BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 11 December 2013

Black Fish a.k.a Killer Whale


Tadi, dalam kelas Etika Alam Sekitar, ada tayangan dokumentari mengenai Black Fish atau Paus Pembunuh yang dilatih sama macam dolphin untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Tetapi, seorang trainer yang bernama Dawn, Perempuan, telah dibunuh oleh paus itu, yang bernama Mohamad Tilikum dengan cara menariknya kedalam air dan melemaskannya *if im not mistaken. 

Aku kurang faham jalan cerita sebab tak nampak subtitle. Rabun jauh. Hehe. Tapi, sambungan cerita tu adalah pada hari Khamis ni, nak tahu kenapa paus tu boleh membunuh sedangkan dekat luar (lautan) mereka dikenali sebagi friendly pada manusia. DAN aku pun tak faham kenapa ia digelar paus pembunuh sedangkan dia juga dianggap friendly dekat lautan. KENAPA?

Tapi, tujuan sebenar lecterur aku tayang cerita ni bukan sebab malas mengajar, tapi cerita ni mengajar tentang etika jugak. Manusia tak boleh buat haiwan-haiwan tu macam tu, latih dan seksa kalau buat salah, kurung dalam tempat sempit dan macam-macam lagi, sedangkan haiwan tu juga ada hak untuk bebas. Hah, belajar etika ni, macam aku cakap dalam previous post, memang semua benda ada HAK. Waima rumput yang kita pijak pun ada hak tau. LOL.

But now i presented to you, suspek kes ini, iaitu TILIKUM. 






















Tilikum ni ditangkap ketika usia 2 tahun, masa ni dia tengah duk bermanja dengan mak dia lagi.
Wuhuu, walaupun memang saiz dia besar, tapi mereka masih dianggap kecil okay. Kesian tengok video tu, orang-orang tu pisahkan kawanan baby-baby ni (Tilikum and friends) daripada mummy-mummy diorang. Kejam, right?

look really cute, right? Tapi Tilikum ni la yang membunuh trainer tu. 

FRIEND, OUTCAST, KILLER.


Boleh cari dokumentari pasal Black Fish dekat Youtube :)


0 speaks: