BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 1 August 2013

kahwin 2 3 4

'kahwin sekali seumur hidup'
'kahwin untuk zuriat'
'kahwin itu seronok, bermadu tak seronok'
'bercerai je kalau dah takda hati..'

macam-macam cerita dan berita kita dengar pasal kahwin. suami kecewa isteri curang. isteri merana suami mintak kahwin lagi. macam-macam aku terbaca dalam paper mahupun internet. sekadar baca dan aku tak pernah alami sendiri situasi macam tu sama ada pada family atau saudara terdekat.

tapi, sejak masuk praktikal (bermula fasa baru iaitu kerja), aku dah faham betapa dunia luar lebih komplikated dan kompleks. kalau tak pandai bawa diri, memang akan hanyut dan ditindas, dipergunakan.

aku dah alami situasi orang dewasa *aku rasalahh.
situasi dimana semua benda jadi serius. bila cakap pasal mengorat, tujuannya adalah untuk kahwin betul-betul. bukan setakat kapel. sebab orang dewasa ni dah ada sumber kewangan sendiri. cukup atau tak cukup, tidak menjadi masalah bagi mereka.
yang penting, apa yang mereka ingini, mereka akan dapatkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
mungkinkah aku pun jadi macam tu nanti?

disini, aku juga melihat situasi kahwin 2 3 yang berleluasa dan berjangkit.
for me, kalau kahwin lebih dari 1 sebab wife pertama xdapat bagi zuriat, itu boleh diterima.
tapi, kalau kahwin sebab gatal  saja berkenan (buat macam muda-muda dulu, kekasih ada 2 3 ), mana boleh macam tu.
nasib baik la boleh kahwin setakat 4 je. kalau tak, agaknya nak kahwin sampai 7 sebab nak cukupkan seminggu. sorang sehari. 
kewangan tak jadi masalah sebab perempuan sekarang semua bekerja. 
kalau betul jadi lagu tu, hancusss!

apakah pertahanan wanita masih tidak mencukupi sampai lelaki nak kahwin ramai? 

pendedahan seorang individu disini, kebanyakan staf disini kahwin lebih dari 1. apakah kahwin ramai dah jadi trend? perlu diikut? 
kalau macam tu, masa depan wanita memang tak membahagiakan. haha.

0 speaks: