Semua sihat?
Hari ni dah jadi hari ke 23 kita berpuasa dan
Khamis 8 Ogos depan kita akan menyambut hari raya AIDILFITRI. Hew hew hew.
Oleh itu, dekat sini sukacitanya aku nak share
pantun raya yang aku buat sendiri. Xcilok mane-mane tempat oke.
Makan ikan cicah budu
Jangan lupa tambah sambal
Balik raya jangan laju-laju
Nanti raya dalam spital
Ikan berudu dalam paya
Berudu makan buah mempelam
Kalau awak sayang nyawa
Jangan cuba main meriam
Beli mercun dari pasar Rabu
Pakai baju kaler biru
Syukur kita pada yang Satu
Boleh sambut raya dengan baju baru
Ayam lari masuk reban
Takut nenek buat rendang
Yang jauh jangan dilupakan
Yang dekat sentiasa disayang
demam raya dah tiba
anak-anak melompat gembira
pergi raya rumah saudara
eratkan silaturrahim sedia ada
ramadhan pergi syawal menjelma
kampung halaman terbayang dimata
hati riang tidak terkira
tapi keselamatan jangan dilupa
balik kampung satu keluarga
hendak menuju ke rumah bonda
jaga harta benda jaga keluarga
jangan terdedah pada bahaya
bawak kereta mesti hati-hati
jangan selalu potong-memotong
jangan jadi orang yang rugi
jangan pulak jadi sombong
apa yang salah apa yang kurang
marilah kita bermaaf-maafan
jangan amalkan sikap berdendam
sucikan diri di pagi Syawal yang dimuliakan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
untuk tahun 2013 bersamaan tahun 1434 Hijrah
0 speaks:
Post a Comment