BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label fakulti. Show all posts
Showing posts with label fakulti. Show all posts

Saturday, 7 December 2013

Cerita Budak Psikologi


Benda yang baik dan menarik ni seeloknya kita kongsikan..hehehe..so, aku kongsikan kisah bekas Tutor aku masa tahun 1 dan tahun 2..En. Jamal Ismuni..Hebat dalam psikologi, hebat jugak mengarang story..macam Dr. Awang Idris jugak. LOL...Ok kisahnya bermulaa....

''Satu ketika, aku terserempak dengan dua orang budak. Berjalan dan membawa ranting pokok. Tidak semena-mena, salah seorang budak itu telah membayangkan ranting pokok yang dibawanya itu seakan-akan meriam. Lalu dihalakan ke arahku sedang kawannya yang seorang lagi menjerit, "tembakkkkk!!!" sambil menghasilkan kesan bunyi yang maha dahsyat (sound effect) "kadabommm!!!..."
Aku tanpa teragak-agak turut melakonkan sebahagian watak penting dalam babak tersebut, "aduhhh!!!"
Merekapun ketawa terbahak-bahak.

Betapa kanak-kanak tidak memerlukan alasan yang besar untuk merasa gembira. Berbeza dengan orang dewasa. Ada yang ingin jadi kaya, berumah besar, berkereta berjenama dunia, beristeri jelita, bersuami kacak nan bergaya barulah boleh merasa gembira. Sungguh kecil konteks gembira dan bahagia. Bukan sahaja kita perlu memberi tunjuk ajar kepada anak kecil, kita juga perlu banyak belajar dari mereka.

"Beng...beng", Ah! Kali ini ranting mereka bertukar menjadi senapang patah pula. Jenuh aku melayan mereka lalu aku berkata "tak kenalah dik, abang elak", sambil tersenyum mereka berkata "abang mana boleh elak peluru, badan abang gemuk" dan mereka pun ketawa. Gembira memang tidak memerlukan punca yang besar.

Dan marah juga tidak memerlukan alasan yang besar "woi, ngejek ye!"..
''

Gambar hiasan cuma



Kerja Sekolah Yang Terakhir inii



sambil makan APPLE 2 3 bijik, meanwhile....
SENARAI KERJA SEKOLAH AKU UNTUK SEMESTER NI :

1. ETIKA ALAM SEKITAR

esaimen 1  DONE
esaimen 2

2. PERUNDANGAN ALAM SEKITAR

esaimen 1 DONE
esaimen 2 DONE
esaimen 3

3. OTAK DAN TINGKAH LAKU

presentation DONE
esaimen

4. SOSIOLOGI PENGHIJRAHAN

presentation 1 DONE
esaimen 1 DONE
kaji selidik 2
presentation 2
esaimen 2


MASA ADA DUA MINGGU LAGI. Lepas tu, minggu STUDY WEEK selama seminggu, lepas tu exam,

paper 1 3 Januari
paper 2 4 Januari
paper 3 8 Januari
paper 4 13 Januari

watch out !! tiba-tiba terfikir, alangkah bagus jika jadi baby...errr

Monday, 2 December 2013

APA yang aku belajar



I'm working with WORKING MEMORY right now until ever..haha

such interesting new knowledge to filled up into my brain (macam pelik ayat ni)

working memory memang menarik untuk dipelajari. Bila explore pasal ni (sebab nak buat esaimen) aku jadi lebih tahu daripada yang patut aku tahu. Aku mengkaji pengaruh working memory terhadap prestasi individu dalam pekerjaan. Aku memilih (sebenarnya menjumpai) jurnal berkenaan askar dan polis sahaja (sebab tak jumpa lain dah). Actually, kalau lagi banyak jurnal lagi bagus.

Aku dapat buat kesimpulan disini bahawa memang WM (singkatan untuk working memory laa, tanya lagiiii) sangat diperlukan dalam pekerjaan bahkan dalam hidup seharian juga. Mana ada orang tak guna WM. 

Tak caya? Aku bagi contoh ek..Bagi yang pakai kereta, masa korang (engkau orang) tengah drive kat satu jalan yang tak busy, alamak tiba-tiba kat depan lampu dah oren, dan bertukar merah sesampainya korang dekat traffic light tu. Tapi korang tengok jalan lengang / kereta dijalan bertentangan tu masih sangat jauh lagi nak sampai dan melintas. SO, mesti korang duk pikir nak lintas je atau nak tunggu, KAN? KAN? KAN???? Masa tu la korang gun WM korang tu. Kalau melintas korang risau takut kena saman, kalau tak lintas, lama pulak nak tunggu, lagipun jalan lengang je, dahla perut lapar, wife pulak suruh balik cepat sebab nak celebrate anniversary. Jadi korang boleh buat keputusan berdasarkan etika korang la. 

Maksud aku, kalau korang berani lintas, korang mesti berani jugak terima akibat kan? Korang lintas sebab korang malas nak tunggu, so itu dinamakan etika taleologi (lupa eja camana, nanti aku update). Etika taleologi mementingkan kesan dihujungnya perbuatan. Akibat yang berlaku bila melintas ialah wife korang tak merajuk dan korang boleh isi perut yang lapar. 

Kalau korang tunggu sampai lampu bertukar hijau, itu bermakna korang beretika deontologi. Etika ni sangat mementingkan kewajipan kita. Deon berasal daripada perkataan duty yang bermaksud kewajipan atau tanggungjawab. Kewajipan kita disini ialah masa lampu merah kena STOP, lampu oren kena STANDBY dan lampu hijau baru boleh JALAN. 

Setiap orang pasti menganut etika yang berbeza, kan? Etika-etika ini membincangkan hak semua benda, bukan hak manusia saja ya. Semut, pokok bahkan batu pun ada hak.

and FYI, itu adalah etika yang biasa sahaja. Belum kenal etika-etika yang lebih remeh. Contohnya , Lecterur aku pernah share satu etika (aku lupa nama) yang sangat rumit seperti pasir di bawah tapak kaki kita pun ada hak, maksudnya mungkin kita tak boleh pijak sesuka hati, atau rosakkan dia. I'm not sure about it cause i've never explore about it yet.

Tapi, most of the ethics, lebih mementingkan manusia , sebab apa? aku pun tak pastii..

ok, till then, BYE.

Apa-apa ETIKA sekalipun, semuanya ALLAH yang punya, walaupun setitik air. Perlulah kembali kepada ALLAH dalam membuat keputusan.



Thursday, 28 November 2013

Pilihan Raya Kampus UM 13/14


KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA (PRK UM) SESI 2013/2014

KERUSI UMUM (JUMLAH - 9 KERUSI)
PRO-MAHASISWA : MENANG 7 KERUSI
PENGGERAK MAHASISWA : MENANG 2 KERUSI

KERUSI FAKULTI (JUMLAH - 34 KERUSI) :
PRO-MAHASISWA : MENANG 19 KERUSI
PENGGERAK MAHASISWA : MENANG 12 KERUSI
BEBAS : MENANG 3 KERUSI

KESELURUHAN (JUMLAH - 43 KERUSI):
PRO-MAHASISWA : MENANG 26 KERUSI
PENGGERAK MAHASISWA : MENANG 14 KERUSI
BEBAS : MENANG 3 KERUSI

-Berita Universiti-

Alhamdulillah.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada Pro Mahasiswa Universiti Malaya. atas kemenangan dalam PRK UM Sesi 2013/2014. Semoga dengan kemenangan ini, suara dan harapan mahasiswa-mahasiswi UM akan dapat diangkat dan terus diperjuangkan demi memelihara serta meningkatkan kebajikan mereka.




















"Kemenangan ini adalah kemenangan mahasiswa"
YB Muhammad Kamarul Setapa, Calon YDP MPMUM 2013/2014

Pro Mahasiswa Universiti Malaya. menang 26 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan pada PRK UM sesi 2013/14 yang diadakan pada 26.12.2013. 14 kerusi milik PENGGERAK MAHASISWA dan 3 lagi bebas.

Kamarul Setapa juga menggesa seluruh mahasiswa UM untuk sama-sama membantu barisan MPMUM yang bakal dibentuk untuk memacu Universiti Malaya ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan statusnya sebagai universiti nombor satu di Malaysia.

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan apa yang dipimpinnya" - Hadis riwayat ibnu umar

Selamat memimpin saya ucapkan kepada barisan kabinet MPMUM yang baru kelak. Lakukan sehabis baik untuk kami mahasiswa UM. Tiba masa segala manifesto untuk dikota.


Wednesday, 27 November 2013

Ni la yang kami nakk




Aku dan kawan-kawan tengah buat timbang tara nak pilih sapa. So, ni kami buat sedikit permintaan yang boleh mewujudkan keyakinan kami kepada calon itu (yang tak mungkin termakbul) Heh..

Untuk Calon Fakulti.......

  • Library dekat Fakulti Sastera 
  • Water heater/cooler diwujudkan dan selalu ditukar
  • Tempat untuk lepak  study ditambah sebab student FSSS boleh tahan ramaii.
  • Wifi boleh laju sikit tak? 


Untuk Calon Umum......

  • Masjid UM (unibesiti lain ada masjid sendiri, JELES n MALU k)
  • Kafe dengan harga Students (PTPTipuuu xcukup dengan yuran UM yang mahal-mahal ni)
  • Jalan dekat Fakulti Bahasa diperbaiki, bahaya terutamanya untuk OKU, pernah terjadi sorang student OKU hampir-hampir dilenyek bas sebab bas tengah turun bukit dengan lajunya.
  • Macam biasa, Wifi WAJIB diperlajukan pergerakan dia yang sebelum ni macam siput sebab senang students nak main game dan tengok movie STUDY.
  • lagi ape? dah tu jer setakat nii.
k good luck deh semua calon. Semoga hangpa semua betul-betul laksanakan apa jua MANIFESTO dan JANJI yang hangpa buat.


Mari Mengundiii

2 hari lepas hari penamaan calon untuk PRK unibesiti aku ni. 
Dan besok, merupakan hari mengundiiii..oyeahh..Undilah yang anda suka..

Aku mengundi untuk Islam. Kalau bercakap pasal Islam, tak semestinya pembangkang atau Pro-M tu saja yang Islam. Penggerak pun Islam jugak bukan kafir. Aku akan pilih yang agak-agak boleh buat kerja lah kan. Senang cakap bukan yang dok pung pang pung pang saja. 
Semalam ada sorang kawan aku dah sound sorang calon umum. Kawan aku tu tanya manifesto, then calon tu (sebenarnya kawan kitorang jugak) pun explain dengan yakinnya manifesto dia tu. Kawan aku pun cakap ''aku tak kesah sapa pun tapi kena perjuangkan hak mahasiswa. Kau cakap senanglah lepas mengundi kang tak jadii apaa''
Sorang lecterur aku cakap, calon sepatutnya sensitif dengan keperluan mahasiswa. YA memang mahasiswa memang perlu internet/wifi. Tapi bukan tu saja keperluan yang memang diperlukan mahasiswa. MAKANAN dengan harga students contohnya. Sepatutnya calon tu kena perjuangkan harga makanan students lebih rendah dari harga pekerja. 
OH YA, sapa turun mengundi esok (kolej 4) boleh makanan free.
Hurmm..gitulah serba sedikit. Nih kawan aku duk tanya nak undi siapa esok untuk calon umum (sorang) dan calon fakulti (sorang).  
Heh. Dia tak faham agaknya konsep UNDI ANDA RAHSIA.

Tuesday, 29 October 2013

Benda Baru di Surau Fakulti Aku



Manusia sukakan benda atau sesuatu yang baru? #tipikal dan ketara?


Iya memang ketara. Aku juga merujuk kepada diriku sendiri dan contoh yang aku alami.


Di satu hari pada minggu lepas, aku masuk ke surau fakulti untuk solat Zohor. Kebiasaan aku, aku akan berwuduk dulu barulah aku ke rak telekung untuk memilih telekung yang ‘ngam’ dengan aku. Ketika duk belek-belek telekung, biasalah benda ‘share’ ni memang kondisinya agak kurang menyenangkan. Lain orang, lain ragam, lain bau badan. Aku perasan dekat tempat gantung telekung, kelihatan beberapa set telekung baru, warna coklat dengan corak berbeza-beza. Memang kelihatan menarik dan sudah tentu wangi (sebab masih baru). Memang la aku pun sedang memilih telekung yang paling elok keadaannya, Tetapi pada masa tu aku tak berani nak guna telekung baru tu sebab aku masih belum tahu siapa pemiliknya? Mungkinkah milik seseorang atau sekumpulan individu kan. So, aku pun guna yang mana ada jer – warna putih.

Then, the other days, aku terdengar perbualan group of students yang mengatakan telekung tu adalah milik surau fakulti kami, sama seperti telekung lain (yang berwarna putih itu). So, siapa-siapa sahaja boleh gunakannya. Then, ada suara di belakangku mengatakan “ eh, rugi plak aku tak guna telekung baru tu tadi..’’


Aku sebenarnya juga terfikirkan hal yang sama. Rugi pulak tak guna yang baru tu. See, Nampak tak permainannya? Nak jugak benda baru walhal sama jer, yang berbeza kusyuk atau tak kusyuk jer kan?
 

Then, today (the week next after that conversation), aku lihat ramai yang berebut menggunakan telekung baru + wangi + cantik + selesa itu. Same goes with me. Hehehehe.



p/s : Kenapa surau ni bising sangat ?? surau bukanlah tempat perbincangan ilmiah mahupun tempat untuk bergosip disaat insan lain sedang cuba untuk fokus kepada penciptaNYA. 

Friday, 11 March 2011

klas HE hari nie...sungguh~


hola...salam manjer2..
hari ni pembentangan utk 4kmpulan ptama HE..group paling gempak lorh yaitu group ADIK MANJA..
wah...nk tw knape? diorang sume pakai tshirt bkolar waner hijau muda yaitu tshirt kolej4..ensem3 n manjer3 sumer...syumill g2 u...xcayer tgk nih~


lec kitorg pn.zainab pom pujii...nih gmbar dowg::
dgn presenter yg mmg lawak...of coz la budak klate...ahaha....lawak spontan beb!
diorg mmg best ...powerpoint diorg, jeles aku tgk...ahaha..

tp yg xbesnyer, blom pom klas tamat, klas da makin kosong! lec pom xprasan kot..dorg kua pintu blkg..
tgk nih yer! memang lawak~

mula ada owg kn~

cantek x gmbo ni? masam ja cik ilah kiter tuh!
jeng3...dh ghaib~
hehehehe...
tempat ni muler2 penuh tw~ yg tu lak elia n kakwa~

hahaha...gnilah yer~
salah siapa? pembentang? lec? atw kami? hek3...lu pikirla sdri~
yg penting bg aku, TIDO lg beshhhh!! hahaha...
p/s : aku pom nk kuo, tp xdop geng..haha...si R n H blkg aku tuh bkn nk ikot pom~LOL~
TTFN~
BYE~