BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Sibling. Show all posts
Showing posts with label Sibling. Show all posts

Sunday, 15 December 2013

Cinta kekal untuk selamanya..

"Walaupun hatiku kau lukai, namun ku masih menyayangi dan sehingga ke waktu ini, cinta dan sayangku masih untuk mu..."

Perasaan, cinta dan kasih sayang bukan satu mainan. Kenapa dimainkan hati yang sedang berharap? Kenapa dihampakan harapan orang yang berdoa? Kenapa amanah tidak ditunaikan sebaiknya? Kenapa mesti kejam pada amanah yang ALLAH berikan sejak dulu?

Kami sudah terlalu lama duka dan terluka, dalam gembira. Siapa yang lebih menderita? Siapa yang sedang menderita kalau bukan kami? Kami ditakdirkan begini. Kami terima, tapi bolehkah kami bertahan?

Aku segan, untuk bercerita, walaupun pada teman rapat. Mungkin kedengaran pelik, mungkin juga mustahil bagi sesiapa saja.

Setakat itu saja. Moga kami lebih redha untuk menghadapi hari mendatang. 

Monday, 4 November 2013

Jodoh Kita Bagaimana?

“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”



Petanda jika dia memang benar-benar jodoh kita?

Kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.

Kebanyakannya juga akan menampilkan sikap bersahaja dengan pasangan. Mungkin kerana selesa dengan si dia, maka tidak perlu hipokrit sebab kita tahu dia pasti terima kita seadanya walaupun kita makan comot atau kita tak pakai mekap.

Rasa senang dan selesa bersama. Walaupun sering gaduh, tapi kita tetap bersama dan masih merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan - contohnya kahwin.Sebenarnya gaduh dalam tempoh itu adalah salah satu proses belajar untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Contoh, gaduh sebab dapat tahu si dia sebenarnya pemalas, so marah sidia supaya ubah sikap. Sidia pulak mungkin boleh belajar ubah sikap. Macam la kita tak tahu masing-masing ego bila dah kawin, tapi sebelum kahwin Bf/Gf cakap apa semua betul. Hahaa..so, ambil kesempatan untuk ubah sikap pasangan sebelum kahwin. Tapi, mungkin lain orang, lain cara .

Dia juga terima kita seadanya. Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. Tapi awas, ada rahsia tertentu sahaja yang lelaki boleh lupakan. Rahsia besar, jangan sesekali dirahsiakan sampai ke jinjang pelamin. Bawak berbincang baik-baik.

Kedua-dua pihak juga sentiasa jujur dalam pertuturan  atau dalam SMS. Kalau nak ke kelas, cakap nak ke kelas. Kalau nak lepak dengan kawan, bagitau jer. Kalau perlu sedikit ruang bersama kawan-kawan, mintak jasa baik dia untuk tidak ber'SMS untuk satu malam (bagi yang SMS tiap-tiap malam). Yang penting jujur lah. Kalau suka tipu-tipu sampai kesudah, lupakan saja hubungan itu. Dan banyak lagi tips-tips dia seperti saling memahami, senang bekerjasama, tidak hipokrit dan banyak lagi. Kita perlu selesa dengan dia, barulah keyakinan datang dengan sendiri. 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Aku dah terjumpa banyak lakonan dunia cinta ni. Contohnya, seorang perempuan (kawan aku) menolak huluran persahabatan (mungkin jadi cinta) dari seseorang lelaki, mula-mula aku ingatkan sebab dia wara' dan tak minat berkapel. Tapi, then aku dapat tahu dia (perempuan tu) diam-diam bertunang dengan other guy. SEE, mungkin perempuan tu tak selesa dengan lelaki pertama, tapi dengan lelaki kedua dia happy. Dan mungkin ada sebab lain disebaliknya :). Sama macam kakak aku jugak, dia dari sekolah tak minat kapel. Setahu aku, dia tak kapel sebab lelaki yang dia jumpa tak menarik minat dia. Dia mahukan lelaki yang pakai seluar slack dan bukan jeans, pakai kemeja (kalau keluar) dan bukan T-shirt, dan pakai kopiah/songkok. Dan dengan takdir Allah, kakak aku dapat jumpa pasangan dia tu masa kerja part-time di kedai kek. Subhanallah. Sekarang lelaki tu dah sah jadi husband dia dan bakal dapat anak Januari 2014. Insyaallah.

Jika tidak selesa, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

Sunday, 3 November 2013

Cerita Seram Di Rumahku.

Pada suatu malam, adik aku (yang bongsu) yang sedang menonton TV terdengar bunyi motosikal masuk ke halaman rumah. Itu adalah motosikal abang ipar sulung ku yang selalu pulang lewat. Entah apa yang dibuatnya diluar.


Adik aku terus ke pintu utama, melihat dan seolah-olah menjemput dia masuk. Kakak ku juga ada sama ketika itu. Tidak lama berdiri disitu, adik aku masuk dan menyambung menonton TV. Adik aku seolah-olah menunggu sesuatu, tetapi tidak kunjung tiba, lantas dia bertanya pada kakak ku, 
"Ema (bukan nama sebenar), mana budak perempuan yang abang Din (bukan nama sebenar) bawak tadi? Takda pun..''
''Budak perempuan? Mana ada la. Mengarut la hang ni..''
''Betul la aku nampak, budak perempuan rambut panjang pakai baju warna putih..''

Lepas adik aku yakinkan dia bersungguh-sungguh, kakak aku terus cuak dan dia pun cerita dekat abang ipar aku tu. dan lepas tu satu rumah tersebar cerita tu.

Then, timbullah cerita lain.

Belakang rumah aku, dahulunya adalah sawah padi yang luas terbentang. Ada rumah tapi terpisah jauh. Rumah aku pun sebenarnya kawasan sawah padi. Bukan saja dibelakang, di tepi kiri dan kanan juga adalah sawah padi. tapi di sebelah kanan rumah ada sebatang jalan raya menuju ke kampung sebelah dan ia melalui bahagian belakang rumahku. Sekarang juga sudah ada sebuah rumah baru siap dibina dan sebuah rumah sedang dibina. Transformasi kawasan sawah padi kepada kawasan rumah. Yang ingin aku ceritakan ialah rumah yang sedang dibina itu, didiami pekerja Nepal yang jd buruh buat rumah tu. Nak dijadikan cerita diorang pernah bagitahu abah aku yang diorang sering ternampak budak perempuan berpakaian baju putih dan rambut panjang berlegar-legar dalam rumah yang tengah disiapkan tu. Tapi, diorang buat rilek jer, dah biasa kot. 

Nampaknya 'budak perempuan' tu sedang bergurau, mungkin 'dia' adalah benda yang sama tumpang motor abang ipar aku dan ganggu mat Nepal tu. Tetapi dari mana ia datang sebab sebelum ni tak pernah dengar cerita pasal 'dia'..huhu..

Jangan menjelma depan aku sudah. Ngeee :3

p/s : tak berani nak letak gambar sbb taip story tengah malam... haha

Thursday, 15 August 2013

TERHARUUU

hari ni hari raya ke-8. dan hari ni juga merupakan hari terakhir aku di PPD KB.


aku sangat seronok. semua orang aku bagitau. yakin sangat yer. sebab overconfident, aku tak sedar bahawa ketentuan Allah mengatasi segalanya. nah, tadi motor aku bocor xjauh sangat dari rumah. nasib baik, aku terus kol rumah. nasib baik jugak ada adik yang pandai repair everything. dua kali adik aku ulang-alik sebab aku lupa bagitau tayar belakang ker depan yang bocor. ma aku plak xdak kredit, so, xleh kol nak tanya aku. 
terharu plak aku ada adik yang mudah mintak tolong. 
lantas, aku teringat balik aku marah-marah adik aku tu n kata macam-macam. padahal, air dicincang takkan putus. dengan adik aku tu jugakla aku mintak tolong kan.

masa adik aku balik amik tayar spare, ada sorang abang brenti tanya masalah. lagi sekali aku terharu sebab masih ada insan berhati mulia nak tolong walaupun tak kenal. aku pun ucap terimakasih saja dekat dia sebab adik aku datang nanti. semoga ramai orang yang murah hati camtu.

lepas adik aku siap repair apa yang patot, aku pun gerak. kena jugak gi kerja arini sebab hari last n aku xnak dah ganti hari lain. nasib baik gak syazana tu nak tolong punch card untuk aku. heeee.

xsampai 1 kilometer aku jalan, aku nampak kat depan aku ada sorang pakcik duk tengah jalan yang aku nak lalu. ingatkan buat pe, rupanya dia alihkan bangkai kucing yang kena langgar. tersentuh pulak hati aku biler tengok scene tu. walaupun kucing tu dah mati, eloklah kita alihkan bangkainya ketepi jalan sebagai tanda hormat sesama makhluk Allah. lagipun, mungkin terjadi eksiden lain kalau bangkai yang sebesar tu terus di tengah jalan. bagus pakcik tu, aku sendiri pun macam malu kot nak buat semua tu, lagipun, bangkai kan busuk. bukan semua orang ade hati luhur macam pakcik tu. 

akhirnya, sampai jugak aku dekat PPD KB, dan dapat jugak aku ke majlis aidilfitri Unit Akademik - InsyaAllah boleh amik gambar bersama kawan-kawan praktikal lain. 

petang ni, agenda nya nak ke rumah kawan aku -MIzah- sebab dia dah ajak, terharu lak..hehe...mizah ni kawan yang aku jumpa masa buat lesen motor tahun 2007/2008 gitu la kot...dah lama betul tak jumpa, lepas tu kerumah Haslina - abang dia kawin. INSYAALLAH jika takda halangan.

* arini jugak sebenarnya ada majlis sambut menantu sepupu aku di Salor. 

Thursday, 1 August 2013

RAYA

lagi seminggu kita nak raya. 
i feel so excited right now. selalu rasa tak percaya minggu depan dah raya.
macam still terbayang-bayang raya tahun lepas. cepatnya masa berlalu.
tahun ni ada 4 pasang baju dan 1 jubah. tapi jubah terlalu besar, so, bagi dekat mak.
tu cuma rezeki aku, walhal aku tidak terlalu excited pasal baju.

aku lebih pentingkan keriangan nak sambut raya. berkumpul ramai-ramai kemas rumah, buat kuih raya, buat ketupat, buat rendang. 

tapi, macam tak terase sangat. sebab ketupat pun ma tempah je. xreti buat.

camna nak cari kemeriahan raya?

*post ini dibuat ketika aku sedang praktikum

Saturday, 14 January 2012

sory, lewattt...hehe



selamat hari lahir 
kepada MARIAM BINTI MAT JUSOH
my childhood bestfren.
insyaallah till now. 
wish you best bornday ever myfren~
selamat bertambah usia.
apa saja yg sudah kamu capai, TAHNIAH aku ucapkan
jika ada yg belum dicapai, aku doakan ia tercapai
juga ku doakan kebahagiaanmu
sesungguhnya aku rindukan kenangan dulu
yg dulu-dulu tetap dikenang pahit @ manis nya
berbasikal bersama balik dari sekolah
yg pahitnye, mu eksiden ngn moto sapa dapat parut dekat mulut (lw xsilap)
ingat ag kan? tp mu rilek je time tu wlpn da bleeding.
aku lak hok takut. tp mu meme slumber sokmo la kawan <3
tp akhirnya mu g jugak dari aku
berkecai impian nk masuk U samer2
now, aku sudah lupakan negatif sal mu, yg positif je aku rindu ^_^
n u should know bout 1 thing :
I MISS YOU 

p/s : yer..aku tw bufday ko 13 januari :D 
sory lambat wish u :DDD

Tuesday, 13 December 2011

explorace + bubur asyura + explorace (PMKUM)

saya cerita, awak bace !


minggu nih, ade 5 event penting PMKUM, yaitu :)

1. larian mesra (anjuran bersama PMIUM)
"Minda yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat"
Sebelum menjelangnya final exam akan datang, ayuh kita persiapkan tubuh badan yang sihat! JOM adik-beradik PMKUM sekalian, kita pakat-pakat sertai larian mesra anjuran PMIUM dengan kerjasama PMKUM dan anak-anak negeri yang lain.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi Exco Sukan & Rekreasi PMKUM LiYaa Iewfa(Elia) 0136084263 dan Suara Perantau (ZAki) 014-5059277.
2. Sedikit makluman buat semua anok Qelate UM, InsyaAllah pada tarikh 15hb Disember 2011 ini akan diadakan satu perjumpaan ahli-ahli Kelab The Red Warriors PMKUM bertempat di Surau KPS pada pukul 8.00 mlm. Kehadiran anda semua dialu-alukan! Sama-sama kita cipta, asas, dan bangunkan kelab penyokong TRW kita!
3. InsyaAllah pada tarikh 18 Disember 2011 ( Ahad ) ini, PMKUM dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Pengkalan Kubu, Pantai Dalam akan mengadakan satu program yang dinamakan " Kacau Bubur Assyuro 2011".
Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim ahli-ahli PMKUM dengan masyarakat setempat. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pembuatan syuuro dan lain-lain lagi. Program akan bermula pada 8.00 pagi.

Kepada yang berkelapangan dan berminat, boleh menghubungi Exco Perhubungan PMKUM, Saudara Khairul Dhamiri (0139413174) dan Saudari Ain Ailyn(0145088327).

4. ziarah mesra barisan pimpinan PMKUM di Pusat Perubatan Universiti Malaya  pada pukul 5.30pm, Jumaat 16 Disember 2011


5. pada 26.12.2011 bersamaan Isnin insyaAllah PMKUM akan mengadakan satu lagi program untuk ahli-ahli PMKUM di Bukit Cerakah Shah Alam, RIADAH PMKUM 11 akan dianjurkan oleh barisan Majlis Tertinggi khas buat adik beradik sekalian. Yuran hanya serendah Rm10.00 termasuk makan tengahari, tiket masuk taman negara dan bayaran bas. Jom pakat-pakat kito main explorace sambil rehatkan minda menjelang peperiksaan akhir semester ini. Untuk pendaftaran boleh hubungi NYDp3 PMKUM AQil Nawi di talian 0136604771~pakat cagho puok kito~

semuga semuanya berjalan lancar dan diberkati-NYA
''Pakat Cagho Puok Kito''