BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label sosiologi. Show all posts
Showing posts with label sosiologi. Show all posts

Saturday, 7 December 2013

Cerita Budak Psikologi


Benda yang baik dan menarik ni seeloknya kita kongsikan..hehehe..so, aku kongsikan kisah bekas Tutor aku masa tahun 1 dan tahun 2..En. Jamal Ismuni..Hebat dalam psikologi, hebat jugak mengarang story..macam Dr. Awang Idris jugak. LOL...Ok kisahnya bermulaa....

''Satu ketika, aku terserempak dengan dua orang budak. Berjalan dan membawa ranting pokok. Tidak semena-mena, salah seorang budak itu telah membayangkan ranting pokok yang dibawanya itu seakan-akan meriam. Lalu dihalakan ke arahku sedang kawannya yang seorang lagi menjerit, "tembakkkkk!!!" sambil menghasilkan kesan bunyi yang maha dahsyat (sound effect) "kadabommm!!!..."
Aku tanpa teragak-agak turut melakonkan sebahagian watak penting dalam babak tersebut, "aduhhh!!!"
Merekapun ketawa terbahak-bahak.

Betapa kanak-kanak tidak memerlukan alasan yang besar untuk merasa gembira. Berbeza dengan orang dewasa. Ada yang ingin jadi kaya, berumah besar, berkereta berjenama dunia, beristeri jelita, bersuami kacak nan bergaya barulah boleh merasa gembira. Sungguh kecil konteks gembira dan bahagia. Bukan sahaja kita perlu memberi tunjuk ajar kepada anak kecil, kita juga perlu banyak belajar dari mereka.

"Beng...beng", Ah! Kali ini ranting mereka bertukar menjadi senapang patah pula. Jenuh aku melayan mereka lalu aku berkata "tak kenalah dik, abang elak", sambil tersenyum mereka berkata "abang mana boleh elak peluru, badan abang gemuk" dan mereka pun ketawa. Gembira memang tidak memerlukan punca yang besar.

Dan marah juga tidak memerlukan alasan yang besar "woi, ngejek ye!"..
''

Gambar hiasan cuma



Kerja Sekolah Yang Terakhir inii



sambil makan APPLE 2 3 bijik, meanwhile....
SENARAI KERJA SEKOLAH AKU UNTUK SEMESTER NI :

1. ETIKA ALAM SEKITAR

esaimen 1  DONE
esaimen 2

2. PERUNDANGAN ALAM SEKITAR

esaimen 1 DONE
esaimen 2 DONE
esaimen 3

3. OTAK DAN TINGKAH LAKU

presentation DONE
esaimen

4. SOSIOLOGI PENGHIJRAHAN

presentation 1 DONE
esaimen 1 DONE
kaji selidik 2
presentation 2
esaimen 2


MASA ADA DUA MINGGU LAGI. Lepas tu, minggu STUDY WEEK selama seminggu, lepas tu exam,

paper 1 3 Januari
paper 2 4 Januari
paper 3 8 Januari
paper 4 13 Januari

watch out !! tiba-tiba terfikir, alangkah bagus jika jadi baby...errr

Monday, 4 November 2013

Jodoh Kita Bagaimana?

“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”



Petanda jika dia memang benar-benar jodoh kita?

Kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.

Kebanyakannya juga akan menampilkan sikap bersahaja dengan pasangan. Mungkin kerana selesa dengan si dia, maka tidak perlu hipokrit sebab kita tahu dia pasti terima kita seadanya walaupun kita makan comot atau kita tak pakai mekap.

Rasa senang dan selesa bersama. Walaupun sering gaduh, tapi kita tetap bersama dan masih merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan - contohnya kahwin.Sebenarnya gaduh dalam tempoh itu adalah salah satu proses belajar untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Contoh, gaduh sebab dapat tahu si dia sebenarnya pemalas, so marah sidia supaya ubah sikap. Sidia pulak mungkin boleh belajar ubah sikap. Macam la kita tak tahu masing-masing ego bila dah kawin, tapi sebelum kahwin Bf/Gf cakap apa semua betul. Hahaa..so, ambil kesempatan untuk ubah sikap pasangan sebelum kahwin. Tapi, mungkin lain orang, lain cara .

Dia juga terima kita seadanya. Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. Tapi awas, ada rahsia tertentu sahaja yang lelaki boleh lupakan. Rahsia besar, jangan sesekali dirahsiakan sampai ke jinjang pelamin. Bawak berbincang baik-baik.

Kedua-dua pihak juga sentiasa jujur dalam pertuturan  atau dalam SMS. Kalau nak ke kelas, cakap nak ke kelas. Kalau nak lepak dengan kawan, bagitau jer. Kalau perlu sedikit ruang bersama kawan-kawan, mintak jasa baik dia untuk tidak ber'SMS untuk satu malam (bagi yang SMS tiap-tiap malam). Yang penting jujur lah. Kalau suka tipu-tipu sampai kesudah, lupakan saja hubungan itu. Dan banyak lagi tips-tips dia seperti saling memahami, senang bekerjasama, tidak hipokrit dan banyak lagi. Kita perlu selesa dengan dia, barulah keyakinan datang dengan sendiri. 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Aku dah terjumpa banyak lakonan dunia cinta ni. Contohnya, seorang perempuan (kawan aku) menolak huluran persahabatan (mungkin jadi cinta) dari seseorang lelaki, mula-mula aku ingatkan sebab dia wara' dan tak minat berkapel. Tapi, then aku dapat tahu dia (perempuan tu) diam-diam bertunang dengan other guy. SEE, mungkin perempuan tu tak selesa dengan lelaki pertama, tapi dengan lelaki kedua dia happy. Dan mungkin ada sebab lain disebaliknya :). Sama macam kakak aku jugak, dia dari sekolah tak minat kapel. Setahu aku, dia tak kapel sebab lelaki yang dia jumpa tak menarik minat dia. Dia mahukan lelaki yang pakai seluar slack dan bukan jeans, pakai kemeja (kalau keluar) dan bukan T-shirt, dan pakai kopiah/songkok. Dan dengan takdir Allah, kakak aku dapat jumpa pasangan dia tu masa kerja part-time di kedai kek. Subhanallah. Sekarang lelaki tu dah sah jadi husband dia dan bakal dapat anak Januari 2014. Insyaallah.

Jika tidak selesa, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

Tuesday, 29 October 2013

Relativism Ethics

Daripada Lecterur Chinese yang cantik molek manis dan cun, aku dapat soalan yang berbunyi ''Jelaskan maksud relativisme etika secara terperinci'' atau bahasa omputihnya ''Explain the meaning of ethical relativism in detail''.

RELATIVISM ETHICS

Adakah anda pernah mendengar atau terlihat atau terfikir tentang apakah maksud dua perkataan diatas? hurmm..sincerely, aku pun baru dengar. and actually, ia adalah common matters je dalam hidup seharian kita iaitu keprhatinan kita kepada salah dan betulnya tindakan kita - dan sudah semestinya banyak dikaitkan dengan alam sekitar sebab kami ni student alam sekitar. dan ia sekarang diperkenalkan dalam nama RELATIVISM ETHICS.

Soalan : Adakah budaya mempengaruhi tingkahlaku 'salah atau betul' kita?

Jawapannya : Ya.

Kita mempunyai kepelbagaian budaya - pakaian, makanan, struktur keluarga, perayaan, tradisi dan lain-lain.
Kepelbagaian budaya mendorong wujudnya etika relativisme ini. Pandangan dalam ER ini ialah 

1. lain bangsa/orang - lain amalan/kepercayaan moral 
contohnya : amalan perhambaan, Apartheid, Racist

2. oleh itu, lain orang/bangsa melahirkan perbezaan prinsip 
contohnya : ada pendapat menganggap Caucasian lebih superior berbanding bangsa lain. Lelaki/Suami lebih berkuasa berbanding Wanita/Isteri.

3. therefore, different moral principle are morally different to other people. In other word, right and wrong is based on culture.

- budaya kamu dan budaya saya pasti berbeza. tetapi apa yang betul untuk budaya awak dan juga betul untuk budaya saya, itu bermakna kita sama-sama betul.

- orang Hindu contohnya, tidak mengamalkan makanan daging sebab pada prinsip mereka, ' u should not eat animal live'. bagaimana anda? anda suka daging?

- di Australia Utara pula, budak lelaki yang bakal memasuki fasa akil baligh pula dkehendaki memburu dan membunuh dugong untuk membuktikan kedewasaan mereka. adakah anda dapat menerima cara mereka? Di Malaysia, dugong dilindungi dan dianggap spesis terancam.

- All Japanese eat dolphin meat, seperti kita (Melayu) menikmati daging ayam. While in South Korea, they love to eat dog meat, even disgusting and cruel for us, but ts part of their culture. For us, dog is man bestfriend, but not for them.

- While for Chinese, shark fin soup was inherently from their ancestor and serving shark fin soup to your guests mean that you respect them. You also showing your social status because shark fin suop is so expensive.

All we can see here, the point is culture differences are often used to support environmentally unfriendly practices.

And U should aware about one more thing. If U accept this ethics (ER), then U shouldn't matters with :
1. shark fining
2. Dugong Hunting
3. Dolphin Slaughter

can you?


Sunday, 27 October 2013

Homestay dekat Port Dickson.

trip 2hari 1malam kami ke Port Dickson memerlukan kami overnight. gugel punye gugel, kawan aku, Tia, bag senarai homestay yang menarik-menarik yang dia jumpa dekat page bernama ibilik.. dan akhirnya kami memilih homestay KAK ANI sebab banyak kelebihannya. antaranya :

1. Living and dining room 



2. Carpark more than 6 cars 



3. Refrigerator, iron, rice cooker, BBQ set 

4. Complete cooking utensils 

5. Television 

7. BBQ set (upon request)




sangat-sangat berpuashati walaupun kedudukannya agak jauh kedalam kampung.

Wednesday, 11 January 2012

ExamExamEXAM~

i've settled with my first three paper
  • child psychology
  • work psychology
  • research methodology
yuhuu,..still ader lagi next 3paper
  • antropologi adat
  • teori antropologi & sosiologi
  • sistem & organisasi politik
well done! haha. mcm da buat stail A'S jer la...
gembira sakan. satgi jgn sedyh lak :)
CAN'T WAIT TO C U