YA ALLAH
RINDU itu sungguh indah tapi menyeksa jiwa. Kala ini, hatiku berbisik rindu, aku terlalu merindukan kampung halaman. Membayangkan keindahan dan keseronokan berada dikampung. Kala ini, tiada yang buruk dalam fikiran. Membayangkan yang indah-indah saja. Walhal pasti tidak semuanya indah. Hurmm
Aku rindukan Farhan yang semakin membesar. Aku rindukan tilam dalam bilik yang diperbuat daripada kapas 100%, sejuk dan selesa bila berbaring. Aku rindukan dapur yang berbau arang. Aku rindukan sawah padi dikiri kanan dan dibelakang rumah. Aku rindukan kesejukan air telaga ditepi dapur. Dan yang paling aku rindukan, nasi yang ditanak oleh ibu, gulai yang dimasak oleh ibu, lauk pauk yang digoreng ibu, air yang dibancuh ibu ku..
Sungguh aku rindu suasana bising dirumah kerana adik-beradikku ramai. Sungguh ku rindu kenakalan adikku. Sungguh aku rindukan leteran dan bebelan ibu ayahku.
Ia tak semudah yang diungkapkan. Tetapi, Semoga aku reda dengan semua ini, nanti.
0 speaks:
Post a Comment