BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Seronok. Show all posts
Showing posts with label Seronok. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

Buat Kajiselidik di Kenanga Wholesale Centre


(hah, tajuk-tajuk BI jer sehari dua ni)

ALHAMDULILLAH kerja kami dipermudahkan. Siapkan segalanya walaupun boring dan bosan menguji diri. Sabar menempuhi walau ada ragam yang kurang digemari. Sabor jela..

Alhamdullilah kami selamat pergi dan selamat balik dari KWC atau Kenanga Wholesale Centre, berdekatan stesen KTM Hang Tuah, Kuala Lumpur. Dan ini merupakan kali yang pertama aku melangkah kaki ke pusat borong fesyen pakaian. Pernah dengar pasal KWC ni daripada Arda, katanya barang murah-murah. Sebenaqnya, kami ke KWC bukan nak gi shopping, tapi gi buat survey untuk assignment Group kami, untuk matapelajaran Sosiologi Penghijrahan. Dah tu apa kaitan S&P ni dengan shopping mall?? Tak, camni sebenarnya, kami gi buat survey pasal pengambilan pekerja asing dikalangan majikan dekat KWC tu. Kami pilih KWC sebab sambil nak kenal tempat, tempat tu juga luas dan memang ramai pekerja asing. Cuma taraf mereka tidak dapat dipastikan sama ada sah atau tidak sah. LOL

Tak susah nak mencari, daripada Stesen Universiti, kami beli tiket LRT berharga RM3.20 terus ke stesen Hang Tuah. Nak cari Kenanga, tidak susah tapi kena berjalan agak jauh, lebih kurang macam nak cari Sogo dari stesen LRTMasjid Jamek la. Bezanya, MJ lebih teduh manakala KWC ni laluan kereta motor.

Sesampai sahaja di stesen Hang Tuah, dan check out dari platform, tengok sebelah kiri, ada tangga turun ke bawah. Turun tangga tersebut dan jalan straight , lepas lalu satu bangunan besar tu, boleh belok ke kanan dan kemudian belok ke kiri. Lepas tu akan kelihatan besar gedabak KWC itu tersergam indah.

Bukan KWC saja, kedai-kedai kat luar tu pun banyak jual borong. SO, sesiapa yang berniaga pakaian, bolehlah berkunjung kesana. Murah sangat harga, dengan syarat, beli borong.

Ok, ni antara gambar ditempat kejadian ya anak-anak ,

















YA, bangunan kelabu itu adalah KWC.















Salah satu pintu masuknya..

















Bahasa Manusia lebih unik??


For your kind attention, bahasa manusia dianggap sebagai unik dan istimewa. Kenapa ya?

This topic was presented by myfriend, Shahida (minor in Psychology) but she did it very well. Even Dr.Awang looks impressive with her presentation. She is so presentative till someone stand up and asking stupid questions. HUH. What does 'that girl' think ha? Ok maybe its not good to humiliate or insulting her. Ok, just stop talking about her.

Language is a cognitive system that was born in your brain. So, seems that brain plays an important role in the language system. Kalau otak anda rosak, kemungkinannya adalah ia akan mempengaruhi fungsi memproses maklumat, so anda akan gagal berbahasa atau dengan bahasa mudahnya anda tidak boleh berkomunikasi/bercakap. 

Dalam otak, ada bahagian yang dinamakan Cerebrum, yang merupakan bahagian paling penting untuk kegiatan atau aktiviti bahasa ini.


















Dalam cerebrum ni ada bahagian kiri dan kanan.
Terdapat bukti kajian yang mengatakan otak kiri lebih dominan dalam proses berbahasa (Wernicke, Pakar Bedah Otak Jerman)
Otak kiri berfungsi untuk mengatur, menyimpan, memahami dan memproduksi bahasa untuk kita gunakan.
Manakala otak kanan lebih kepada perkara rumit seperti Matematik dan Sains.


















Tapi, kalau salah satu rosak, ibarat kedua-dua tak boleh digunakan sebab dia saling bergantung antara satu sama lain.

Macam mana dengan orang buta, bisu, pekak atau gabungan antaranya (sekaligus)? 
Orang bisu boleh mendengar dan melihat, tapi tidak berupaya untuk bercakap atau membalas balik. 
Orang buta boleh mendengar dan bercakap tapi tak boleh melihat, oleh itu mereka tidak mempunyai keupayaan visual. Pernah pensyarah aku tanya kepada seorang junior (buta tapi tak bisu) macam mana dia bermimpi. Dia kata, mimpi dia hanya mendengar suara, takda visual. Dia tak pernah melihat (buta dari kecil), so, otak dia tak pernah lihat dan simpan apa-apa visual untuk digambarkan kedalam mimpi dia. Sebab itulah manusia dikatakan UNIK melainkan mereka OKU, itu lain cerita. 

Binatang pun ada otak, tapi kenapa tidak boleh berbahasa dan bercakap seperti manusia? Jawapannya, sebab binatang sebenarnya tidak mempunyai sistem memproses maklumat. Sebab itu mereka tidak berupaya untuk menterjemah apa yang mereka lihat dan dengar. Tapi kenapa Cimpanzi, Dolphin, dan binatang lain yang cerdik dikatakan haiwan yang bijak sebab memahami apa yang manusia cakap? Sebenarnya mereka bukan memahami apa yang manusia cakap, tapi mereka dilatih melalui pelaziman. Aku pernah menonton video trainer melatih haiwan-haiwan seperti Dolphin ni. Mereka melatih haiwan-haiwan ni dalam tempoh waktu tertentu. Memang haiwan tu seolah-olah mendengar cakap dan latihan mereka berjaya, sebabnya, mereka (haiwan) akan dikenakan hukuman jika tidak berjaya membuat seperti yang diajar oleh trainer. Contohnya, tidak akan diberi makanan. Oleh itu, haiwan-haiwan tu jadi terbiasa atau lebih dikenali sebagai proses PELAZIMAN. Sama seperti burung kakak tua yang meniru percakapan manusia, walaupun sebenarnya mereka tidak memahami apa yang dicakapkan. 


im getting excited with this subject. LOL

Sunday, 8 December 2013

Hulurkan Tangan Ringankan Beban


Hidup memang kadang-kadang tak terjangka. Rezeki juga tidak terduga bila datangnya.

Tadi, dek keboringan yang amat sangat, aku turun ke bilik Siti. Kami berbual kat luar bilik dia, sambil makan keropok segera dan dodol lemak yang khas dibawakan dari Kelantan.

Sedang dok sembang, junior kami, Fifi lalu situ, dia ajak pi Dewan MBSA, untuk tolong-tolong packing barang yang nak dihantar ke tempat banjir, mungkin Terengganu or Pahang. Aku dengan Siti pun on jela sebab takdak mood (baca : malas) nak buat kerja.

Kitorang bertolak jam5.30petang dan berkumpul di depan FSSS sambil tunggu kereta lain. Ada 3 buah kereta semuanya. Then kitorang bertolak, lepas makan buah langsat (baca : sesat) kami sampai sana dalam jam 8 lebih. 

Asalnya dalam kepala aku duk terbayang nak packing some sort of roti + air and something like that, tapi rupanya lain.

Kami kena sorting and packing all the things yang didermakan oleh orang ramai untuk mangsa banjir. Takda makanan pun melainkan susu tepung. Tapi taktau la kot-kot memang ada makanan dalam lori sebelum-sebelum ni. Tapi baju sangat banyak terutamanya baju baby. Ada yang masih dalam packing yang bermakna masih baru. YA, memang kebanyakan barang adalah barangan yang terpakai. Kadang-kadang nak marah pun ada. Ada pulak yang buat tempat tu macam tempat buang baju yang taknak pakai. Sebab banyak baju yang kotor, koyak dan buruk. Ya, mungkin boleh buat kain buruk. Tapi, kenapa kotor? Mangsa banjir tu memang banyak masa nak basuh baju pun kan? Memang ada banyak sangat lah bekalan air bersih kan? Memangla kan? Haishh..

Tapi, memang aku bersyukur sebab ramai yang bagi derma tu. Aku rasa ada dalam 5 lori, penuh dengan kotak, yang mana dalam setiap kotak memang penuh barang. Ada baju kurung, tudung, seluar panjang, tuala and sewaktu dengannya. Alhamdulillah. Semoga semua tu sampai ditangan yang berhak. Maksud aku, baju baby mesti sampai dekat orang yang ada baby la..Takkan sampai dekat makcik tua pulak. LOL

Aku bersyukur satu benda lagi, memang sebelum ni aku ralat sebab tak dapat buat apa-apa untuk mangsa banjir. Time ni la nak jadi sukarelawan yer tak? Nak sumbang duit, faham-faham jela. Nak bagi baju? Hah baju yang ada dekat sini pun cukup-cukup. Hehehe..oleh itu, Alhamdulillah dapat sumbang sedikit tenaga..Kalau kami-kami (pelajar) tak tolong, mungkin NGO tu susah nak buat kerja kan? Lagipun semua dah tua-tua, tak larat nak punggah barang sampai larut malam and lain-lain..Kalau NGO tak tolong, beratlah sikit beban pihak lain kan. Sama-samalah berusaha. 

Semoga lain kali dapat sumbang lebih lagi. Kata-kata umpama doa ye tak? Aminn.





Thursday, 5 December 2013

Belajar Dari Melihat.














''Sewaktu di matrik, saya belajar pakai stokin/sarung kaki dari kawan2...

saya belajar dengan melihat mereka masih tetap memakai stokin walaupon bermain air dan pasir di pantai.... mereka biarkan seluar dan kain mereka basah.. sebab apa?? sebab mereka tahu aurat mereka yang perlu dijaga...

kenapa kita takot sangat stokin basah, kain basah sedangkan pakaian itu masih boleh dibasuh...?? kalo orang len nampak aurat kita?? caner tu?? caner nk basuh dosa kita, dosa orang yang memandang tu skali?? aish..nauzubillah..

berhati2 musim hujan nie.. jangan selak tinggi sangat kain tuu... ok??!! hehe

Belajar Dari Melihat.. Jomlah Kita Jaga Aurat.."



Petikan diatas adalah dari status seorang kawan FB. Aku sedar tentang dua perkara apabila melihat status kawan aku ni.

Pertama, YA..Memang proses pembelajaran berlaku apabila kita melakukan interaksi sosial dengan orang disekeliling kita. Interaksi boleh membawa kesan baik dan juga buruk. Macam budak kat atas ni, nampaknya dia telah belajar banyak perkara baik melalui interaksi sosial dia. Alhamdulillah.

Kedua, YA...aku juga belajar memakai stokin dan menjaga/menutup lengan dengan kawan-kawan jugak. LEBIH TEPAT lagi, dengan kawan-kawan PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN yang sangat berjasa pada aku. Aku bermula dengan rasa malu apabila berhadapan dengan mereka yang menutup aurat dengan sempurna, menjaga pertuturan, menjaga pergaulan, menjaga tingkah laku. Sangat osem. Akhlak mereka juga menghadirkan rasa cemburu dalam hati aku, betapa lembutnya, betapa jujurnya, betapa merendah dirinya budi bahasa dan sikap mereka. Lantas, slow-slow aku ubah diri aku. Yang aku ingat, mula-mula aku pakai sarung kaki tapi masih pakai seluar Jeans (biasanya seluar jeans ikut bentuk kaki). Selesa memakai sarung kaki tapi masih bertudung tidak labuh sepenuhnya. Ya, memang agak jahil tapi itulah pembawaan dari zaman remaja yang nakal.

Sekarang, Alhamdulillah. Aku bukan saja membiarkan stoking basah kerana ingin tetap melindungi kaki, tapi juga rela berpanas bila memakai tudung dua lapis (inner + tudung) untuk melindungi leher dari terbayang-bayang dari luar.

Menutup aurat perlu sempurna. YA, akan aku usahakan dimana jua. Semoga DIA yang maha Berkuasa mengampunkan semua dosa kita semua disebabkan kejahilan masa lalu :')

AMIN YA RABBAL ALAMIN.
























*Aku sungguh bersyukur padaMU Ya Allah kerna menemukan aku dengan teman yang menyedarkan aku dari lena dan lalai. 


Monday, 2 December 2013

APA yang aku belajar



I'm working with WORKING MEMORY right now until ever..haha

such interesting new knowledge to filled up into my brain (macam pelik ayat ni)

working memory memang menarik untuk dipelajari. Bila explore pasal ni (sebab nak buat esaimen) aku jadi lebih tahu daripada yang patut aku tahu. Aku mengkaji pengaruh working memory terhadap prestasi individu dalam pekerjaan. Aku memilih (sebenarnya menjumpai) jurnal berkenaan askar dan polis sahaja (sebab tak jumpa lain dah). Actually, kalau lagi banyak jurnal lagi bagus.

Aku dapat buat kesimpulan disini bahawa memang WM (singkatan untuk working memory laa, tanya lagiiii) sangat diperlukan dalam pekerjaan bahkan dalam hidup seharian juga. Mana ada orang tak guna WM. 

Tak caya? Aku bagi contoh ek..Bagi yang pakai kereta, masa korang (engkau orang) tengah drive kat satu jalan yang tak busy, alamak tiba-tiba kat depan lampu dah oren, dan bertukar merah sesampainya korang dekat traffic light tu. Tapi korang tengok jalan lengang / kereta dijalan bertentangan tu masih sangat jauh lagi nak sampai dan melintas. SO, mesti korang duk pikir nak lintas je atau nak tunggu, KAN? KAN? KAN???? Masa tu la korang gun WM korang tu. Kalau melintas korang risau takut kena saman, kalau tak lintas, lama pulak nak tunggu, lagipun jalan lengang je, dahla perut lapar, wife pulak suruh balik cepat sebab nak celebrate anniversary. Jadi korang boleh buat keputusan berdasarkan etika korang la. 

Maksud aku, kalau korang berani lintas, korang mesti berani jugak terima akibat kan? Korang lintas sebab korang malas nak tunggu, so itu dinamakan etika taleologi (lupa eja camana, nanti aku update). Etika taleologi mementingkan kesan dihujungnya perbuatan. Akibat yang berlaku bila melintas ialah wife korang tak merajuk dan korang boleh isi perut yang lapar. 

Kalau korang tunggu sampai lampu bertukar hijau, itu bermakna korang beretika deontologi. Etika ni sangat mementingkan kewajipan kita. Deon berasal daripada perkataan duty yang bermaksud kewajipan atau tanggungjawab. Kewajipan kita disini ialah masa lampu merah kena STOP, lampu oren kena STANDBY dan lampu hijau baru boleh JALAN. 

Setiap orang pasti menganut etika yang berbeza, kan? Etika-etika ini membincangkan hak semua benda, bukan hak manusia saja ya. Semut, pokok bahkan batu pun ada hak.

and FYI, itu adalah etika yang biasa sahaja. Belum kenal etika-etika yang lebih remeh. Contohnya , Lecterur aku pernah share satu etika (aku lupa nama) yang sangat rumit seperti pasir di bawah tapak kaki kita pun ada hak, maksudnya mungkin kita tak boleh pijak sesuka hati, atau rosakkan dia. I'm not sure about it cause i've never explore about it yet.

Tapi, most of the ethics, lebih mementingkan manusia , sebab apa? aku pun tak pastii..

ok, till then, BYE.

Apa-apa ETIKA sekalipun, semuanya ALLAH yang punya, walaupun setitik air. Perlulah kembali kepada ALLAH dalam membuat keputusan.



Saturday, 30 November 2013

How to Divide Your Attention More Effectively


How to Divide Your Attention More Effectively atau dalam Bahasa Melayu-nya Bagaimana untuk mem-Bahagikan Perhatian Anda dengan Lebih Berkesan.


Cara-caranya :

  1. Cuba buat 2 benda berbeza dalam satu masa. Contohnya membaca dan bercakap atau berlari sambil bercakap. Memang susah dan nampak mustahil kan? Sebab kita belum pernah cuba buat benda pelik ni lagi. Tapi kalau anda boleh guna area yang terpisah dalam otak itu dengan baik, anda mungkin berjaya. Tapi, otak anda tidak semestinya mengasingkan maklumat persepsi dengan jelas selaras dan selari dengan apa yang anda sedang fikirkan. Aku pernah cuba buat, contohnya sikat rambut sambil garu tempat gatal. Hehe. Susah jugak, kalau otak aku tumpu pada aktiviti sikat rambut, aku tak perasan bahawa aktiviti menggaru berhenti dengan sendiri. Macam mana nak pisahkan otak kepada dua? Tapi, yang aku paling suka buat ialah baca novel sambil dengar lagu atau makan nasi. YA, memang aku tak tahu pun lagu apa yang sedang dimainkan walaupun memang ada bunyi dekat telinga tu sebab tengah hadam cerita novel.
  2. Practice. Practice make perfect, right? Jadi, anda perlu sentiasa berlatih skill ni sebab otak kita memang boleh dilatih. Anda perlu mahir dan cekap dalam kedua-dua tugas itu tanpa bantuan apa-apa, walaupun anda tidak melakukan tugas-tugas itu pada masa yang sama, atau secara berasingan. TRY and error  banyak-banyak kali pasti membuahkan hasil.
  3. Keep it simple. Buat benda-benda yang simple sudah sebab yang simple memang hasilnya lebih mudah berbanding yang susah. Contoh yang simple, tengok TV sambil iron baju. HAHA. Contoh multitask yang susah ialah buat soalan Matematik sambil menulis novel. 
  4. Train your brain. Kita telah menunjukkan bahawa working memory boleh diperbaiki dengan latihan contohnya ialah seperti membantu orang ramai yang cacat penglihatan dan ia juga meningkatkan keupayaan penaakulan secara keseluruhan. Untuk train your brain, anda boleh cari apa-apa game menguji minda contohnya dalam laman Games For The Brain.....

So, lets try and GOOD LUCK babehh.


Minggu Ini Dalam Sejarah



Minggu ni minggu busy dengan urusan PRK.

Tak, bukan aku jadi calon mahupun wakil calon. Aku insan biasa-biasa sahaja yang mengharapkan siang sejuk dan malam menjadi panas sedikit. LOL

Biasa kita dengar Hari Ini Dalam Sejarah. Ni aku nak tukar sikit biar kena dengan situasi aku - Minggu Ini Dalam Sejarah.

Memang bersejarah betul la minggu ni sebab aku ada 1 kelas jer. Dua orang lecterur subjek major aku takdak. Sorang ke Sabah, sorang ke Bangkok. Subjek minor pulak, sorang batalkan kelas. Sorang lagi masih setia adakan kelas tapi hari Selasa je. Hari Khamis diumumkan semua kelas dari jam 1.00 - 6.00 petang dibatalkan. Kelas aku pulak start jam 2 hari Khamis tu. Kira takdak la tu. HEHE

Tapi minggu depan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii BEST weh. Kena submit TIGA assignment dan ada SATU presentation !
choyyy.

Wednesday, 11 January 2012

Rezeki Kami


Semase sedang hangat dengan exam, rezeki turun dari langit. thihihii..
dapat RM200 baucar buku kerajaan bagi untuk student..belila sesuatu yang dikatakan 'akademik' saja ya.
jgn meraban beli benda laen. memang xdibenarkan.

Anyway, THANKS a lot <3. Tak semua dapat Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) nih. Hanya students IPT sahaja..


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

KRITERIA KELAYAKAN : Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a) Warganegara Malaysia;

b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;

d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;

e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;

f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;

g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan

h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4. TEMPOH PELAKSANAAN

Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5. KADAR BB1M

Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR

a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;

b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;

d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;

e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;

f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;

g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;

h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI : http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html

p/s : kenapa bagi time exam? patut bagi awal sem. Student tak beli buku ilmiah masa last sem. Beli buku bukan ilmiah bolehlah.

Monday, 21 March 2011

im in love wif diz song *_*



T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia

( korus )
Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua




FATWA PUJANGGA ~ AISHAH