BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

KeRja Dimalam Hari ku



Malam ni, 4 haribulan Disember, dah masuk 5 Disember dah pun, bersamaan hari Khamis, di jam 3.34 pagi, aku dan Siti masih belum tidur..yihaaaa.

Buat apa? Siti tengah completing her slide for tomorrow's presentation (ok, memang Bi tunggang langgang pun)

Aku pulak tengah analisis Kes mahkamah untuk Akta Kualiti Alam Sekitar bagi tahun 2008-2013 nii..

Urm...tak ah..sebenarnya sejak 2 jam yang lalu aku dah stop..Hehehe..

laa ni duk ralik edit gambo pulak..carik gambo cun-cun dekat En.Gugel, lepas tu masukkan kata-kata cun lagi BEST yang aku jumpa. Banyak aku jumpa dekat page iluvislam.com English

Melarat pulak aku nih. Dahla keje banyak. Hehh..

nih la antara gambo-gambo yang aku edit. 
Moga bermanfaat pada semua ^_^













Dalam masa duk lepak kat Bilik TV ni, aku dan Siti ditemani siaran TV yang tak henti-henti. Saja bukak buat teman, tak da la sunyi jer. OH yaa, setakat ni kitorang dah tengok cerita semua bahasa. Mula Melayu, pastu Melayu lagi dan Melayu lagiii, lepas tu Hawai Five O, lepas tu cerita Hindustan (Salman Khan berlakon), Lepas tu cerita Melayu lagi, lepas tu cite Tamil (layankan jer, malas nak tukar channel), dan now tengah main cerita Cina pulak..haha..Well Done TV2.

Pasni taktauu..Tungguuuu.


Tuesday, 19 November 2013

Ye ke?

Masa hari orientasi pimpinan PMKUM sesi lepas ( masa tu aku jadi MT ), ada macam-macam sesi dibuat untuk tujuan mengeratkan silaturrahim dan mengubah ketrampilan diri supaya lebih bagus. Yela, pimpinan mestilah lagi bagus dari ahli-ahlinya. 

Dalam satu sesi tu, aku dengan tidak sedar mengaku yang aku ni seorang yang perahsia. 

Ya mungkin on one side aku jenis berahsia, on the other side aku jenis nak cakap jer, sampai tak sedar aku dah cakap benda tak sepatutnya yang sepatutnya jadi rahsia.

So, bila aku cakap aku ni 'perahsia', sorang kawan aku, laki, juga MT cakap

''Kalau perahsia, nape ada blog, twitter?''



Monday, 18 November 2013

Hang bukan budak lagii



FACEBOOK bukanlah satu medium yang sesuai untuk hang luahkan rasa tak puas hati jantung limpa mahupun ketiak hang pada sapa-sapa.

LEBIH-LEBIH lagi sebelum ni hang dah nasihat kat orang dengan lantangnya 

''kalau tak puashati jangan cakap kat fesbuk, cakap depan-depan apa salahnya, boleh settle baik-baik'' 

puihh..

YA. Mungkin budak tu 'tak matang, tak cerdik, tak patut' lepas geram dekat FACEBOOK tapi dia tu BUDAK. CLEAR?

Hang tu dah bukan budak-budak dah kawan.

Bukan kewarakan jer penting, kewarasan jugak penting ! 

^_^



Apa masalahnya?


Tajuk entri hari ni, memaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


Si A tegur si B begini ;

"Hang pakai baju jubah lagu ni macam nak tarik perhatian laki ja. Nak suroh laki tengok hang, nak suroh laki puji hang. Baik hang tak payah pakai jubah..''

Si B terus terkedu taktau nak cakap apa. Yelah, sebelum ni si B pun insan biasa-biasa saja, bukan ustazah bukan pakai tudung labuh, bukan niqabis pun. Tapi, dia tak serancak mulut si A. Dia pemalu, dia penyegan.

Dalam satu peristiwa lain, Si A pakai tudung saiz 45 tapi berjenama dan cantik (orang kata, bukan aku kata) , yang tu tak jadi masalah sangat. Yang jadi masalahnya tudung tu jarang, singkat dengan dia dan masih baru (ok, yang last tu bukan masalah). Dan dia pakai tudung tu time nak meraikan *kawan (yang dia minat) konvo.

*Mestilah laki, takkan perempuan minat perempuan pulak..

So, apa masalahnya?


p/s : aku tak mensyen sapa-sapa pun ya. so jangan ada yang perasan lebih-lebih.



Internet

Time internet SLOW gila khinzir tahap siput sedut masak lomak, kawan aku

'' please la internet,
aku nak buat keje (esaimen) niiiiiiii !!! "



Time internet lajuuuu, kawan aku jugak

'' eh, Hang dah tengok citer Umie Aida jadi keldai dadah tu? Kesiann dia kena tipu ngan mamat Negro tu''



Nampak tak permainannya?