BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Monday, 16 December 2013

Salji di Mesir tanda kiamat?


Ramai brtanya adakah petanda kiamat apabila mesir dilanda salji? Jawapannya TIDAK, Rasulullah tidak pernah cakap , ianya satu Rahmat ~UAI

100 tahun dahulu Mesir pernah dilanda salji..Orang sekarang ni asal nampak benda pelik kata ada petanda kiamat...

Bagi aku, sebagai student pengajian alam sekitar, cuaca dah jadi kucar-kacir sebab manusia dah buat banyak onar atas muka bumi ni. Contoh, dulu banjir sinonim dengan bulan Disember sepatutnya terjadi dalam bulan Disember, tapi sekarang, sampai Mac pun tak habis lagi Monsun. Nothing impossible. Dengan kuasa ALLAH jugak mungkin 1 hari nanti salji mai dekat Malaysia pula. hopefully. LOL

Manusia yang rakus meneroka segalanya tanpa niat untuk meninggalkan sedikit untuk anak cucu. Oh mungkin sebab mereka belum ada cucu, so tak terasa sentimental. pfttt.
 

Thursday, 12 December 2013

That Feeling


You are strong when you take your grief and teach it to smile. You are brave when you overcome your fear and help others to do the same. Don't make a decision when you're angry, it's more likely to be wrong decision. No matter how badly people treat you, never drop down to their level, just know you're better and walk away. 

Be kind, but be cautious. Be humble, but be informed. Be friendly, but be reticent. After all, people are still people.

Smile. Why? Because it makes you attractive. It changes your mood. It relieves stress, and above all it is a Sunnah.

I am thankful for the difficult people in my life. They have shown me exactly who I don’t want to be. The strongest of people are those who maintain goodness even when the whole world seems to be going against them.

When you seriously ask Allah for forgiveness not only are all your sins erased but they're turned into good deeds.

Take Care.

Wednesday, 11 December 2013

Black Fish a.k.a Killer Whale


Tadi, dalam kelas Etika Alam Sekitar, ada tayangan dokumentari mengenai Black Fish atau Paus Pembunuh yang dilatih sama macam dolphin untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Tetapi, seorang trainer yang bernama Dawn, Perempuan, telah dibunuh oleh paus itu, yang bernama Mohamad Tilikum dengan cara menariknya kedalam air dan melemaskannya *if im not mistaken. 

Aku kurang faham jalan cerita sebab tak nampak subtitle. Rabun jauh. Hehe. Tapi, sambungan cerita tu adalah pada hari Khamis ni, nak tahu kenapa paus tu boleh membunuh sedangkan dekat luar (lautan) mereka dikenali sebagi friendly pada manusia. DAN aku pun tak faham kenapa ia digelar paus pembunuh sedangkan dia juga dianggap friendly dekat lautan. KENAPA?

Tapi, tujuan sebenar lecterur aku tayang cerita ni bukan sebab malas mengajar, tapi cerita ni mengajar tentang etika jugak. Manusia tak boleh buat haiwan-haiwan tu macam tu, latih dan seksa kalau buat salah, kurung dalam tempat sempit dan macam-macam lagi, sedangkan haiwan tu juga ada hak untuk bebas. Hah, belajar etika ni, macam aku cakap dalam previous post, memang semua benda ada HAK. Waima rumput yang kita pijak pun ada hak tau. LOL.

But now i presented to you, suspek kes ini, iaitu TILIKUM. 






















Tilikum ni ditangkap ketika usia 2 tahun, masa ni dia tengah duk bermanja dengan mak dia lagi.
Wuhuu, walaupun memang saiz dia besar, tapi mereka masih dianggap kecil okay. Kesian tengok video tu, orang-orang tu pisahkan kawanan baby-baby ni (Tilikum and friends) daripada mummy-mummy diorang. Kejam, right?

look really cute, right? Tapi Tilikum ni la yang membunuh trainer tu. 

FRIEND, OUTCAST, KILLER.


Boleh cari dokumentari pasal Black Fish dekat Youtube :)


Sunday, 8 December 2013

Hulurkan Tangan Ringankan Beban


Hidup memang kadang-kadang tak terjangka. Rezeki juga tidak terduga bila datangnya.

Tadi, dek keboringan yang amat sangat, aku turun ke bilik Siti. Kami berbual kat luar bilik dia, sambil makan keropok segera dan dodol lemak yang khas dibawakan dari Kelantan.

Sedang dok sembang, junior kami, Fifi lalu situ, dia ajak pi Dewan MBSA, untuk tolong-tolong packing barang yang nak dihantar ke tempat banjir, mungkin Terengganu or Pahang. Aku dengan Siti pun on jela sebab takdak mood (baca : malas) nak buat kerja.

Kitorang bertolak jam5.30petang dan berkumpul di depan FSSS sambil tunggu kereta lain. Ada 3 buah kereta semuanya. Then kitorang bertolak, lepas makan buah langsat (baca : sesat) kami sampai sana dalam jam 8 lebih. 

Asalnya dalam kepala aku duk terbayang nak packing some sort of roti + air and something like that, tapi rupanya lain.

Kami kena sorting and packing all the things yang didermakan oleh orang ramai untuk mangsa banjir. Takda makanan pun melainkan susu tepung. Tapi taktau la kot-kot memang ada makanan dalam lori sebelum-sebelum ni. Tapi baju sangat banyak terutamanya baju baby. Ada yang masih dalam packing yang bermakna masih baru. YA, memang kebanyakan barang adalah barangan yang terpakai. Kadang-kadang nak marah pun ada. Ada pulak yang buat tempat tu macam tempat buang baju yang taknak pakai. Sebab banyak baju yang kotor, koyak dan buruk. Ya, mungkin boleh buat kain buruk. Tapi, kenapa kotor? Mangsa banjir tu memang banyak masa nak basuh baju pun kan? Memang ada banyak sangat lah bekalan air bersih kan? Memangla kan? Haishh..

Tapi, memang aku bersyukur sebab ramai yang bagi derma tu. Aku rasa ada dalam 5 lori, penuh dengan kotak, yang mana dalam setiap kotak memang penuh barang. Ada baju kurung, tudung, seluar panjang, tuala and sewaktu dengannya. Alhamdulillah. Semoga semua tu sampai ditangan yang berhak. Maksud aku, baju baby mesti sampai dekat orang yang ada baby la..Takkan sampai dekat makcik tua pulak. LOL

Aku bersyukur satu benda lagi, memang sebelum ni aku ralat sebab tak dapat buat apa-apa untuk mangsa banjir. Time ni la nak jadi sukarelawan yer tak? Nak sumbang duit, faham-faham jela. Nak bagi baju? Hah baju yang ada dekat sini pun cukup-cukup. Hehehe..oleh itu, Alhamdulillah dapat sumbang sedikit tenaga..Kalau kami-kami (pelajar) tak tolong, mungkin NGO tu susah nak buat kerja kan? Lagipun semua dah tua-tua, tak larat nak punggah barang sampai larut malam and lain-lain..Kalau NGO tak tolong, beratlah sikit beban pihak lain kan. Sama-samalah berusaha. 

Semoga lain kali dapat sumbang lebih lagi. Kata-kata umpama doa ye tak? Aminn.





Saturday, 7 December 2013

Perkara Jodoh


Kalau yakin dan percaya bahawa rezeki itu dari Allah, mengapa perlu takut merancang masa depan...?

== Bersangka baik pada Allah...==

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya)
(Hadith Qudsi)


Begitu jugak dengan hal JODOH...mintalah jodoh yang baik-baik. Dont think negative ;)


















Thursday, 5 December 2013

Biar aku lepaskan rasa




YA, memang aku tak suka,
Tapi bukan selama-lamanya,
Dia memang annoying gila,
Tapi dia pernah buat aku gembira,

Dia paham apa aku rasa
Dia takut bila aku masam muka
Dia lari taknak jumpa
Dia cuba buat tak nampak ketara

Aku stress bila dia mengada
Aku rasa nak sekeh kepala dia
Aku menyampah bila dia tinggikan suara
Aku tahu dia eksyen saja

Buat semua apa dia suka
Orang buat dia kata salah saja
Dia patut cermin dia punya muka
Tahu buat orang marah saja

Ilmu setitik dia dah mula bangga
Perli orang straight atas muka
Nak dakwah pun ada cara
Belum dakwah, dia dah putus asa

Aku bukannya nak malukan dia
Aku cuma elak nak buka cerita
Nanti marah dapat apatah lagi dosa
Nanti dia pulak dapat pahala

Aku cerita ni tak sebut nama
Jangan perasan jangan percaya
Sapa-sapa saja boleh dikata
Tak kesah, jangan sampai bersengketa

Aku sabar sebab ALLAH ada
DIA tahu apa aku rasa
Orang lain tak boleh nak kata apa
Kalau marah meh jumpa depan mata


annoying


Dulu-dulu kalau banjir, biasa kena Kelantan dulu..then ada la 'segelintir' puak tu kan..hina Kelantan kaw-kaw, katanya sistem saliran Kelantan tak elok, PAS tak cekap memerintah etc etc..sama jugak kalau Selangor banjir..sejak kebelakangan ni, Pahang, Terengganu & Johor yang teruk kena banjir..baru 3,4 hari ni je Kelantan mula banjir..Selangor masih belum banjir, Alhamdulillah..

Ya ya ya ya..bila aku cakap macamni, akan ada 'segelintir' yang kata 'dah ketentuan Allah, tak perlu nak politik sangat la wei! Fokus la kat mangsa banjir dulu"

Yelah..kena batang hidung sendiri baru nak melenting, baru nak marah! Dulu, sedap2 kata kat orang lain. Walaupun Tuhan turun bala kat semua orang tak kira 'pegangan' apa, kadang2 kita boleh faham sebahagian dari niatNya..Dia buat kita berfikir : Siapa yang betul, siapa yang salah dan siapa yang sebenarnya BERKEHENDAKKAN BANJIR itu berlaku di sesetengah tempat atau tidak..bukan bergantung kepada infrastruktur semata-mata..

Kalau tak, kenapa KAY ELL yang ada terowong smart tu boleh jugak banjir walaupun hujan cuma turun tak sampai sejam?

Dah....habis aku bebel....kita doa semuanya selamat & banjir cepat surut..

*bukan ayat aku pun, tapi aku setuju dengan dia. Geram betul puak-puak berfikir sempit nih. -_-

Jangan Lupa