Memegang
amanah bukan seindah kedengaran.
Jauh
disudut hati, kurang yakin pada diri. Enggan gagal lagi.
Memegang
amanah umpama berdiri diatas satu tali, sebelah kesyurga, sebelah keneraka.
Jika berjaya sempurnakan, layakla kesyurga-NYA. Jika tidak, terimalah
padahnya.
Memang
bangga jika berdiri diatas. Cubalah renung pada kemampuan diri. Prinsipku,
usahlah meminta sesuatu amanah, tapi jika diberi, terimalah seikhlasnya, cuba
buat yang terbaik. Selebihnya berserahlah dan bertawakallah kepada-NYA. DIA
maha mengetahui segalanya.
Semoga
dikurniakan kekuatan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Impian
adalah milik kita. Coraklah apa sahaja untuk masa depanmu.
Tapi,
usahlah lupa bahawa manusia sememangnya hanya mampu merancang. Usah kecewa jika
tidak terlaksana, kerana mungkin belum masanya. Namun, jika menjadi kenyataan,
anggaplah ianya anugerah dari sang pencipta.
DIA
penuh kasih sayang pada hambaNYA yang meminta.
Namun,
tidaklah DIA memberi tanpa sebab.
Suratan
atau kebetulan, ia adalah takdir kita.
Terimalah…
0 speaks:
Post a Comment