BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 12 December 2013

Pendapat tentang Couple + Nikah


















Dua situasi yang biasa berlaku dalam masyarakat. Orang lebih 'excited' bila dengar dah ada bf/gf berbanding beritahu nak kahwin.

Tapi melalui alam perkahwinan ni, perlulah bersedia dari mental dan fizikal. Kalau cari duit, jangan fikir untuk cukup-cukup belanja kahwin sahaja kerana apa yang lebih penting adakah cukup atau tidak belanja hidup selepas berkahwin nanti. Sebab tu kalau berkahwin, buat sederhana sudahlah. Boleh gunakan duit tu untuk kehidupan lepas berumahtangga nanti. Tapi jangan pula takut berkahwin kerana perkahwinan ini Allah suka dan membuka 1001 rezeki tak diduga. 

Nikah lagi bagus daripada "couple"..malulah kalau couple dengan org lain, tunang dengan org lain, time nikah pulak dengan org lain..adeh.

Couple ke tunang selagi belum nama nikah selagi tu sy tak percaya.. walaupun dalam Islam tunang tu dah dikira confirm. Apa-apa pun doa je la yg boleh bantu. Kalau jodoh, tak kemana.

Bila Allah kata dengan nikah tu membuka 1001 rezeki tak diduga, bukan bermaksud Allah bagi kita kaya raya, cuma rezeki yang Allah bagi tu memadai untuk menampung perbelanjaan kehidupan sebagai suami isteri,kalau lebih Alhamdulillah.

Kahwin lambat bukan tak laku.
Kahwin muda tak semestinya bahagia.
Kahwin,
bukan soal cepat atau lambat.
Tapi adalah soal sedia atau tidak.

Sedia dari agama, ekonomi, tanggungjawab dan ilmu.
Bukan pakai main redah saja.

0 speaks: