BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Just Sharingg


















There was a blind girl who hated herself because she was blind. 

She hated everyone, except her loving Fiancé . He was always there for her. 

She told her fiancé , 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her fiancé .
He asked her,’ Now that you can see the world, will you marry me?' 

The girl looked at her fiancé and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him...
Her fiancé left her in tears and days later wrote a note to her saying...."Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine".


Saturday, 30 November 2013

Attention


Anda sedang memandu pada satu petang sambil memerhati dan mencari lorong rumah baru kawan kerana dia menjemput anda untuk makan malam. Anda perlahankan kereta, menutup radio, berhenti bercakap, untuk memfokuskan kepada setiap signboard jalanraya. Mengapa? Bukankah radio dan percakapan tidak mengganggu penglihatan anda? or do they?

Steven Yantis, seorang profesor di Jabatan Sains Psikologi dan Otak di Universiti Johns Hopkins mengatakan : Attention adalah sangat terhad -  Apabila perhatian mengerahkan perhatian anda untuk satu modaliti - contoh dalam kes ini, bercakap di telefon bimbit - ia semestinya mengganggu tumpuan pada modaliti lain - dalam kes ini, visual untuk memandu.

Dalam kata lainnya, manusia memerlukan divided attention jika ingin melakukan multitasking dalam satu-satu masa. Faktor-faktor yang mula bermain adalah kapasiti tumpuan anda dan keperluan pemprosesan - pada dasarnya berapa banyak di mana kawasan otak anda yang diperlukan untuk memproses input.


*Subjek Brand and Behaviour untuk jabatan aku diajar oleh Dr. Awang Idris. 

Thursday, 14 November 2013

Kisah Dalam Sehari

Bila aku tengok entri lepas kurang mengancam, aku terus rasa nak menulis entri baru sebab nak suruh entri (yang kurang mengancam) itu turun kebawah dan kebawah. But then, aku juga boleh nak improve tulisan aku, boleh edit bagi betul-betul centre, letak gambar yang menarik (kalau ada/perlu), dan sentiasa mengingatkan diriku bahawa entri hari ni dan juga lepas tidak 'mengumpat' atau menceritakan alkisah orang lain. *geleng-geleng kepala* sebab pasal pengalaman diri aku sendiri pun rasa banyak yang aku perlu ceritakan, contohnya kena denda masa F6 sebab lambat masuk kelas lepas rehat, atau mungkin kisah aku bermimpi aku dah kahwin. cewahh..boleh jugak kisah aku yang suka berangan nak travel oversea. Dan macam-macam lagilah..so, tak payahlah aku nak story kisah orang lain bagai.


Tengahari tadi aku mengucapkan TAHNIAH pada seorang kawan fakulti aku, LELAKI, juga orang Kelantan kerana sekali lagi berjaya mendapat Dean dalam exam lepas..tetapi baru tadi aku ucapkan TAKZIAH pula dekat dia sebab masa bukak FB ada perkhabaran baru mengatakan ayah dia dah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah. Sebelum ni dia memang selalu update pasal kesihatan ayah dia yang tidak menentu. ALLAH. Dah sampai masa dia.

Tapi aku pelikla, kenapa tiap kali aku gi pasar malam (bukan black market), aku beli nasi kerabu, tapi bila sampai bilik, aku terasa nak makan nasi gulai ayam atau koeytiaw goreng, atau sebaliknya. Huhh. Takkan aku nak beli dua-dua kot. Tahula puasa, tapi takda la kebuloq sangat. Dahla tadi nak beli hati ayam goreng, tapi tengok hati ayam tu macam dah kering, mungkin dah digoreng banyak kali. Mungkin.

Tapi takpalah, aku still boleh chill lagi, sebab hari ni dah masuk hari ketiga geng YGen promosi FB page mereka dan bagi botol air jenama Tupperware pada sesiapa yang like FB diorang. Entah apa yang penting sangat dengan page tu sampai dia bagi merchandise berharga RM15 satu tu. Hasil usaha gigih, aku dapat 4 botol sebab ambik FB adik, kak dan FB dia...hehe...Aku dapat kaler kuning 2bijik, kaler oren dan kaler hijau. Rezeki la tu kann. Kawan-kawan aku ada yang dapat 2, 3 dan 6..Yang dapat 6 tu banyak sangat, katanya ambik FB sepupu sepapat dia. Hahaha...Nampak x manusia ni suka benda free. Memang booth dia sentiasa penuh sebab orang berebut nak isi borang, login FB dekat tab yang dia bagi dan barulah boleh claim hadiah. Tadi, dia double check sesiapa yang nak claim hadiah, mungkin sebab ada banyak penipuan berlaku.

Eh korang, jangan lupa pulak, 9 dan 10 Muharam, kita disunatkan berpuasa sunat dimana 9 Muharam adalah Puasa Sunat Taasu'a dan 10 Muharam pula ialah Puasa Sunat Asyura. ''Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lewat'' (Hadis Riwayat Muslim). Memang untunglah siapa dapat puasa, salah seorangnya ialah aku. Untung sebab dapat guna peluang yang Allah bagi ni untuk hapuskan dosa-dosa lepas. Tapi ada jugak yang tak untung sebab tengah dalam keuzuran dan tidak dapat berpuasa. Takziah. Baik tak aku? Memang baik la 'sangattt',..tapi tadi aku ada sign in untuk program Orphan Care yang entah bila dan bagaimana untuk aku join. Sebab dia suruh pergi dengan pengangkutan sendiri dekat rumah penjagaan bayi tu. sigh !

Kalau bilik kita pun sentiasa bersepah, boleh ke kita nak uruskan badan pelajar yang kondisi dan kuantitinya lebih besar dan rumit? haha..Tadi aku tengok ada Flashmob satu badan pelajar, dan salah seorangnya aku kenal, roomate kepada kawan aku. Dia memang kelihatan bersemangat dan hebat. Tapi, diri sendiri tak terurus akibat ke'busy'an yang melampau. *geleng-geleng kepala*

Ahhh aku dah terlampau kenyang sebab bedal air soya, nasi kerabu (yang membuat aku hilang selera hari ni, entah kenapa, padahal biasa okay jer), pisang sebijik, sepotong epal, kurma 2 3 bijik, mungkin 4 bijik. Lagi apa lagi eh? Haaa...roomate aku pun ada bagi donut, so boleh buat sahur. Eh lupa, tadi pun aku ada beli roti inti kacang dekat pasar malam. Ada 6 bun untuk harga RM4, kira okay lah sebab bun dia besau-besau. Hehee.

Yayy tadi soothing gel yang aku beli dah dekat sebulan dah sampai. Lambat sebab beli straight away dari Korea. kelasss gitu...



Friday, 8 November 2013

Pelajar SPM Meninggal Dunia

Pada hari pertama SPM dijalankan, aku scroll FB dan terjumpa status seorang junior ku yang berbunyi ''Sahih ke perkhabaran ni? Dapat tahu ada pelajar yang merupakan calon SPM 13 Maahad Saniah Pasir Puteh meninggal dalam dewan peperiksaan setengah jam selepas peperiksaan dimulakan. Sama-sama la kita sedekahkan Al-fatihah kepada adik tersebut. Ajal datang tidak kira masa...''.

Mula-mula rasa tak percaya dan berharap tidak benar. Oh tak sanggup nak tahu berita sedih macam tu. Dahla adik aku pun sama-sama SPM. Banyak pulak berita kematian macam ni aku dengar. Salah seorang classmate aku, Cidot juga kehilangan ayah dia pada 1 Muharam. Katanya ''Alhamdulillah semuanya selesai dgn mudah. 1 Muharam, ayah kmbali menghadap Illahi. Syukur sangat dapat bce doa awal n akhir tahun bersama ayah. Sempat juga ayah mbacakan doa seperti yg selalu dilakukannya swaktu kmi skeluarga brkmpul. Tenang, redha n rela kami lepaskan ayah ke negeri yg lebih baik, lebih2 bila lihat senyuman pada wajah xbernyawa ayah. SubhanaAllah. Mohon yg mndapat tahu berita ini dapat mengampunkan segala dosa n mndoakan kesejahteraannya di sana. Aminn Wallahualam. (': '' 
Harap kau tabah kawan. Aku yakin ayahmu menjadi tetamu istimewaNYA.

Berbalik kepada cerita tadi, pelajar tu yang bernama Nur Syazwani Arifin, 17, tiba-tiba rebah ketika menjawab peperiksaan pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pasir Puteh , dan disahkan akibat pecah saluran darah ke jantung. Punca kematian pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Anis (HTA). Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi, semalam, berkata polis mengklasifikasikan kes pelajar itu sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan sebarang unsur lain. 
Sementara itu, Ketua Jabatan Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad, berkata mangsa mungkin mengalami Aterosklerosis atau saluran dinding nipis yang berpunca dari faktor pemakanan, genetik atau kesan alam sekitar. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tandak, Gaal, kira-kira jam 11 malam kelmarin. 

Berita lainnya juga melibatkan pelajar SPM, Noor Salwana, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut, disahkan meninggal dunia di Hospital Besut jam 5.12 pagi, semalam selepas tiga hari dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa lalu sebaik mengadu sesak nafas. “Arwah pernah meluahkan perasaan tidak seronok kerana terpaksa menjawab soalan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di hospital. Walaupun begitu, arwah tetap bersemangat mahu menduduki peperiksaan,” kata Nur Iman Solehah Mohd Safawai, 15, adik kepada Noor Salwana, 17, calon SPM yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah. Arwah yang juga anak kedua daripada lima beradik dimasukkan ke hospital kerana tidak cukup darah sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Zainab Muhammad, 47, yang menemani arwah di hospital.

Sebelum itu, terdapat satu lagi kejadian yang melibatkan seorang lagi calon SPM, Mohamad Nor Alif Harun, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun meninggal dunia selepas empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mangsa sebelum itu dilaporkan kritikal selepas motosikal diboncengnya dilanggar mat rempit yang sedang berlumba di Kilometer 79.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 49, Dungun, Jumaat lalu.

Ada lagi tak berita pelajar SPM meninggal dunia? Mungkin aku terlepas pandang. Ajal tak mengira usia. Kejadian ini sungguh meninggalkan kesan kepada kita semua dan semoga semua mengambil iktibar. Wallahualam.

Thursday, 7 November 2013

Nostalgia Burung Ruak Ku

Awal malam tadi, aku buka facebook seperti biasa. Scroll atas dan bawah, aku terjumpa post dari kawan aku, dia tunjuk hidangan dinner dia malam tu. perghhh..SANGAT JELES dibuatnya sebab dia tengah makan sesuatu yang aku sangat-SANGAT suka yakni NASI LEMAK ! fuhhh...terus lapar perut aku disaat menaip entri ni. ONE MORE THING, nasi lemak dia bukan versi biasa-biasa kali ni, tapi terselit satu lauk yang sangat COMEL dan SEDAP dan RARE. susah nak dapat dan dah lama aku tak tengok. nak tahu apa dia?

taraaaaaaa...
tahu tak apa yang pelik dekat nasi lemak ni?
Boleh teka tak lauk apa dia join dengan nasi lemak tu? Mati-mati I ols ingat burung puyuh. perghh..sedap jugak tu..orang lain pun cakap burung PUYUH..tapi SALAH...Ia sebenarnya adalah burung RUAK-RUAK. 


comel tak burung ruak? comel lagi bile dah siap goreng.


ni baru burung puyuhh.


Haa..ni la rupa burung ruak-ruak tu. Punyalah rare burung ni sekarang tahu tak. Sebabnya, apa yang aku perhatikan kat kampung aku di Kelantan tu, kawasan sawah padi dah kurang tu satu problem sebab burung tu semakin kurang habitatnya. Problem lain ialah makanan dia dah semakin kurang + dia menjadi buruan dan kegilaan ramai orang sebab daging dia sangat sedap. Burung ni tak boleh nak ternak macam burung puyuh sebab rasanya burung ni jenis liar, takkan boleh stay dalam suasana terkurung.

hah, kecur tak ayaq liur?
Dulu kecik-kecik, memang aku pernah makan, tapi sangat jarang sebab susah nak dapat. Walaupun tak boleh terbang, tapi dia lari sangat laju dan cekap nak menyorok dalam sawah padi dan semak-semak. 

okay, info tambahan pasal haiwan ni, aku dapat dari Sheikh Al-Google..kihkihkih. Layaannnn.

"Burung Ruak-Ruak ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Amaurornis phoenicurus. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. Burung Ruak-ruak adalah haiwan berdarah panas, bertulang belakang, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Ruak-ruak tidak bergigi. Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.

Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Ia merupakan spesies yang mudah mengadaptasi. Ia berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi u-wak.

Burung Ruak-ruak dewasa kebanyakannya mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia empunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.

Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Bayi burung bewarna hitam seperti kesemua jenis (Rallidae).

Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek. Burung Ruak-ruak mudah dilihat dikawasan terbuka. Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.Merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972 (Akta 76) bagi semenanjung Malaysia,dan juga indonesia.

Burung ruak-ruak terdapat di kawasan berair, seperti paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman. "


Monday, 4 November 2013

kenapa 3?

Neelofa kata Kelantan akan skor 3 dan Pahang 0

Dato Siti Nur Haliza pulak kata Pahang akan skor 3 dan Kelantan 1.



Kawan-kawan dekat FB masing-masing bagi ramalan, dan ramai kata Kelantan akan menang dengan skor 3-1. Kenapa mesti 3? Ada ong ke kat nombor tu? okay aku memang buta terus kalau tanya bab bola. 

Update pasal bola bukanlah sebab aku minat bola. Tapi bukan jugak bencii. Tapi cuma mahu ambil tahu.


Tadi baru berlangsung Perlawanan Final Piala Malaysia. 

dan Kelantan kalah kepada Pasukan Tok Gajah dengan skor 1-0. 
Dalam hati aku kata ''nasib baik cuma 1 gol, kalau tak Kelantan bertambah malu''

Komen di FB ada yang mengatakan permainan Kelantan malam ni hambar. Bagi aku pula, penyokong Kelantan terlalu yakin dan memperkecilkan Tok Gajah. Negeri Gulai lemak ikan patin itu juga tidak kurang hebatnya. Mulut masin sesetengah penyokong mengatakan ''bagilah peluang pada Tok Gajah pulak''

Seorang kawan di FB mengatakan ''Pahang menunjukkan disiplin yang tinggi malam ni..Kelantan banyak error terutama sekali bahagian tengah.. pemain terbaik : Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid..''

Tertarik dengan kata-kata seorang sahabatku ''Jgn bersorak ketika menang jika tak mampu sokong ketika kalah..'' dan  ''..football is about loyalty no matter win or lose..''

Sekian ulasan ambe pasal bola. kihkihkih

Jodoh Kita Siapa?



Kawan-kawan ku yang masih belum mempunyai 'Mr.Right' selalu mengadu, merungut, mengeluh pada aku. Mereka risau umur makin meningkat tapi masih takda pasangan. Pengalaman pun takda. Risau jadi andartu katanya. 


Aku? Aku tak risau, ada atau takda aku langsung tak risau. Aku tak fikir pun. Sebab itulah, masa kawan-kawan aku mintak tolong carikan pasangan untuk mereka, aku hanya gelak. Aku ni bukannya reti nak pasang-pasangkan orang. Bukan kawan perempuan jer, kawan laki pun ada mintak tolong carikan untuk mereka awek UM . haha..langsung tak gentleman


Bagi aku, cinta diawal waktu (contohnya masa study) banyak buruk daripada baiknya. Ia bergantung pada manners orang tu la, kuat tak iman dia nak tahan godaan-godaan syaitonn tu. Ya, aku pernah dengar individu berjaya dalam pelajaran sebab selalu study bersama pasangan dia. Ala, sama-sama bagi semangat, sama-sama bersaing. haa, kalu lagu tu baguslaa kan. Tapi, yang merisaukan, banyak yang buruk daripada yang baik. Aku memang takleh buktikan sebab takda kajian atau aku tak pernah jumpa kajian serupa tu. Tapi, akhlak budak sekarang makin advance la. Makin pelik. Page KEPALA HOTAK KAMU (KHK) di fb banyak explore dan reveal pasal ni. Memang tak sangka dan sungguh hina umat Islam bila budak-budak jadikan budaya kissing satu kebanggaan, siap jadikan coverpage lagi gambar tu. 


Jodoh datang sekarang atau kemudian, ia pasti dengan cara yang berbeza. Dan bersyukurlah dengan apa yang DIA bagi kat kita.


Jangan doa pada orang yang spesifik contohnya ''Ya Allah, jodohkanlah aku dengan Anuar Zain'' walaupun terang-terang hang kapel dengan Anuar Zain. 

tapi doalah yang umum contohnya ''Ya Allah, jodohkanlah aku dengan jodoh yang soleh dan boleh membimbing aku menuju SyurgaMU...'' 

sebab kita belum tahu perancangan ALLAH untuk kita dimasa hadapan, bercinta bagai nak rak pun belum tentu confirm jadi Imam kita nanti. Wallahualam.

Jodoh Kita Bagaimana?

“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”



Petanda jika dia memang benar-benar jodoh kita?

Kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.

Kebanyakannya juga akan menampilkan sikap bersahaja dengan pasangan. Mungkin kerana selesa dengan si dia, maka tidak perlu hipokrit sebab kita tahu dia pasti terima kita seadanya walaupun kita makan comot atau kita tak pakai mekap.

Rasa senang dan selesa bersama. Walaupun sering gaduh, tapi kita tetap bersama dan masih merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan - contohnya kahwin.Sebenarnya gaduh dalam tempoh itu adalah salah satu proses belajar untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Contoh, gaduh sebab dapat tahu si dia sebenarnya pemalas, so marah sidia supaya ubah sikap. Sidia pulak mungkin boleh belajar ubah sikap. Macam la kita tak tahu masing-masing ego bila dah kawin, tapi sebelum kahwin Bf/Gf cakap apa semua betul. Hahaa..so, ambil kesempatan untuk ubah sikap pasangan sebelum kahwin. Tapi, mungkin lain orang, lain cara .

Dia juga terima kita seadanya. Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. Tapi awas, ada rahsia tertentu sahaja yang lelaki boleh lupakan. Rahsia besar, jangan sesekali dirahsiakan sampai ke jinjang pelamin. Bawak berbincang baik-baik.

Kedua-dua pihak juga sentiasa jujur dalam pertuturan  atau dalam SMS. Kalau nak ke kelas, cakap nak ke kelas. Kalau nak lepak dengan kawan, bagitau jer. Kalau perlu sedikit ruang bersama kawan-kawan, mintak jasa baik dia untuk tidak ber'SMS untuk satu malam (bagi yang SMS tiap-tiap malam). Yang penting jujur lah. Kalau suka tipu-tipu sampai kesudah, lupakan saja hubungan itu. Dan banyak lagi tips-tips dia seperti saling memahami, senang bekerjasama, tidak hipokrit dan banyak lagi. Kita perlu selesa dengan dia, barulah keyakinan datang dengan sendiri. 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Aku dah terjumpa banyak lakonan dunia cinta ni. Contohnya, seorang perempuan (kawan aku) menolak huluran persahabatan (mungkin jadi cinta) dari seseorang lelaki, mula-mula aku ingatkan sebab dia wara' dan tak minat berkapel. Tapi, then aku dapat tahu dia (perempuan tu) diam-diam bertunang dengan other guy. SEE, mungkin perempuan tu tak selesa dengan lelaki pertama, tapi dengan lelaki kedua dia happy. Dan mungkin ada sebab lain disebaliknya :). Sama macam kakak aku jugak, dia dari sekolah tak minat kapel. Setahu aku, dia tak kapel sebab lelaki yang dia jumpa tak menarik minat dia. Dia mahukan lelaki yang pakai seluar slack dan bukan jeans, pakai kemeja (kalau keluar) dan bukan T-shirt, dan pakai kopiah/songkok. Dan dengan takdir Allah, kakak aku dapat jumpa pasangan dia tu masa kerja part-time di kedai kek. Subhanallah. Sekarang lelaki tu dah sah jadi husband dia dan bakal dapat anak Januari 2014. Insyaallah.

Jika tidak selesa, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

Thursday, 12 January 2012

azam 2012



say HELLO to 

hingga hujung nyawa akan ku terus menanti
hingga saat hujung nyawa juga aku mengharap
hingga hujung nyawa aku masih ada masa untuk belajar & mencuba
biar hati akan terasa senang sekali nanti
ketawa ria senda tak henti
segalanya dalam genggaman
wl apa pun takkan menjadi halangan lagi
hidupku bersinar bagai mentari

''meneruskan impian, cita-cita dan harapan
jangan gentar mengejar mimpi
yakin diri percaya hati
jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun dan berlari kedepan
hanya kamu bisa tentukan hidup kamu''

pagi terjagaku dari mimpi
hati terasa senang sekali

p/s : azam xperlu dibuat malam tahun baru.
azam adalah yang akan kita ingati sepanjang tahun
bukan yang kita saja-saja reka
so, wl lambat, just go on :)

Wednesday, 11 January 2012

MB & SITI NURHALIZA

skandal ker? 
eshh..dop aih..
nk ckp yg bufday dua-2 hamba kekagumanku ini bufday selang sehari jer ropernye :)

yaitu : SITI NURHALIZA

akak siti nurhaliza

 DAN : TUAN GURU DATO BETARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (MB kelate)



ayat 'howt'

yarhhh...mcm2 kerenah budak2 fb nih.
ade kawan tu suker buat muke ala-ala cun tuh. then,
ble some1 puji-puji, boleyh lak ckp 'mane ade cantik, biasa2 aja la'
pastu, ade yg tulis kt info 'do add do talk' 
tu okay ag la. biasala tu
ade yg lagik power. haha
contohnyer : 'i dont approved stranger' tp boley lak add org xkenai. 
hurm..for me, it is interesting to know and study bout all diz kind of 
people. keen to know everything bout people out there! 
as always , psychology is mysoul <3

Friday, 23 December 2011

rainbow roses

The rainbow rose is a rose which has had its petals artificially colored.
The method exploits the rose's natural processes by which water is drawn up the stem. By splitting the stem and dipping each part in a different colored water, the colors are drawn into the petals resulting in a multicoloured rose.
Besides roses, other cut flowers like the chrysanthemum, carnation, hydrangea and some species of orchids can also be colored using the same method












Wednesday, 21 December 2011

pompuan skrg cmni ek?

HANGAT!
ciri2 pompuan skrg mcm ni kah?




nk tw lebih lanjut, cari bideo tu kt utube =='
mmg hangat jgk sal nih!.
smua da pandang serong pd pompuan ke?