BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 11 December 2013

Buat Kajiselidik di Kenanga Wholesale Centre


(hah, tajuk-tajuk BI jer sehari dua ni)

ALHAMDULILLAH kerja kami dipermudahkan. Siapkan segalanya walaupun boring dan bosan menguji diri. Sabar menempuhi walau ada ragam yang kurang digemari. Sabor jela..

Alhamdullilah kami selamat pergi dan selamat balik dari KWC atau Kenanga Wholesale Centre, berdekatan stesen KTM Hang Tuah, Kuala Lumpur. Dan ini merupakan kali yang pertama aku melangkah kaki ke pusat borong fesyen pakaian. Pernah dengar pasal KWC ni daripada Arda, katanya barang murah-murah. Sebenaqnya, kami ke KWC bukan nak gi shopping, tapi gi buat survey untuk assignment Group kami, untuk matapelajaran Sosiologi Penghijrahan. Dah tu apa kaitan S&P ni dengan shopping mall?? Tak, camni sebenarnya, kami gi buat survey pasal pengambilan pekerja asing dikalangan majikan dekat KWC tu. Kami pilih KWC sebab sambil nak kenal tempat, tempat tu juga luas dan memang ramai pekerja asing. Cuma taraf mereka tidak dapat dipastikan sama ada sah atau tidak sah. LOL

Tak susah nak mencari, daripada Stesen Universiti, kami beli tiket LRT berharga RM3.20 terus ke stesen Hang Tuah. Nak cari Kenanga, tidak susah tapi kena berjalan agak jauh, lebih kurang macam nak cari Sogo dari stesen LRTMasjid Jamek la. Bezanya, MJ lebih teduh manakala KWC ni laluan kereta motor.

Sesampai sahaja di stesen Hang Tuah, dan check out dari platform, tengok sebelah kiri, ada tangga turun ke bawah. Turun tangga tersebut dan jalan straight , lepas lalu satu bangunan besar tu, boleh belok ke kanan dan kemudian belok ke kiri. Lepas tu akan kelihatan besar gedabak KWC itu tersergam indah.

Bukan KWC saja, kedai-kedai kat luar tu pun banyak jual borong. SO, sesiapa yang berniaga pakaian, bolehlah berkunjung kesana. Murah sangat harga, dengan syarat, beli borong.

Ok, ni antara gambar ditempat kejadian ya anak-anak ,

















YA, bangunan kelabu itu adalah KWC.















Salah satu pintu masuknya..

















0 speaks: