BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 29 March 2011

cerita pasai kanak-kanak yuk..

ada x sape2 tatau haper tu kanak2? angkat tgn lurus2 bia nmpk ketiak...mwahaha!
lor, ramai gak yg tatau definisi makna kanak2...bla..bla...bla...
owkeyh, meh aku story sket,.
.........Kanak-kanak atau (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh...........
so, maksudnya disini, kanak2 nih makhluk yg belum remaja waima dewasa! peringkat awl tp bukan baby, selepas baby! xpaham jugak? meh aku tunjuk gambo lop, nih dia kanak2 ya incik2 n puan2...

haa...tu la kanak2...fuhh...lotih eden,..!

ok, story ptma sal kanak2 :


Li Jingchao mempelajari sebuah pengajaran yang berharga agar sentiasa berhati-hati apabila anda memilih sesuatu untuk mencucuk hidung anda, setelah satu operasi pembedahan dilakukan bagi membuang sebatang penyepit makanan daripada otaknya.

Menurut doktor, budak lelaki 14 bulan itu bermain-main dengan sebatang penyepit selepas dia terjatuh. Dia mula mencucuk sebatang kayu chopstik ke dalam hidungnya sehingga begitu dalam dan tertembus ke dalam otaknya.

"Ia masuk ke dalam otaknya, empat sentimeter penyepit berada di dalam tengkoraknya," Dr Sun Wei memberitahu CNN.

Ibu budak lelaki itu tidak melihat kejadian itu berlaku, tetapi berkata dia datang berlari apabila mendengar budak lelaki itu mula merengek.

"Saya sedang membasuh pinggan mangkuk. Saya berlari dan nampak dia terbaring di atas tanah. Dia tidak berhenti menangis dan saya ternampak sebatang penyepit makanan tersangkut di dalam hidungnya."

Pada mulanya ibu bapanya membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik tempatan, tetapi doktor teragak-agak untuk membuang penyepit itu, bimbang ia mungkin menyebabkan perdarahan yang teruk. Setelah didesak seorang ahli keluarga yang bimbang, ia menghulurkan bantuan dengan memandu ratusan batu ke Beijing di mana dia boleh dirawat dengan sempurna di sebuah hospital besar bandaraya.

"Saya hanya berfikir yang ia sudah tiada harapan, anak lelaki saya akan mati," bapanya, Li Guanglai berkata. "Semasa 10 jam memandu saya berasa tertekan. Saya hampir tidak bernafas. Saya memandang anak lelaki saya dan badan sebelah kanannya tidak bergerak. Dia telah lumpuh."

Doktor-doktor bedah di hospital itu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kepala budak lelaki dicukur sekiranya mereka perlukan untuk melakukan pembedahan bagi menghentikan pendarahan dalam otak. Bagaimanapun, apabila mereka cuba untuk menarik penyepit keluar, ia hanya meluncur keluar. Tiada pendarahan atau sebarang komplikasi.

Doktor menyatakan jika penyepit tercucuk jauh lebih dalam, ia boleh menimbulkan perdarahan yang banyak, dan jika ia telah termasuk lebih sedikit ke sebelah kiri atau kanan, budak lelaki boleh akan kekal lumpuh.

"Kedudukan penyepit itu adalah amat...amat bertuah untuk beliau," Doktor Sun berkata.


sTory kedua :


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun secara misteri mula ketagihan menghisap rokok dan minuman alkohol selepas terselamat daripada satu nahas jalanraya.

Ya Wen telah merokok sehingga sekotak rokok sehari sejak kemalangan itu tahun lepas apabila beliau dilanggar oleh sebuah van yang laju.

Ibu bapanya mengatakan bahawa personalitinya telah berubah sejak ia keluar daripada hospital, di mana pulih selepas daripada kecederaan parah dan koma selama lima hari.

Ibunya Gao berkata dia mula berkelakuan seperti orang dewasa.

'Dia suka minum,' katanya. 'Tiga gelas besar bir bukan masalah padanya.'

Ibunya, yang mengutip sampah untuk dijual di Huizhou, China, berkata dia mendapati anak perempuannya bersembunyi dalam sebuah tandas sambil merokok dengan rokok milik bapanya.

Mulanya dia hanya mencuri, tetapi kini dia sudah berani mendapatkannya secara berhutang dari sebuah kedai runcit tempatan.

Pemilik kedai berkata Ya Wen sering datang dan mengambil beberapa bungkus rokok.

'Kami sangkakan dia membeli untuk bapanya,' katanya.

Puan Gao, yang tinggal di pondok perlindungan, berkata anak perempuannya kini telah gian menghisap sejak setahun dan juga telah berubah penampilannya dalam berpakaian.

'Dia hanya sukakan pakaian budak lelaki. Jika kami tidak membelikan untuknya, dia akan menangis dan memberontak.'

Bapa Ya Wen kini telah berhenti merokok dan keluarga mereka telah berpindah ke tempat yang lain, tetapi dia masih menangis untuk mendapatkan rokok jika ia melihatnya dimana-mana.

Sumber : Daily Mail

story ketiga :

Kanak-kanak al-Qaeda




Kelihatan seorang anak gadis kecil sambil menghisap dua jari-jarinya - tanpa rasa gentar menggenggam sepucuk senapang AK-47 yang hampir sebesar dirinya.

Kanak-kanak kecil, berpakaian Islam bergaya dengan senjata itu dan menggelar diri mereka "Widowmaker" sebagai sebahagian daripada satu propaganda yang dikeluarkan oleh pihak Jihad Union Islam, yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.


Kumpulan ini yang mensasarkan serangan kepada askar British dan askar Amerika Syarikat dari sempadan Pakistan - juga turut menggambarkan lima orang kanak-kanak lain dengan senjata berat di hadapan satu bendera Islam.


Tiga orang budak lelaki berusia lima hingga enam tahun juga digambarkan sedang mengacu-acukan senapang.

Tory MP dan bekas tentera Patrick Mercer berkata: "Ini merupakan penggunaan paling tidak bermoral terhadap kanak-kanak."

Inayat Bunglawala, dari Majlis Islam Britain berkata: "Ia tidak boleh diterima apabila mereka gunakan kanak-kanak untuk tujuan-tujuan propaganda murahan."
story keempat :

Nur Adlina Mohd Adnan,19, (kanan) mengiringi jenazah anaknya Mohd Adam Abdullah yang ditemui selepas tiga hari hilang setelah terjatuh ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Taman Desa Mesra, Permatang Badak di sini.
SEBAK ... Nur Adlina Mohd Adnan,19, menatap wajah Mohd Adam Abdullah buat kali terakhir selepas mayat anaknya ditemui di dasar Sungai Kuantan di Kampung Belukar hari ini.
Mayat Mohd Adam, 3, ditemui pasukan penyelamat pada pukul 6.10 petang, kiraa-kira lapan kilometer dari tempat kejadian.

Mohd Adam dipercayai jatuh ke dalam tali berhampiran rumahnya di Taman Desa Mesra, Permatang Badak di sini pada Sabtu lepas semasa bermain bersama dua kanak-kanak lain di atas jambatan kayu talia air berkenaan.


Sumber : Bernama

bnyk agy la....tp stkat ni dulu ea


0 speaks: