Benda yang baik dan menarik ni seeloknya kita kongsikan..hehehe..so, aku kongsikan kisah bekas Tutor aku masa tahun 1 dan tahun 2..En. Jamal Ismuni..Hebat dalam psikologi, hebat jugak mengarang story..macam Dr. Awang Idris jugak. LOL...Ok kisahnya bermulaa....
Aku tanpa teragak-agak turut melakonkan sebahagian watak penting dalam babak tersebut, "aduhhh!!!"
Merekapun ketawa terbahak-bahak.
Betapa kanak-kanak tidak memerlukan alasan yang besar untuk merasa gembira. Berbeza dengan orang dewasa. Ada yang ingin jadi kaya, berumah besar, berkereta berjenama dunia, beristeri jelita, bersuami kacak nan bergaya barulah boleh merasa gembira. Sungguh kecil konteks gembira dan bahagia. Bukan sahaja kita perlu memberi tunjuk ajar kepada anak kecil, kita juga perlu banyak belajar dari mereka.
"Beng...beng", Ah! Kali ini ranting mereka bertukar menjadi senapang patah pula. Jenuh aku melayan mereka lalu aku berkata "tak kenalah dik, abang elak", sambil tersenyum mereka berkata "abang mana boleh elak peluru, badan abang gemuk" dan mereka pun ketawa. Gembira memang tidak memerlukan punca yang besar.
Dan marah juga tidak memerlukan alasan yang besar "woi, ngejek ye!".. ''
Gambar hiasan cuma |
0 speaks:
Post a Comment