BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 11 December 2013

Bahasa Manusia lebih unik??


For your kind attention, bahasa manusia dianggap sebagai unik dan istimewa. Kenapa ya?

This topic was presented by myfriend, Shahida (minor in Psychology) but she did it very well. Even Dr.Awang looks impressive with her presentation. She is so presentative till someone stand up and asking stupid questions. HUH. What does 'that girl' think ha? Ok maybe its not good to humiliate or insulting her. Ok, just stop talking about her.

Language is a cognitive system that was born in your brain. So, seems that brain plays an important role in the language system. Kalau otak anda rosak, kemungkinannya adalah ia akan mempengaruhi fungsi memproses maklumat, so anda akan gagal berbahasa atau dengan bahasa mudahnya anda tidak boleh berkomunikasi/bercakap. 

Dalam otak, ada bahagian yang dinamakan Cerebrum, yang merupakan bahagian paling penting untuk kegiatan atau aktiviti bahasa ini.


















Dalam cerebrum ni ada bahagian kiri dan kanan.
Terdapat bukti kajian yang mengatakan otak kiri lebih dominan dalam proses berbahasa (Wernicke, Pakar Bedah Otak Jerman)
Otak kiri berfungsi untuk mengatur, menyimpan, memahami dan memproduksi bahasa untuk kita gunakan.
Manakala otak kanan lebih kepada perkara rumit seperti Matematik dan Sains.


















Tapi, kalau salah satu rosak, ibarat kedua-dua tak boleh digunakan sebab dia saling bergantung antara satu sama lain.

Macam mana dengan orang buta, bisu, pekak atau gabungan antaranya (sekaligus)? 
Orang bisu boleh mendengar dan melihat, tapi tidak berupaya untuk bercakap atau membalas balik. 
Orang buta boleh mendengar dan bercakap tapi tak boleh melihat, oleh itu mereka tidak mempunyai keupayaan visual. Pernah pensyarah aku tanya kepada seorang junior (buta tapi tak bisu) macam mana dia bermimpi. Dia kata, mimpi dia hanya mendengar suara, takda visual. Dia tak pernah melihat (buta dari kecil), so, otak dia tak pernah lihat dan simpan apa-apa visual untuk digambarkan kedalam mimpi dia. Sebab itulah manusia dikatakan UNIK melainkan mereka OKU, itu lain cerita. 

Binatang pun ada otak, tapi kenapa tidak boleh berbahasa dan bercakap seperti manusia? Jawapannya, sebab binatang sebenarnya tidak mempunyai sistem memproses maklumat. Sebab itu mereka tidak berupaya untuk menterjemah apa yang mereka lihat dan dengar. Tapi kenapa Cimpanzi, Dolphin, dan binatang lain yang cerdik dikatakan haiwan yang bijak sebab memahami apa yang manusia cakap? Sebenarnya mereka bukan memahami apa yang manusia cakap, tapi mereka dilatih melalui pelaziman. Aku pernah menonton video trainer melatih haiwan-haiwan seperti Dolphin ni. Mereka melatih haiwan-haiwan ni dalam tempoh waktu tertentu. Memang haiwan tu seolah-olah mendengar cakap dan latihan mereka berjaya, sebabnya, mereka (haiwan) akan dikenakan hukuman jika tidak berjaya membuat seperti yang diajar oleh trainer. Contohnya, tidak akan diberi makanan. Oleh itu, haiwan-haiwan tu jadi terbiasa atau lebih dikenali sebagai proses PELAZIMAN. Sama seperti burung kakak tua yang meniru percakapan manusia, walaupun sebenarnya mereka tidak memahami apa yang dicakapkan. 


im getting excited with this subject. LOL

0 speaks: