saya cerita, awak bace !
Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang boleh memberikan manafaat bersama kepada semua, termasuklah kepada diri sendiri dan ahli keluarga serta saudara-mara dan rakan taulan. Petikan daripada Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran, himpunan oleh Wan Jamal Haji Wan Mat Saman dan susunan oleh Farah Natasha Jasmin.
Sebelas tanda-tanda mereka di kalangan orang yang telah dikurniakan kebahagiaan oleh Allah S.W.T dapat dilihat melalui sifat dan sikap mereka iaitu:
Manakala sebelas tanda-tanda kecelakaan juga boleh di kesan terhadap mana-mana Muslim yang ada pada mereka sifat dan sikap sebeperti berikut:

- Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat;
- Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran;
- Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu;
- Sentiasa memelihara solat lima waktu;
- Sentiasa berwaspada terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak;
- Bersahabat dengan orang yang baik-baik;
- Bersikap tawaduk, tidak sombong;
- Dermawan lagi pemurah;
- Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah s.w.t;
- Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk; dan
- Banyak mengingati mati.
Manakala sebelas tanda-tanda kecelakaan juga boleh di kesan terhadap mana-mana Muslim yang ada pada mereka sifat dan sikap sebeperti berikut:
- Rakus dalam mengumpul harta;
- Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia;
- Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang;
- Meremehkan solat lima waktu;
- Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa;
- Buruk budi pekerti;
- Berlaku bongkak dan sombong;
- Tidak memberi manfaat kepada manusia;
- Amat sedikit belas kasihan terhadap orang-orang yang beriman;
- Kikir; dan
- Tidak ingat mati.
0 speaks:
Post a Comment