangat gilakan anything DIY, dari craft hinggalah ke masakan. SUKA SANGATTT.
Oleh itu, bila page Buku Resepi post macam-macam resepi termasuk DIY, aku makin tak sabar nak balik rumah dan try resepi tu. Mudah-mudah dan ringkas jer bahan-bahan dia. 

Salah satunya ialah resepi Nuget DIY niii..nama dia NUGGET AYAM ABANG WAN. mungkin sempena nama pereka resepi.

NUGGET AYAM ABANG WAN 























2 ketul daging ayam bahagian dada (anggaran 500 gram) - dicincang 
Sekeping tauhu putih - dicincang (boleh juga guna tauhu lembut)
2 biji telur - dipukul
6 keping roti gardenia - dibakar dan dikisar halus (boleh juga guna serbuk roti putih yg telah siap dijual dikedai)
Bread crums(oren) secukupnya
Sesudu kecil serbuk lada sulah dan lada hitam
Garam

Cara penyediaan :

-Satukan ayam, tauhu putih, 5 sudu roti gardenia yg telah dibakar dan dikisar(selebihnya simpan), serbuk lada hitam dan lada sulah serta garam secukup rasa.(perap sebentar)
- Bentukkan ikut suka kemudian celup dalam telur dan salut dengan lebihan roti gardenia yg telah dibakar dan dikisar tadi.
- Celupkan sekali lagi ke dalam telur dan salut pula dengan bread crums(oren).
- Goreng secara deep fry atau boleh juga disejuk bekukan utk disimpan.

Tips: 
- Pastikan adunan kering dan jangan tambah air langsung.
- Jangan masukkan lemak atau kulit ayam.
- Untuk rasa ayam sebenar elakkan dari campurkan tepung sebaliknya letak tauhu untuk lebih gebu.
- Jangan dibentuk terlalu tebal.
- Untuk lebih sedap boleh tambah kiub pati ayam dan sayuran mengikut cita rasa masing-masing.
- Perisa boleh dipelbagaikan seperti tambah serbuk kari untuk lebih pedas atau boleh juga ditambah cheese mengikut kreativiti masing-masing.

Sekian selamat mencuba. 

Sumber : SINI