BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 26 December 2013

Ikan Keli Goreng Berlada


Resepi ni bukan DIY tapi favourite all the time aku. Ikan keli berlada. Yummmehhh. Gi kafe atau foodcourt, memang aku cari ikan keli goreng atau goreng berlada dulu, baru tengok lauk lain. 


Bahan2:
2 ikan keli 
Serbuk kunyit dan sedikit garam (untuk digaulkan bersama ikan keli)
**3 biji bawang merah
**4 ulas bawang putih
**2 biji lada merah ( bagi yg mau pedas boleh guna cili padi)
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2 biji limau nipis(diperah dan diambil jusnya)-boleh juga gantikan dengan air asam jawa atau limau kasturi.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:

Gorengkan ikan keli yang telah digaul bersama2 dengan kunyit dan garam. ketepikan.
Kisarkan bahan2 yang bertanda **.
Tumiskan bahan2 yang dikisar tadi sehingga cili benar2 masak .
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan perahan jus limau nipis dan gaul rata.
Apabila sudah masak, tuangkan tumisan ke atas ikan keli dan siap untuk dihidangkan.

PETUA UNTUK IKAN KELI

*Jika beli ikan keli hidup, cara untuk mematikannya dengan merendam ikan keli ke dalam besen(atau bekas bersesuaian) dengan segenggam garam kasar.. biarkan selama setengah hingga satu jam...
*untuk membersihkan ikan keli, rendam ikan keli dengan garam kasar, limau nipis dan asam jawa selama 15 minit.. selepas itu, ikan keli bolehlah dibersihkan dengan menggosok limau nipis ke atas badan ikan, bagi menghilangkan lendir2 yang biasanya melekat pada badan ikan keli. lepas tu dibersihkan ikan keli dengan air biasa sebelum dilumur dengan garam dan serbut kunyit sebelum digoreng..

SELAMAT MENCUBA ~!

P/S : Dulu mak aku cakap, aku suka belut. Orang lain geli-geli nak makan sebab macam ular, aku selamba gitu je makan. Sekarang, dah tukar selera kot. Boleh makan benda bergoreng saja, bukan sup-sup sebab terbayang kelembikan dia tu. Ishhh.

0 speaks: