BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Bahasa Manusia lebih unik??


For your kind attention, bahasa manusia dianggap sebagai unik dan istimewa. Kenapa ya?

This topic was presented by myfriend, Shahida (minor in Psychology) but she did it very well. Even Dr.Awang looks impressive with her presentation. She is so presentative till someone stand up and asking stupid questions. HUH. What does 'that girl' think ha? Ok maybe its not good to humiliate or insulting her. Ok, just stop talking about her.

Language is a cognitive system that was born in your brain. So, seems that brain plays an important role in the language system. Kalau otak anda rosak, kemungkinannya adalah ia akan mempengaruhi fungsi memproses maklumat, so anda akan gagal berbahasa atau dengan bahasa mudahnya anda tidak boleh berkomunikasi/bercakap. 

Dalam otak, ada bahagian yang dinamakan Cerebrum, yang merupakan bahagian paling penting untuk kegiatan atau aktiviti bahasa ini.


















Dalam cerebrum ni ada bahagian kiri dan kanan.
Terdapat bukti kajian yang mengatakan otak kiri lebih dominan dalam proses berbahasa (Wernicke, Pakar Bedah Otak Jerman)
Otak kiri berfungsi untuk mengatur, menyimpan, memahami dan memproduksi bahasa untuk kita gunakan.
Manakala otak kanan lebih kepada perkara rumit seperti Matematik dan Sains.


















Tapi, kalau salah satu rosak, ibarat kedua-dua tak boleh digunakan sebab dia saling bergantung antara satu sama lain.

Macam mana dengan orang buta, bisu, pekak atau gabungan antaranya (sekaligus)? 
Orang bisu boleh mendengar dan melihat, tapi tidak berupaya untuk bercakap atau membalas balik. 
Orang buta boleh mendengar dan bercakap tapi tak boleh melihat, oleh itu mereka tidak mempunyai keupayaan visual. Pernah pensyarah aku tanya kepada seorang junior (buta tapi tak bisu) macam mana dia bermimpi. Dia kata, mimpi dia hanya mendengar suara, takda visual. Dia tak pernah melihat (buta dari kecil), so, otak dia tak pernah lihat dan simpan apa-apa visual untuk digambarkan kedalam mimpi dia. Sebab itulah manusia dikatakan UNIK melainkan mereka OKU, itu lain cerita. 

Binatang pun ada otak, tapi kenapa tidak boleh berbahasa dan bercakap seperti manusia? Jawapannya, sebab binatang sebenarnya tidak mempunyai sistem memproses maklumat. Sebab itu mereka tidak berupaya untuk menterjemah apa yang mereka lihat dan dengar. Tapi kenapa Cimpanzi, Dolphin, dan binatang lain yang cerdik dikatakan haiwan yang bijak sebab memahami apa yang manusia cakap? Sebenarnya mereka bukan memahami apa yang manusia cakap, tapi mereka dilatih melalui pelaziman. Aku pernah menonton video trainer melatih haiwan-haiwan seperti Dolphin ni. Mereka melatih haiwan-haiwan ni dalam tempoh waktu tertentu. Memang haiwan tu seolah-olah mendengar cakap dan latihan mereka berjaya, sebabnya, mereka (haiwan) akan dikenakan hukuman jika tidak berjaya membuat seperti yang diajar oleh trainer. Contohnya, tidak akan diberi makanan. Oleh itu, haiwan-haiwan tu jadi terbiasa atau lebih dikenali sebagai proses PELAZIMAN. Sama seperti burung kakak tua yang meniru percakapan manusia, walaupun sebenarnya mereka tidak memahami apa yang dicakapkan. 


im getting excited with this subject. LOL

Saturday, 30 November 2013

Sinopsis Mata Kucing




Buku jenis ni memang antara yang aku minat. Aku memang tak layan novel cintan cintun sebab plot nya dah boleh diagak. Lainlah kalau fiksyen, thriller, horror dan sewaktu dengannya. Mendebarkan, real, suspen, surprise, dan lain-lain yang agak menerujakan perasaan orang seperti aku. 

Aku belajar something daripada novel ni - bahawasanya perbezaan mata manusia dengan mata kucing ialah mata kucing mempunyai membran Tapetum lucidum yang berfungsi sebagai cermin. Membran ni menyelaputi bahagian belakang lensa mata kucing. Apabila cahaya masuk kedalam anak mata, cahaya akan dibiaskan kembali melalui membran, lantas menyebabkan pendedahan berganda cahaya didalam mata. Disebabkan itulah kucing mampu melihat didalam gelap. Dalam gelap, mata kucing akan kelihatan bersinar dan MENYERAMKAN . Apa yang bersinar tu, adalah cahaya yang dibalikkan oleh membran tersebut.

Yang menghairankan dalam kisah ni, mangsa yang ditemui mati, semuanya mempunyai mata kucing dan mereka seolah-olah mati dalam keadaan terkejut. Seolah-olah sangat takutkan sesuatu yang dilihat sebelum menemui ajal. 

Cerita ni rumit, ada fakta yang perlu dihadam betul-betul..tapi menarik juga sebab melibatkan percintaan seorang cina peranakan (penggerak cerita) dan pemuda Melayu. Elemen balas dendam akibat peristiwa silam menjadi punca kepada kejadian bunuh misteri yang juga melibatkan alam ghaib dan mimpi-mimpi ngeri. Dan cerita melibatkan beberapa tempat di Singapura dan Malaysia. Kadang-kadang memang tak masuk akal tapi kesimpulannya - BEST !!





Thursday, 28 November 2013

RIndu Pada Dia



Overthinking boleh membawa kedalam mimpi..kalau mimpi benda baik boleh buat kita jadi hanyut dan berangan-angan, kalau benda buruk, kita boleh jadi pasif dan rendah diri..sebab terfikir-fikir sangat dekat anak saudara aku, masa tertido pagi tadi aku mimpikan dia.

Pagi tadi, after Subuh prayer (speaking berterabur), aku tiba-tiba rasa RINDUUU sangat pada Farhan, anak saudara kesayanganku. Walaupun dia sangat nakal, yet suka mengacau, tapi aku rindu nak dengar suara dia. Rindu nak dengar dia cakap 'chik comey' .Bukanlah sebab aku perasan aku comey tapi budak tu suka ajuk cakap orang. Aku suka cakap dia comey sebab aku sayang dia. Tapi selalunya dia akan balas balik  'chik comey' ..comel jer dia masa cakap macam tu.

Aku rindu nak peluk dia, dukung dia. Walaupun dia dah agak tinggi n berat (maklumlah dah 4 tahun), tapi aku masih larat nak dukung dia. Ma n Abah aku selalu marah-marah sebab manjakan dia.

Aku rindu nak manjakan dia. Dia selalu nak aku mandikan dia, pakaikan dia baju, suapkan dia nasi. walaupun mama dia ada..Mungkin sebab aku jarang balik.

Hurmmm..aku still RINDUU dia sampai la ni dan saat nii.

takpa, sabar duhai hati...kita tunggu Study Week ni..
kalau takdak rezeki nak balik, kita boleh balik after exam ni,
walaupun lambat nak tunggu tengah bulan 1, tapi kita kan boleh tunggu.

FOKUS pada esaimen, daily chores, kawan-kawan, dan exam..cepat jer masa akan berlalu ;)


Tuesday, 1 October 2013

Mimpi Dato Ct

aku memang minat Dato Ct ni sebelum dia jadi Dato' lagi la..



memang dia jer aku minat xbrubah2 dari dulu sampai sekarang.
walaupun pernah tergugat sebab kes dia janji nak pakai tudung lepas balik Mekah tapi xpakai.
dia cuma kenekan selendang atas kepala jer. pemes jap time tu fesyen selendang ct.
tu citer lame.

sampai sekarang aku kagum ngan anak jati Pahang ni, sebab ke'humble'an nye. sebab kecantikan dan kemolekan wajahnya, sebab kededikasiannya dalam mengejar cita-cita, sebab kebijaksanaannya mencari peluang dalam hidup dia. yer, mungkin dia mudah dapat peluang, yela kan sebab dia artis tersohor dan jadi ikon Malaysia, tambahan lak dia wife Datuk K , ahli perniagaan berjaya. tapi kalau dia bodoh tak cerdik, takdenya dia berjaya menggunakan segala peluang tu. jenama SimplySiti dan pemes amos skang.

walaubagaimanpun aku minat dia, aku belum lagi terfikir nak beli semua koleksi album dan kaset dia. hahaa. dulu adalah aku beli satu kaset dia, cover hijau kalau tak salah aku. smua lagu dalam tu aku minat. tapi tak ingat lak tajuk dia. yang aku ingat, aku beli kaset tu dengan duit biasiswa. heh3

ok. dah lari jauh dari tajuk. sebenarnya aku nak cite yang semalam aku mimpi Dato' Ct. 
aku mimpi, Dato'Ct ada show dekat tempat aku. tapi tempat tu asing bagi aku. aku pun tak kenal tempat tu. tempat tu ada satu pangkin yang lantainya dibuat tinggi, and ada kerusi meja kat atas pangkin tu. aku duk sorang-sorang, yang peliknya, tak pulak aku masuk tengok show DatoCt.
sedang duk sorang-sorang tu, DatoCt tiba-tiba mai join aku lepak kat situ. terkejut aku. lagi terkejut bila DatoCt peramah giler dengan aku, macam dah lama kenal. siap snap gambar lagi dengan fon dia. tapi masa tu aku xpakai tudungla pulak. aku pun cakap ngn datoct, jangan masuk gambar ni dalam instagram, sebab aku freehair mase tu (sbb aku tau datoct suka upload gmbr dalam instagram, aku follow ig dia.). 
tapi, bangun pagi tu aku rasa seronok betul. rasa sayang sungguh dan rasa dekat jer dengan dia. hehehee

ni aku nak crita jugak. masa tahun dua di UM ni, aku dah pernah mimpi jugak sal datoct ni. aku mimpi datoct datang umah aku dengan pesawat peribadi dia, dan nak anta aku gi UM...kih3...memang xlogikla kan. 

tapi mimpi-mimpi ni buat aku rasa suka sangat. sebab minat dia kot. tapi aku ada perangai, walau tara mana pun aku admire orang tu, kalau jumpa depan mata, aku buat derk jer. buat tak tahu. buat macam takdak minat langsung. 
sebelum ni bukan tak pernah aku jumpa artis-artis. lagi-lagi artis aku tak minat. hihii.

*sama la dengan orang yang aku selalu stalk dan admire. kui3


*eh, hari ni dah masuk 1 Oktober 2013. lagi berapa bulan nak abis study :)