BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 6 August 2013

Di pagi 28 Ramadhan

SELAMAT PAGI setiap orang (everyone)


hari ini hari Selasa, 6 Ogos 2013 bersamaan dengan 28 Ramadhan 1434 Hijrah.

dikala ini, aku seorang diri di ofis Unit aku. Syazana, seperti yang aku jangka tak datang ofis hari ini - cuti. sepatutnya dia start cuti semalam lagi, tapi disebabkan bos dia (Unit Kualiti) suruh datang opis amik sumtim, dia pun kira semalam sebagai 'bekerja' dan balik sekali dengan aku jam 5. (biasa balik 4.30ptg tapi semalam aku sampai ofis kol8 so, aku kena lewatkan jugak waktu balik) so, keseorangan la aku arini .

bos aku ada sorang lagi yang masih tidak cuti - tapi ada pun macam xda. dia berhibernasi dalam bilik dia saja. pastu hilang ghaib entah kemana. LOL.

Dalam pikiran aku sekarang tgh serabut, banyak benda lagi aku tak setel.

1. dokumen untuk mesyuarat/taklimat pembuka tender tak setel lagi
2. laporan akhir praktikal tak tulis apa pun lagi. ingat nak siapkan sebelum raya! :'(
3. biskut raya tak sempat buat lagi sebab masih tak cuti, tak sempat nak g beli barang-barang.
4. selipar n tudung raya tak cari lagi
5. baju raya, telekung solat tak basuh lagi, nak rendam pewangi baju lagi. 

haa, kronik tak? 
tu laaa, balik keje tolong2 ma kat dapo. pastu rilek, mandi, semayang dan tido. aku selalu tido sebelum jam 11 sebab taknak mengantuk dekat ofis. kalau aku mengantuk, memang jadi masalah. sebab aku akan jadi MALAS. haaa, satu keje pun tak buat lagi ni. nasib baik rajin jugak gi amik surat dekat pejabat AM. kalau tak, memang pemalas tahap kronik dah tu. buatnye ada notis/surat penting, naya aku. 

dah dah dahhhh...start buat kerja cepat !!

0 speaks: