BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Praktikum. Show all posts
Showing posts with label Praktikum. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

TERHARUUU

hari ni hari raya ke-8. dan hari ni juga merupakan hari terakhir aku di PPD KB.


aku sangat seronok. semua orang aku bagitau. yakin sangat yer. sebab overconfident, aku tak sedar bahawa ketentuan Allah mengatasi segalanya. nah, tadi motor aku bocor xjauh sangat dari rumah. nasib baik, aku terus kol rumah. nasib baik jugak ada adik yang pandai repair everything. dua kali adik aku ulang-alik sebab aku lupa bagitau tayar belakang ker depan yang bocor. ma aku plak xdak kredit, so, xleh kol nak tanya aku. 
terharu plak aku ada adik yang mudah mintak tolong. 
lantas, aku teringat balik aku marah-marah adik aku tu n kata macam-macam. padahal, air dicincang takkan putus. dengan adik aku tu jugakla aku mintak tolong kan.

masa adik aku balik amik tayar spare, ada sorang abang brenti tanya masalah. lagi sekali aku terharu sebab masih ada insan berhati mulia nak tolong walaupun tak kenal. aku pun ucap terimakasih saja dekat dia sebab adik aku datang nanti. semoga ramai orang yang murah hati camtu.

lepas adik aku siap repair apa yang patot, aku pun gerak. kena jugak gi kerja arini sebab hari last n aku xnak dah ganti hari lain. nasib baik gak syazana tu nak tolong punch card untuk aku. heeee.

xsampai 1 kilometer aku jalan, aku nampak kat depan aku ada sorang pakcik duk tengah jalan yang aku nak lalu. ingatkan buat pe, rupanya dia alihkan bangkai kucing yang kena langgar. tersentuh pulak hati aku biler tengok scene tu. walaupun kucing tu dah mati, eloklah kita alihkan bangkainya ketepi jalan sebagai tanda hormat sesama makhluk Allah. lagipun, mungkin terjadi eksiden lain kalau bangkai yang sebesar tu terus di tengah jalan. bagus pakcik tu, aku sendiri pun macam malu kot nak buat semua tu, lagipun, bangkai kan busuk. bukan semua orang ade hati luhur macam pakcik tu. 

akhirnya, sampai jugak aku dekat PPD KB, dan dapat jugak aku ke majlis aidilfitri Unit Akademik - InsyaAllah boleh amik gambar bersama kawan-kawan praktikal lain. 

petang ni, agenda nya nak ke rumah kawan aku -MIzah- sebab dia dah ajak, terharu lak..hehe...mizah ni kawan yang aku jumpa masa buat lesen motor tahun 2007/2008 gitu la kot...dah lama betul tak jumpa, lepas tu kerumah Haslina - abang dia kawin. INSYAALLAH jika takda halangan.

* arini jugak sebenarnya ada majlis sambut menantu sepupu aku di Salor. 

Tuesday, 6 August 2013

Di pagi 28 Ramadhan

SELAMAT PAGI setiap orang (everyone)


hari ini hari Selasa, 6 Ogos 2013 bersamaan dengan 28 Ramadhan 1434 Hijrah.

dikala ini, aku seorang diri di ofis Unit aku. Syazana, seperti yang aku jangka tak datang ofis hari ini - cuti. sepatutnya dia start cuti semalam lagi, tapi disebabkan bos dia (Unit Kualiti) suruh datang opis amik sumtim, dia pun kira semalam sebagai 'bekerja' dan balik sekali dengan aku jam 5. (biasa balik 4.30ptg tapi semalam aku sampai ofis kol8 so, aku kena lewatkan jugak waktu balik) so, keseorangan la aku arini .

bos aku ada sorang lagi yang masih tidak cuti - tapi ada pun macam xda. dia berhibernasi dalam bilik dia saja. pastu hilang ghaib entah kemana. LOL.

Dalam pikiran aku sekarang tgh serabut, banyak benda lagi aku tak setel.

1. dokumen untuk mesyuarat/taklimat pembuka tender tak setel lagi
2. laporan akhir praktikal tak tulis apa pun lagi. ingat nak siapkan sebelum raya! :'(
3. biskut raya tak sempat buat lagi sebab masih tak cuti, tak sempat nak g beli barang-barang.
4. selipar n tudung raya tak cari lagi
5. baju raya, telekung solat tak basuh lagi, nak rendam pewangi baju lagi. 

haa, kronik tak? 
tu laaa, balik keje tolong2 ma kat dapo. pastu rilek, mandi, semayang dan tido. aku selalu tido sebelum jam 11 sebab taknak mengantuk dekat ofis. kalau aku mengantuk, memang jadi masalah. sebab aku akan jadi MALAS. haaa, satu keje pun tak buat lagi ni. nasib baik rajin jugak gi amik surat dekat pejabat AM. kalau tak, memang pemalas tahap kronik dah tu. buatnye ada notis/surat penting, naya aku. 

dah dah dahhhh...start buat kerja cepat !!

Sunday, 4 August 2013

BIRTH OF MY BLOG



Hai Guys!
Ini belog saya. belog ni lahir pada tahun 2011, so dah 3 tahun la umur dia.
Saya bukan la rajin sangat mahu menulis dan menaip dan berfikir. Tapi, bukankah semua tu aktiviti yang sehat? So, saya paksa diri saya teruskan usaha murni ini. Cehh!
Lagipun, saya seorang makhluk yang sangat sentimental. Setiap yang berlaku dalam hidup ni, saya rasa saya tak boleh lupakan begitu sahaja. RUGII.

Pastu, bila saja saya scroll-down post dulu-dulu, rasa seronok lak sebab saya ada kenangan untuk disimpan. Walaupun tulisan makhluk ini sangat hampeh. K.

Kadang-kadang saya rasa saya ni dua orang yang berbeza. Garang, ego, pemarah diluar tapi dalam hati ni lembut dan sensitif. Oleh itu, mungkin dengan blog ni saya boleh kaji balik sisi diri ni, baik atau buruk. Buruk boleh dibuang, baik boleh diteruskan. Betoi x? yeahh..
So, saya buat kesimpulan bahawa I began blogging as an angry teenager who needed an outlet to speak her mind.

Apa yang baik tentang saya? hamper takdak kot. Saya pun tak sure. Tapi saya jenis yang suka express anything. Pernah dalam satu game, saya admit kat kawan-kawan yang saya ni perahsia. Tapi, sorang kawan tanya balik, ‘kalau perahsia, kenapa boleh ada blog?’ hahaa. K. ==’

Okay, sebenarnya saya sangat menyokong kalau ramai-ramai pakat buat blog. Bukan per, bolehlah jugak tajamkan fikiran sebab asyik kena berfikir. Apa ang ingat buat blog ni senang ka?
Kene berfikir, pandai mengarang dan menyusun cerita. Banyak lagilah. Tapi, aku x kata blog aku best pom. Kalau best, dah lama aku berdiri sebaris dengan KekNis, Jejari Runcing, Dr. Liyana Asri dan lain-lain yang pemos amos tu kan.

Yang penting, aku bukan nak menunjuk-nunjuk. Banyak blog yang bagus aku jumpa. Dan banyak yang bagi inspirasi kat aku. Jangan google blog-blog yang tak elok sudahlah. Satu lagi aku tak suka à blog POLITIK. Haha. K. jangan marah aaa.

Satu lagi aku nak cakap à SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI J

P/S : selamat bukak blog yer.

Thursday, 1 August 2013

kahwin 2 3 4

'kahwin sekali seumur hidup'
'kahwin untuk zuriat'
'kahwin itu seronok, bermadu tak seronok'
'bercerai je kalau dah takda hati..'

macam-macam cerita dan berita kita dengar pasal kahwin. suami kecewa isteri curang. isteri merana suami mintak kahwin lagi. macam-macam aku terbaca dalam paper mahupun internet. sekadar baca dan aku tak pernah alami sendiri situasi macam tu sama ada pada family atau saudara terdekat.

tapi, sejak masuk praktikal (bermula fasa baru iaitu kerja), aku dah faham betapa dunia luar lebih komplikated dan kompleks. kalau tak pandai bawa diri, memang akan hanyut dan ditindas, dipergunakan.

aku dah alami situasi orang dewasa *aku rasalahh.
situasi dimana semua benda jadi serius. bila cakap pasal mengorat, tujuannya adalah untuk kahwin betul-betul. bukan setakat kapel. sebab orang dewasa ni dah ada sumber kewangan sendiri. cukup atau tak cukup, tidak menjadi masalah bagi mereka.
yang penting, apa yang mereka ingini, mereka akan dapatkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
mungkinkah aku pun jadi macam tu nanti?

disini, aku juga melihat situasi kahwin 2 3 yang berleluasa dan berjangkit.
for me, kalau kahwin lebih dari 1 sebab wife pertama xdapat bagi zuriat, itu boleh diterima.
tapi, kalau kahwin sebab gatal  saja berkenan (buat macam muda-muda dulu, kekasih ada 2 3 ), mana boleh macam tu.
nasib baik la boleh kahwin setakat 4 je. kalau tak, agaknya nak kahwin sampai 7 sebab nak cukupkan seminggu. sorang sehari. 
kewangan tak jadi masalah sebab perempuan sekarang semua bekerja. 
kalau betul jadi lagu tu, hancusss!

apakah pertahanan wanita masih tidak mencukupi sampai lelaki nak kahwin ramai? 

pendedahan seorang individu disini, kebanyakan staf disini kahwin lebih dari 1. apakah kahwin ramai dah jadi trend? perlu diikut? 
kalau macam tu, masa depan wanita memang tak membahagiakan. haha.

RAYA

lagi seminggu kita nak raya. 
i feel so excited right now. selalu rasa tak percaya minggu depan dah raya.
macam still terbayang-bayang raya tahun lepas. cepatnya masa berlalu.
tahun ni ada 4 pasang baju dan 1 jubah. tapi jubah terlalu besar, so, bagi dekat mak.
tu cuma rezeki aku, walhal aku tidak terlalu excited pasal baju.

aku lebih pentingkan keriangan nak sambut raya. berkumpul ramai-ramai kemas rumah, buat kuih raya, buat ketupat, buat rendang. 

tapi, macam tak terase sangat. sebab ketupat pun ma tempah je. xreti buat.

camna nak cari kemeriahan raya?

*post ini dibuat ketika aku sedang praktikum

PANTUN RAYA

Semua sihat?

Hari ni dah jadi hari ke 23 kita berpuasa dan Khamis 8 Ogos depan kita akan menyambut hari raya AIDILFITRI. Hew hew hew.

Oleh itu, dekat sini sukacitanya aku nak share pantun raya yang aku buat sendiri. Xcilok mane-mane tempat oke.

Makan ikan cicah budu
Jangan lupa tambah sambal
Balik raya jangan laju-laju
Nanti raya dalam spital

Ikan berudu dalam paya
Berudu makan buah mempelam
Kalau awak sayang nyawa
Jangan cuba main meriam

Beli mercun dari pasar Rabu
Pakai baju kaler biru
Syukur kita pada yang Satu
Boleh sambut raya dengan baju baru

Ayam lari masuk reban
 Takut nenek buat rendang
Yang jauh jangan dilupakan
Yang dekat sentiasa disayang

demam raya dah tiba
anak-anak melompat gembira
pergi raya rumah saudara
eratkan silaturrahim sedia ada

ramadhan pergi syawal menjelma
kampung halaman terbayang dimata
hati riang tidak terkira
tapi keselamatan jangan dilupa

balik kampung satu keluarga
hendak menuju ke rumah bonda
jaga harta benda jaga keluarga
jangan terdedah pada bahaya

bawak kereta mesti hati-hati
jangan selalu potong-memotong
jangan jadi orang yang rugi
jangan pulak jadi sombong

apa yang salah apa yang kurang
marilah kita bermaaf-maafan
jangan amalkan sikap berdendam
sucikan diri di pagi Syawal yang dimuliakan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR & BATIN

untuk tahun 2013 bersamaan tahun 1434 Hijrah



Wednesday, 31 July 2013

alkisah praktikal.

 
 alkisah ditempat praktikal ku adalah sambungan daripada entri lepas.
p/s: aku xberniat nak ungkapkan kelemahan/kekurangan/keaiban orang. cuma ingin mencari sisi positif disebalik kisah ni. boleh jugak share-share dan dijadikan pedoman.
 
kes 1 : salah sorang pegawai belanja kuih, so pegawai A ni bagi kat anak dia suruh bawak balik. 
anak pegawai A ni, umi dia akan datang ambik.
tapi bile umi die nampak plastik kuih ni, dia tanya dari siapa? 
aku pun explain la. dia terus bagi aku benda tu. sbb katanya, ustaz syak suami dia kena mandrem, so tak boleh bawak balik apa-apa yang laki dia bagi.
dah jadi masalah pada aku sebab kuih tu bukan hak aku, lagi-lagi dalam tu jugak ada sambal daging.
 
aku nak bagitau pegawai A tapi serba salah sebab takut nanti makin teruk diorang gaduh. tapi aku risau anak dia (umur 6-10 tahun) bagitau abah dia yang umi dia bagi kuih tu dekat aku. aku jugak takut pegawai A fikir yang aku sokong wife dia. arghh.
 
kes 2 : diorang dah selalu gaduh. siap ber 'aku' 'kau' lagi. cuma belum sampai tahap bercerai. mungkin dah dalam proses ke arah tu. wife dia cakap xkisah pun, dah xda hati pada suami dia. tapi,. still xpuashati selagi xjumpa perempuan tu. dia suruh anak dia mintak nombor fon aku (sebab dia malas nak turun kereta). 10 minit lepas tu dia kol aku. mintak tolong aku spy kekasih suami dia. dia mintak aku ambik no plat kereta. haa. kan dah jadi kes naya kat aku. xpasal-pasal kena terlibat. 
 
pendapat aku : dua-dua ada kelemahan, bukan semata-mata salah lelaki. masing-masing kene baiki kelemahan dalam diri terutama pihak isteri.
kelemahan si isteri :
- suka jaja keburukan suami (ada sorang pegawai bagitau yang rakan kerja dikedua belah pihak dah tau)
- asyik tidur saja (xkemas rumah n masak)
- jarang kemas rumah (rumah jadi kotor sampai suami malu nak bawak kawan2 datang rumah)
- pengotor (malas buat kerja rumah)
jarang masak (si suami pernah cerita yang dia bawak anak-anak sahur dekat KFC)
so, sebb itulah kot suami dia tak tahan. benda ni mungkin dah lama. tapi masa tu xde perempuan lain yang datang dalam hidup dia. sebab si isteri bagitau suami dia ada kekasih dah 6 bulan sedangkan diorang dah ada anak 5 orang dah. maksudnya dulu suami dia xbuat hal. sekarang baru buat hal dan si isteri pulak sekarang baru nak hargai suami dia.
 
tapi berani ka aku nak bagitau isteri dia macam tu? haihh.
tapi pihak suami ada jugak kelemahan dia. 

kelemahan suami : 
- tak puasa
- tak solat
- tak setia
 
solat tu tiang agama. abah aku pernah kata kalau xde disiplin dalam solat, orang tu xkan jadi manusia, xkan dapat pergi jauh.
lagi-lagi seorang suami. kena betulkan diri agar boleh tunjuk ajar pada isteri dan anak-anak.
  
p/s : sama-sama betulkan diri sendiri.
 

ALKISAH PRAKTIKAL

 
oppsss...
sudah lama sangat-sangat tak update blog.
 
sekarang adalah waktu praktikal. dan sekarang pukul 2.42pm aku sedang berada ditempat prktikal.
aku ditempatkan di Unit Pembangunan dan Perolehan Aset. 
tugasan aku untuk masukkan data, taip surat, update status projek dan lain-lain kerja ringan.
walaupun ringan, perlu penumpuan yang tinggi sebab melibatkan benda fakta esp. maklumat peribadi.
kebanyakan kerja aku mesti guna internet. 
 
pada awal 3minggu kat sini, aku sorang saja. tapi sekarang seorang student praktikal dari Uitm Merbok join unit ni. sebenarnya dia dari Unit lain, tapi dekat unit lain xda meja lebih. so, dia tumpang duk sini. 
kalau ada kerja barulah bos dia akan panggil naik atas.
 
secara peribadinya, seronok praktikal dekat sini. kerja tak banyak, pegawai semua peramah dan yang paling penting ada komputer n internet kat depan aku ni ha.
 
tapi, ada jugak yang tak best. iaitu krisis rumahtangga.
bukan rumah tangga aku, tapi salah sorang pegawai kat unit aku.
aku terpaksa/dipaksa terlibat sama nampaknya.
 
  aku akan bercerita di entri seterusnya.