saya cerita, awak bace !
Berdengkur adalah bunyi yang tidak menyenangkan semasa bernafas ketika tidur apabila sebahagian daripada saluran pernafasan seseorang mengalami masalah. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergeser dan bergetar di antara satu sama lain.
Kekerapan berdengkur terus meningkat mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan. Berdengkur mempunyai tiga tahap iaitu, peringkat pertama berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi. Kedua, berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan ritmanya yang sama rata. Akhir sekali,berdengkur yang serius dengan terhentinya pernafasan selama lebih 10 saat semasa tidur. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Di tahap ini dipanggil sebagai ‘sleep apnea‘ dan ia boleh membahayakan diri yang memerlukan rawatan selanjutnya.
ok itu serba sedikit mengenai dengkur dan ini pula cara nak mengatasi gangguan dengkuran..
- mengubah posisi tidur ini kerana Dengkuran terjadi kerana lidah tertarik ke belakang menutupi saluran pernafasan semasa tidur terlentang
- penurunan berat badan juga membantu mengurangkan masalah dengkur. Orang yang mengalami berat badan berlebihan mempunyai jaringan leher yang tebal dan meningkatkan risiko berdengkur.
- Jauhi alkohol dan ubat penenang.
- menyedut wap air sebelum tidur untuk menghindari hidung tersumbat
- melakukan pembedahan laser (LAUP).
- menggunakan alat pembuka saluran pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulut
oleh itu, bagi yang berdengkur , boleh lah amalkan ini :) atau bg yg mempunyai kawan berdengkur silalah bagi tips nih pd kawan anda itu :)))
p/s : y aku tulis benda alah nih? rumet aku ckp aku berdengkur, mungkin sobab lotih katanya. eh, iyakah? tak mungkin..die yg first ckp gitu tu...musykil3...==' mane nk letak muka ??
0 speaks:
Post a Comment