BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 2 December 2013

APA yang aku belajar



I'm working with WORKING MEMORY right now until ever..haha

such interesting new knowledge to filled up into my brain (macam pelik ayat ni)

working memory memang menarik untuk dipelajari. Bila explore pasal ni (sebab nak buat esaimen) aku jadi lebih tahu daripada yang patut aku tahu. Aku mengkaji pengaruh working memory terhadap prestasi individu dalam pekerjaan. Aku memilih (sebenarnya menjumpai) jurnal berkenaan askar dan polis sahaja (sebab tak jumpa lain dah). Actually, kalau lagi banyak jurnal lagi bagus.

Aku dapat buat kesimpulan disini bahawa memang WM (singkatan untuk working memory laa, tanya lagiiii) sangat diperlukan dalam pekerjaan bahkan dalam hidup seharian juga. Mana ada orang tak guna WM. 

Tak caya? Aku bagi contoh ek..Bagi yang pakai kereta, masa korang (engkau orang) tengah drive kat satu jalan yang tak busy, alamak tiba-tiba kat depan lampu dah oren, dan bertukar merah sesampainya korang dekat traffic light tu. Tapi korang tengok jalan lengang / kereta dijalan bertentangan tu masih sangat jauh lagi nak sampai dan melintas. SO, mesti korang duk pikir nak lintas je atau nak tunggu, KAN? KAN? KAN???? Masa tu la korang gun WM korang tu. Kalau melintas korang risau takut kena saman, kalau tak lintas, lama pulak nak tunggu, lagipun jalan lengang je, dahla perut lapar, wife pulak suruh balik cepat sebab nak celebrate anniversary. Jadi korang boleh buat keputusan berdasarkan etika korang la. 

Maksud aku, kalau korang berani lintas, korang mesti berani jugak terima akibat kan? Korang lintas sebab korang malas nak tunggu, so itu dinamakan etika taleologi (lupa eja camana, nanti aku update). Etika taleologi mementingkan kesan dihujungnya perbuatan. Akibat yang berlaku bila melintas ialah wife korang tak merajuk dan korang boleh isi perut yang lapar. 

Kalau korang tunggu sampai lampu bertukar hijau, itu bermakna korang beretika deontologi. Etika ni sangat mementingkan kewajipan kita. Deon berasal daripada perkataan duty yang bermaksud kewajipan atau tanggungjawab. Kewajipan kita disini ialah masa lampu merah kena STOP, lampu oren kena STANDBY dan lampu hijau baru boleh JALAN. 

Setiap orang pasti menganut etika yang berbeza, kan? Etika-etika ini membincangkan hak semua benda, bukan hak manusia saja ya. Semut, pokok bahkan batu pun ada hak.

and FYI, itu adalah etika yang biasa sahaja. Belum kenal etika-etika yang lebih remeh. Contohnya , Lecterur aku pernah share satu etika (aku lupa nama) yang sangat rumit seperti pasir di bawah tapak kaki kita pun ada hak, maksudnya mungkin kita tak boleh pijak sesuka hati, atau rosakkan dia. I'm not sure about it cause i've never explore about it yet.

Tapi, most of the ethics, lebih mementingkan manusia , sebab apa? aku pun tak pastii..

ok, till then, BYE.

Apa-apa ETIKA sekalipun, semuanya ALLAH yang punya, walaupun setitik air. Perlulah kembali kepada ALLAH dalam membuat keputusan.



0 speaks: