BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 21 March 2011

lawakkah?


kekasih accident teruk,banyak darah hilang.disebabkan terlampau cinta,c boyfren pun menderma darah.selepas setahun,kekasih curangdan putuskan hubungan.C boyfren bkata"tak kenang budi punya pompuan!bagi balik darah yang aku derma dlu...!"C kekasih yang sedang datang bulan membalingkan kotexnya ke arah xboyfrennya itu dan berkata,"NAH..!Aku bayar ansur2tiap2 bulan...


Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.





Suatu hari kat dalam hutan...




Monyet : Tarzan..., kenapa engkau sorang je yang pakai
cawat? Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ke?
Tarzan : Tak ada apalah!
Monyet : Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?
Tarzan : Aku kata tak ada..., tak ada lah!

Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. So dia
pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk congkel
rahsia Tarzan.

Seperti biasa, sebelum mandi Tarzan mesti buka cawat dia
(itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok aja keadaan
Tarzan yang berbogel tu, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.

Monyet : Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan


## jika tidak dapat apa yang kita suka.. belajarlah menyukai apa yang kita dapat ##

## bila kita menyukai apa yang kita dapat, kita akan menghargainya ##


Pak Pandir dan ubi kayu
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai
 mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya

 kat sini...

dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....

dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.



Pak Pandir dan Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila
 pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih : Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni?

hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih : Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan

tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi

mampos la tu.

Mak Andih: ???


Tua
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....


Pagar tinggi
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu,
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya

 lagi.
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang

 berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka kelauar dari kawasan 

kurungannya
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab,

 "Mungkin sehingga
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam

 seterusnya".


Kerana cemas
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin.
 Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."


Duit dan air

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.


Pendengar terakhir
Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk 
mengajar anak kucing tersebut bercakap...

Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkapa walau

 sepatah
haram pun...

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaipan.. kucing tersebut mula berkata2..
"Hey, AWASSSS ... rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu."

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan 

tiba-tiba rantai besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya...

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata..
"Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap...

engkau tidak mahu mendengarpun cakapku...

0 speaks: