- Cuba buat 2 benda berbeza dalam satu masa. Contohnya membaca dan bercakap atau berlari sambil bercakap. Memang susah dan nampak mustahil kan? Sebab kita belum pernah cuba buat benda pelik ni lagi. Tapi kalau anda boleh guna area yang terpisah dalam otak itu dengan baik, anda mungkin berjaya. Tapi, otak anda tidak semestinya mengasingkan maklumat persepsi dengan jelas selaras dan selari dengan apa yang anda sedang fikirkan. Aku pernah cuba buat, contohnya sikat rambut sambil garu tempat gatal. Hehe. Susah jugak, kalau otak aku tumpu pada aktiviti sikat rambut, aku tak perasan bahawa aktiviti menggaru berhenti dengan sendiri. Macam mana nak pisahkan otak kepada dua? Tapi, yang aku paling suka buat ialah baca novel sambil dengar lagu atau makan nasi. YA, memang aku tak tahu pun lagu apa yang sedang dimainkan walaupun memang ada bunyi dekat telinga tu sebab tengah hadam cerita novel.
- Practice. Practice make perfect, right? Jadi, anda perlu sentiasa berlatih skill ni sebab otak kita memang boleh dilatih. Anda perlu mahir dan cekap dalam kedua-dua tugas itu tanpa bantuan apa-apa, walaupun anda tidak melakukan tugas-tugas itu pada masa yang sama, atau secara berasingan. TRY and error banyak-banyak kali pasti membuahkan hasil.
- Keep it simple. Buat benda-benda yang simple sudah sebab yang simple memang hasilnya lebih mudah berbanding yang susah. Contoh yang simple, tengok TV sambil iron baju. HAHA. Contoh multitask yang susah ialah buat soalan Matematik sambil menulis novel.
- Train your brain. Kita telah menunjukkan bahawa working memory boleh diperbaiki dengan latihan contohnya ialah seperti membantu orang ramai yang cacat penglihatan dan ia juga meningkatkan keupayaan penaakulan secara keseluruhan. Untuk train your brain, anda boleh cari apa-apa game menguji minda contohnya dalam laman Games For The Brain.....
Saturday, 30 November 2013
How to Divide Your Attention More Effectively
Attention
story of Unknown at Saturday, November 30, 2013 0 speaks
Minggu Ini Dalam Sejarah
story of Unknown at Saturday, November 30, 2013 0 speaks
Ada Orang Belanja
Minggu lepas Siti gi bilik aku bawa dua bungkus nasi lemak untuk aku (dan Arda). Aku tanya dia siapa bagi? Dia kata ada orang belanja. Dia tak bagitahu sapa. Malas nak paksa - sambung tidur.
Malam ni pulak, Siti bagi burger. Peh, dahla aku memang lapar. Tapi musykil juga aku siapa bagi, Siti masih nak berahsia. Katanya orang tu banyak duit sangat kot.
Aku dah dapat agak sapa. Tapi kenapa?
P/S : Kepada 'situkang belanja', aku tak kisah n tak marah pun hang rajin nak belanja. Semoga murah rezeki hang dan bolehlah hang belanja aku selalu. Heh.
story of Unknown at Saturday, November 30, 2013 0 speaks
Labels: friendship, Misteri, Rezeki, Terharu, UM
Memori Tercipta
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
story of Unknown at Saturday, November 30, 2013 0 speaks
Labels: antropologi, friendship, Memori, Nostalgia, UM
Sinopsis Mata Kucing
Mata Kucing
story of Unknown at Saturday, November 30, 2013 0 speaks
Labels: bestfriend, Fiksyen, Novel, teruja, UM
Thursday, 28 November 2013
Kemenangan besar PRO-M dalam Pilihan Raya Kampus UM
(KERUSI UMUM)
ZON 1:
MUHAMMAD KAMARUL BIN SETAPA (PRO-M)
FAHMI BIN ZAINOL (PRO-M)
ZON 2:
MUHAMAD AMIRUDDIN BIN ALI (PRO-M)
KEVIN GAN WAI MING (PRO-M)
ZON 3:
HAW YU HONG (PRO-M)
PUTRA IRWANSYAH BIN JALIL (PENGGERAK)
ZON 4:
TEH DICK SHEN (PENGGERAK)
NURUL SYAMIMI MUNIRA BT MOHAMED (PRO-M)
ZON 5 (IPS):
CHIONG YOKE KONG (PRO-M)
(KERUSI FAKULTI)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM:
LUTFI BIN JUWAINI (PRO-M)
SITI MARYAM JALILAH BT ROSLAN (PRO-M)
-2 KERUSI MENANG TANPA BERTANDING-
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU:
SITI AISHAH BT FAUZI (PRO-M)
MUHAMMAD SYAFIQ BIN HAMDAN (PRO-M)
FAKULTI ALAM BINA:
IZHAR MUSTAQIN BIN MADISA (PENGGERAK)
LESTER NG HONG WENG (PENGGERAK)
FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK:
ANIS NABIHAH BT ALIAS (PRO-M)
WAN NOURUL ADNIN BT AB AZIZ (PRO-M)
FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN:
CHAN YOON SANG (PENGGERAK)
MOHD SHAHRUL HAFRIZ BIN NORAZMI (PENGGERAK)
FAKULTI KEJURUTERAAN:
LEONG YU SHENG (PRO-M)
LEE JIN YANG (PRO-M)
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN:
ABU RAIHAN BIN KHALIZAN (PRO-M)
LEE CHIN YUNG (PENGGERAK)
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL:
MOHD HAFIZI BIN RAHMAT (PRO-M)
NUR AFIQ ASNAWI BIN ABU BAKAR (PENGGERAK)
FAKULTI PENDIDIKAN:
MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN KAMARUDDIN (PRO-M)
PENINA CRYSTAL ANAK PHILIP (PENGGERAK)
FAKULTI PERUBATAN:
NURUL FARHANA BT MOHD AMIN (PRO-M)
KELVIN KHOO WEI SHEN (PENGGERAK)
FAKULTI PERGIGIAN:
ABDUL AZIM BIN ABDUL RAZAK (PRO-M)
WONG CHEE SOON (PENGGERAK)
FAKULTI SAINS:
MOHD FARIDZUAN BIN KARIM (PENGGERAK)
ALIF ZAKI BIN AMINUDIN (PRO-M)
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT:
IDZWAN FARIZ TAN BIN MOHD ADI TAN (BEBAS)
ADAM FISTIVAL WILFRID (PRO-M)
FAKULTI UNDANG-UNDANG:
LIM CHOO CHING (BEBAS)
ABRAHAM AU TIAN HUI (BEBAS)
PUSAT SUKAN:
LIN JIN SHEAN (PRO-M)
MOHD HAFIDZI A KARIM (PENGGERAK)
PUSAT KEBUDAYAAN:
FIDELIA CHAN XUE NING (PRO-M)
ANG HUI SAN (PENGGERAK)
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH:
MUHAMAD AKMAL BIN RAZALI (PRO-M)
MUHAMMAD SYAHRUL DEEN BIN AHMAD ROSLI (PRO-M)
JUMLAH:
PRO-MAHASISWA: 7 KERUSI UMUM/19 KERUSI FAKULTI
PENGGERAK: 2 KERUSI UMUM/12 KERUSI FAKULTI
BEBAS: 3 KERUSI FAKULTI
JUMLAH KESELURUHAN:
PRO-MAHASISWA: 26 KERUSI
PENGGERAK: 14 KERUSI
BEBAS: 3 KERUSI
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PRO-MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA!
Pilihan Raya Kampus UM 13/14
KERUSI UMUM (JUMLAH - 9 KERUSI)
PRO-MAHASISWA : MENANG 7 KERUSI
PENGGERAK MAHASISWA : MENANG 2 KERUSI
KERUSI FAKULTI (JUMLAH - 34 KERUSI) :
PRO-MAHASISWA : MENANG 19 KERUSI
PENGGERAK MAHASISWA : MENANG 12 KERUSI
BEBAS : MENANG 3 KERUSI
KESELURUHAN (JUMLAH - 43 KERUSI):
PRO-MAHASISWA : MENANG 26 KERUSI
PENGGERAK MAHASISWA : MENANG 14 KERUSI
BEBAS : MENANG 3 KERUSI
-Berita Universiti-
Alhamdulillah.
Tahniah dan takziah diucapkan kepada Pro Mahasiswa Universiti Malaya. atas kemenangan dalam PRK UM Sesi 2013/2014. Semoga dengan kemenangan ini, suara dan harapan mahasiswa-mahasiswi UM akan dapat diangkat dan terus diperjuangkan demi memelihara serta meningkatkan kebajikan mereka.
"Kemenangan ini adalah kemenangan mahasiswa"
YB Muhammad Kamarul Setapa, Calon YDP MPMUM 2013/2014
Pro Mahasiswa Universiti Malaya. menang 26 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan pada PRK UM sesi 2013/14 yang diadakan pada 26.12.2013. 14 kerusi milik PENGGERAK MAHASISWA dan 3 lagi bebas.
Kamarul Setapa juga menggesa seluruh mahasiswa UM untuk sama-sama membantu barisan MPMUM yang bakal dibentuk untuk memacu Universiti Malaya ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan statusnya sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan apa yang dipimpinnya" - Hadis riwayat ibnu umar
Selamat memimpin saya ucapkan kepada barisan kabinet MPMUM yang baru kelak. Lakukan sehabis baik untuk kami mahasiswa UM. Tiba masa segala manifesto untuk dikota.
RIndu Pada Dia
Pagi tadi, after Subuh prayer (speaking berterabur), aku tiba-tiba rasa RINDUUU sangat pada Farhan, anak saudara kesayanganku. Walaupun dia sangat nakal, yet suka mengacau, tapi aku rindu nak dengar suara dia. Rindu nak dengar dia cakap 'chik comey' .Bukanlah sebab aku perasan aku comey tapi budak tu suka ajuk cakap orang. Aku suka cakap dia comey sebab aku sayang dia. Tapi selalunya dia akan balas balik 'chik comey' ..comel jer dia masa cakap macam tu.
Aku rindu nak peluk dia, dukung dia. Walaupun dia dah agak tinggi n berat (maklumlah dah 4 tahun), tapi aku masih larat nak dukung dia. Ma n Abah aku selalu marah-marah sebab manjakan dia.
Aku rindu nak manjakan dia. Dia selalu nak aku mandikan dia, pakaikan dia baju, suapkan dia nasi. walaupun mama dia ada..Mungkin sebab aku jarang balik.
Hurmmm..aku still RINDUU dia sampai la ni dan saat nii.
takpa, sabar duhai hati...kita tunggu Study Week ni..
kalau takdak rezeki nak balik, kita boleh balik after exam ni,
walaupun lambat nak tunggu tengah bulan 1, tapi kita kan boleh tunggu.
FOKUS pada esaimen, daily chores, kawan-kawan, dan exam..cepat jer masa akan berlalu ;)
Wednesday, 27 November 2013
Ni la yang kami nakk
- Library dekat Fakulti Sastera
- Water heater/cooler diwujudkan dan selalu ditukar
- Tempat untuk
lepakstudy ditambah sebab student FSSS boleh tahan ramaii. - Wifi boleh laju sikit tak?
- Masjid UM (unibesiti lain ada masjid sendiri, JELES n MALU k)
- Kafe dengan harga Students (PTPTipuuu xcukup dengan yuran UM yang mahal-mahal ni)
- Jalan dekat Fakulti Bahasa diperbaiki, bahaya terutamanya untuk OKU, pernah terjadi sorang student OKU hampir-hampir dilenyek bas sebab bas tengah turun bukit dengan lajunya.
- Macam biasa, Wifi WAJIB diperlajukan pergerakan dia yang sebelum ni macam siput sebab senang students nak
main game dan tengok movieSTUDY. - lagi ape? dah tu jer setakat nii.
story of Unknown at Wednesday, November 27, 2013 0 speaks
Mari Mengundiii
story of Unknown at Wednesday, November 27, 2013 0 speaks
Tuesday, 19 November 2013
Aku masih diberi peluang oleh-NYA
story of Unknown at Tuesday, November 19, 2013 0 speaks
Labels: bestfriend, Kerenah, Terharu, UM
Ye ke?
So, bila aku cakap aku ni 'perahsia', sorang kawan aku, laki, juga MT cakap
''Kalau perahsia, nape ada blog, twitter?''
story of Unknown at Tuesday, November 19, 2013 0 speaks
Labels: friendship, Lawak, UM
Aku ada kawan yang suka kritik.
P/s : Sometimes all I want is for people to leave me alone and not judge me.
story of Unknown at Tuesday, November 19, 2013 0 speaks
Labels: ethics, friendship, Kerenah
Monday, 18 November 2013
Marah
*kalau aku marah dengan orang tu, aku sangat berharap aku tak jumpa dengan orang tu dalam masa 2 3 hari, sebab hasilnya pasti orang tu akan 'terasa hati'. Sebab, aku takkan dapat buat muka senyum.
story of Unknown at Monday, November 18, 2013 0 speaks
Labels: Kerenah
Hang bukan budak lagii
story of Unknown at Monday, November 18, 2013 0 speaks
Labels: friendship, Kerenah, Lawak
Apa masalahnya?
*Mestilah laki, takkan perempuan minat perempuan pulak..
p/s : aku tak mensyen sapa-sapa pun ya. so jangan ada yang perasan lebih-lebih.
story of Unknown at Monday, November 18, 2013 0 speaks
Internet
aku nak buat keje (esaimen) niiiiiiii !!! "
Nampak tak permainannya?
story of Unknown at Monday, November 18, 2013 0 speaks
Labels: bestfriend, Kerenah, Lawak, Teknologi, UM
Aku budak KOLEJ
story of Unknown at Monday, November 18, 2013 0 speaks
Sunday, 17 November 2013
Ramai pulak yang kawin
Tapi, yang aku tahu, ramai-ramai yang kawin tu, cuma majlis Jannah dan Syafiqah yang aku attend sebab masa tu cuti. Selain daripada tu, hanya ucapan TAHNIAH di Facebook sahaja. kih kih kih. Jimat duit beli hadiah, boleh gitu? HA HA HA..tak baikk..
Friday, 15 November 2013
Bubur Assyura Pulau Pinang
300 gm. kacang tanah
300 gm. kacang merah
300 gm. biji sagu
300 gm. kacang hijau
3 ketul ubi keledek merah atau kuning
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
1 ikat pisang raja yang masak
4 helai daun pandan
300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur)
100 gm gula melaka / gula kabung
200 gm. gula putih
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa
CARA CARA MEMBUATNYA:
1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk.
2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam.
3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu.
4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan.
5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer...bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam.
6. Dah siap....kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2....mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.
So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta'ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.
Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.
Sumber daripada: SINI
Bubur Assyura Perak
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara-Cara
1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.
p/s : boleh dimasukan isi durian..lagi bertambah sedap
Sumber daripada: SINI
Bubur Assyura Terengganu
1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam
Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]
Cara-cara
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan
Snow Cheese Cake yang meleleh
My Favourite Snow Cheese Cake leleh OLEH : Cik Puan Mizi
Bahan-bahan :
6 biji telur - buang 2 bj tlur putih
100 gram gula kastor
100 gram tepung superfine / tepung gandum
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
75 gram mentega - dicairkan
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. 2.Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8"
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C. Dh masak,terus terbalikkan kek atas redai,dan biar sejuk
Krim Cheese :
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.
Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut CARA LAYERKAN KEK . -Potong kek kpd 3,letak 1 kek sapu krim,dan lapiskn smpai hbis,last salut dgn cheddar.. #cream cheese dh mmg meleleh,kalau nak pekat,kurangkan kuantiti susu pekat.
story of Unknown at Friday, November 15, 2013 0 speaks
Bubur Asyura Johor
-2-3 senduk santan ( atau 1 cawan jer senang )
-1 labu bawang besar*
-4 ulas bawang putih*
-1 inci* bahan * dikisar
-2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang (atau pilih salah satu)
-1 sk serbuk lada putih
-1 sk / lebih serbuk lada hitam
Segala jenis kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll) – direndam semalaman
-sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
-Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
-Garam+gula secukup rasa
-Bawang goreng
-4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
-1 pkt sup bunjut
-Rempah 4 sekawan
-Air secukupnya
-Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam
-1/2 sk serbuk jintan putih ( tambahan )
Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar
Cara membuat :-
2. Bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika
3. Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika.
5. Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot
6. Selepas kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu )
7. Perasakan dengan garam secukupnya
8. Bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur )
9. Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( Boleh tambah serunding ikan ).
Bubur Asyura Kedah
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka
Cara-cara:
1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.
All About Wedding...Soonn.
1. KAD KAHWIN idaman qolbu. Style Jeans dengan tulisan menyerlah dan susunan isi kandungan straight bukan macam dalam gambar. Kecuali tulisan 'Raikan Cinta'..Style sangatt..Tapi ni ialah cantik dimana untuk masa sekarang jer, in future, maybe there's more latest and coolest wedding card or i'll just DIY mine. Nobody knows what will happen in future, right?
Sumber : http://www.facebook.com/kadkahwin4udotcom |
2. KEK atas dulang hantaran - mesti kek Cheese macam kat bawah ni. Yummy. Tiada kompromi kecuali ditukar dengan kek buah atau pavlova. Heee..Aku bukan peminat tegar kek, satu slice pun dah okay. Tapi aku peminat cheese yang tegar. Selain tu, aku juga suka tempe dah tauhu telur. Tapi mana ada orang bukan kek dengan benda tu kan? haha. okay not funny.
RESEPI KEK : SINI Sumber : SINI |
Sumber : http://our-wedding-journal.blogspot.com/2012/01/review-doorgift-botol-jar.html |
Sumber : http://our-wedding-journal.blogspot.com/2011/01/tutorial-gubahan-kek-telekung.html |
5. PELAMIN ! Simple tapi nampak mewah. Gambar dekat bawah ni sebenarnya cuma DIY, bukan ditempah dimana-mana. and FYI, ni bukan pelamin I, tapi pelamin akak ni. Barang-barang dan bahan-bahan nak bina pelamin ni sangatlah mudah dan boleh buat sendiri. Boleh recycle balik untuk adik-adik kahwin nanti atau boleh buat hiasan kat rumah. Memang jimat sangat belanja.
Sumber : http://our-wedding-journal.blogspot.com/2011/10/review-diy-mini-pelamin.html |
Lagi apa ya? Bila teringat, boleh update lain kali. BYE !
Tudung Turki ku yang baru . Hehehe
Asalnya aku langsung tak terfikir nak beli sebab duit dah semput jugakla ni. Lagipun, aku bukan jenis uptodate kepada fesyen-fesyen ni tapi memang aku tengah cari tudung untuk 2 helai blouse baru aku tu. Lagipun, sekali sekala beli baru apa salahnya. Agak memboringkan jugaklah kan pakai tudung sama gi kelas. Padahal bukan orang perasan pun kita pakai apa, warna apa. Lainlah kita ni model atau ada secret admire (yang mustahil terjadi padaku) LOL. Tapi harga dia jual lagi murah dari pasaran, cuma RM25, dapat RM23 bila kitorang beli banyak-banyak, kalau dekat luar, ada yang RM39, ada RM30 dan mungkin lebih. Bijak membeli, menang memakai. Itulah prinsip terbaik untuk wanita yang suka membeli. Hehehe.
story of Unknown at Friday, November 15, 2013 0 speaks
Labels: friendship, gathering, Kerenah, telekung, teruja, UM
Thursday, 14 November 2013
Rasa Hati
story of Unknown at Thursday, November 14, 2013 0 speaks
Kisah Dalam Sehari
Tengahari tadi aku mengucapkan TAHNIAH pada seorang kawan fakulti aku, LELAKI, juga orang Kelantan kerana sekali lagi berjaya mendapat Dean dalam exam lepas..tetapi baru tadi aku ucapkan TAKZIAH pula dekat dia sebab masa bukak FB ada perkhabaran baru mengatakan ayah dia dah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah. Sebelum ni dia memang selalu update pasal kesihatan ayah dia yang tidak menentu. ALLAH. Dah sampai masa dia.
Tapi aku pelikla, kenapa tiap kali aku gi pasar malam (bukan black market), aku beli nasi kerabu, tapi bila sampai bilik, aku terasa nak makan nasi gulai ayam atau koeytiaw goreng, atau sebaliknya. Huhh. Takkan aku nak beli dua-dua kot. Tahula puasa, tapi takda la kebuloq sangat. Dahla tadi nak beli hati ayam goreng, tapi tengok hati ayam tu macam dah kering, mungkin dah digoreng banyak kali. Mungkin.
Tapi takpalah, aku still boleh chill lagi, sebab hari ni dah masuk hari ketiga geng YGen promosi FB page mereka dan bagi botol air jenama Tupperware pada sesiapa yang like FB diorang. Entah apa yang penting sangat dengan page tu sampai dia bagi merchandise berharga RM15 satu tu. Hasil usaha gigih, aku dapat 4 botol sebab ambik FB adik, kak dan FB dia...hehe...Aku dapat kaler kuning 2bijik, kaler oren dan kaler hijau. Rezeki la tu kann. Kawan-kawan aku ada yang dapat 2, 3 dan 6..Yang dapat 6 tu banyak sangat, katanya ambik FB sepupu sepapat dia. Hahaha...Nampak x manusia ni suka benda free. Memang booth dia sentiasa penuh sebab orang berebut nak isi borang, login FB dekat tab yang dia bagi dan barulah boleh claim hadiah. Tadi, dia double check sesiapa yang nak claim hadiah, mungkin sebab ada banyak penipuan berlaku.
Eh korang, jangan lupa pulak, 9 dan 10 Muharam, kita disunatkan berpuasa sunat dimana 9 Muharam adalah Puasa Sunat Taasu'a dan 10 Muharam pula ialah Puasa Sunat Asyura. ''Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lewat'' (Hadis Riwayat Muslim). Memang untunglah siapa dapat puasa, salah seorangnya ialah aku. Untung sebab dapat guna peluang yang Allah bagi ni untuk hapuskan dosa-dosa lepas. Tapi ada jugak yang tak untung sebab tengah dalam keuzuran dan tidak dapat berpuasa. Takziah. Baik tak aku? Memang baik la 'sangattt',..tapi tadi aku ada sign in untuk program Orphan Care yang entah bila dan bagaimana untuk aku join. Sebab dia suruh pergi dengan pengangkutan sendiri dekat rumah penjagaan bayi tu. sigh !
Kalau bilik kita pun sentiasa bersepah, boleh ke kita nak uruskan badan pelajar yang kondisi dan kuantitinya lebih besar dan rumit? haha..Tadi aku tengok ada Flashmob satu badan pelajar, dan salah seorangnya aku kenal, roomate kepada kawan aku. Dia memang kelihatan bersemangat dan hebat. Tapi, diri sendiri tak terurus akibat ke'busy'an yang melampau. *geleng-geleng kepala*
Ahhh aku dah terlampau kenyang sebab bedal air soya, nasi kerabu (yang membuat aku hilang selera hari ni, entah kenapa, padahal biasa okay jer), pisang sebijik, sepotong epal, kurma 2 3 bijik, mungkin 4 bijik. Lagi apa lagi eh? Haaa...roomate aku pun ada bagi donut, so boleh buat sahur. Eh lupa, tadi pun aku ada beli roti inti kacang dekat pasar malam. Ada 6 bun untuk harga RM4, kira okay lah sebab bun dia besau-besau. Hehee.
Yayy tadi soothing gel yang aku beli dah dekat sebulan dah sampai. Lambat sebab beli straight away dari Korea. kelasss gitu...
story of Unknown at Thursday, November 14, 2013 0 speaks
Labels: Beauty, bestfriend, friendship, hadiah, islam, Kelantan, Random, UM
Friday, 8 November 2013
Pelajar SPM Meninggal Dunia
story of Unknown at Friday, November 08, 2013 0 speaks
Labels: Examination, Kelantan, Malaysia, Random, UM
Thursday, 7 November 2013
Siapa Yang Bertuah di Kalangan Kita?
Siapa saja dan apa saja kita buat, biar jadi bertuah. Bagaimana nak jadi bertuah? Caranya ialah sentiasa ingat akhirat.Sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Sentiasa ingin beri sesuatu hadiah kepada Allah. Sama seperti kita sayangkan keluarga atau kekasih kita, sentiasa ingin berikan hadiah.
Orang yang bertuah bukan orang yang kaya, harta bertimbun, tanah berekar-ekar. Orang yang bertuah bukan orang yang cantik, pipi mulus, kulit putih melepak.Orang yang bertuah bukan orang yang berpangkat besar, gaji mahal.
Semuanya itu bukan boleh dibawa ke akhirat. Bertuah dikaitkan dengan akhirat, sediakan habuan untuk akhirat. Walaupun pendek umurnya, tapi taat kepada Allah, itu orang yang bertuah. Dilahirkan sebagai orang yang beriman, itu orang yang bertuah.Kalau orang mengekalkan akidahnya kepada Allah, itu orang yang bertuah.
Masyarakat salah faham. Kerja 5 hari seminggu, hujung minggu berkelah ke pantai, keluar shopping, tengok wayang - itu yang dikatakan bertuah SEBAB hidup sempurna dan gembira dengan habuan gaji setiap bulan walhal tiada sumbangan pada akhirat.
Walau apa yang dilakukan, jadilah orang yang bertuah - hati penuh pengisisan kepada akhirat, taat kepada Allah.Bukan isteri yang cantik tetapi isteri yang taat kepada Allah adalah isteri yang bertuah. Kecantikan bukan kekal selamanya tetapi ketaatan kepada Allah dibawa ke Syurga. Wallahualam.
story of Unknown at Thursday, November 07, 2013 0 speaks
Labels: islam
Puding Karamel Tanpa Telur - Special Edition
For Caramel Sauce
2 senduk gula
For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air
Cara-cara :
For Caramel Sauce
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda
For Pudding
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge.
Nostalgia Burung Ruak Ku
tahu tak apa yang pelik dekat nasi lemak ni? |
hah, kecur tak ayaq liur? |