BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 15 December 2013

Kita....Nyata Berbeza !!

Aku sedang dilanda perasaan sentimental kerna dah tak berapa lama lagi bakal meninggalkan dunia kampus. Lebih sedih dan sayu lagi ialah sebab terpaksa meninggalkan sahabat aku, terutamanya Siti. Aku harap, perpisahan ini bukan seperti perpisahan yang berlaku semasa PMR, SPM, dan STPM dulu. Aku harap, kita masih tetap mengambil berat dan tetap berhubung antara 1 sama lain. Sob sob sob.
Actually, aku nak story tentang perbezaan. Sepanjang berkawan dan mempunyai kehidupan sebagai seorang pelajar ni, banyak perbezaan yang aku perhatikan. Perbezaan budaya, perbezaan sikap, perbezaan minat dan kecenderungan dan lain-lain lagilah.

Contohnya, dalam bilik aku ni pun aku perhatikan ada perbezaan itu. Roomate aku, suka pakai seluar dan T-Shirt jer time ke kuliah. Baju kurung ada, tapi pakai time ada presentation atau majlis-majlis tertentu saja. Boleh dikatakan sesuatu yang pelik kalau dia pakai baju kurung. Nampak kelainan. Sorang lagi, lebih kurang sama. Sampai kalut dia duk tempah baju kurung 2 3 helai sebab sem depan dia kena gi praktikal sebagai guru. Sama juga dengan kawan aku, Fara. Dia sinonim dengan jeans, t-shirt dan cardigan beserta beg sandang dia. Kalau dia pakai baju kurung, memang nampak lain. Sampaikan Dr.Awang pun tegur kalau Fara pakai baju kurung. Katanya, Fara pakai baju baru. Nampaknya, baju kurung tidak lagi menjadi amalan, atau mereka menganggap baju kurung untuk perkara tertentu saja? Aku bukan tak suka pakai seluar, tapi kalau baju kurung, aku senang match dengan tudung. Lagipun, aku belum mempunyai koleksi blouse dan seluar yang banyak.

Perbezaan lain ialah, aku melihat seorang kawan aku ni (biar aku gelarkan dia Wawa, bukan nama sebenar) sering bersendirian dan tidak hiraukan kawan kalau tidak ada keperluan. Dia cuma akan attend kelas dan keluar. Kalau ada gap, kami lunch sama-sama. Tapi kalau tidak ada kelas bersama, dia akan pergi begitu saja. Tiada SMS, tiada teguran, tiada basa-basi. SERIUS 24jam. Kehidupan dia lebih menggembirakan kalau bersama family dia. Sedangkan kawan-kawan lain pula seolah-olah tidak boleh tidak ada kawan disisi. Termasuk aku, lagi-lagi kami stay dekat kolej sedangkan Wawa di tinggal kat luar. Tapi, kalau ada apa-apa program, kami ajak Wawa tapi dia selalu tak dapat datang la. Dekat FB pun, time kami kecoh-kecoh tentang sesuatu hal, dia takda respon, paling bagus pun dia akan like. Wawa seolah-olah memisahkan sahabat dan family dan family adalah segala-galanya bagi dia. It's okay. Sapa tak sayang dan hargai family kan? Okay then. Tapi, bagi aku, sahabat adalah family aku disini.

Perbezaan seterusnya ialah, aku dan kawan-kawan suka makan nasi, kalau tak jumpa nasi dalam sehari memang boleh shaking. Tapi, roomate aku (contohnya) tak kisah. Asalkan makan. Diorang boleh makan MCD, spageti makcik kafe KK4, mi sup atau mi goreng. Adakah sebab aku dan kawan-kawan ni orang Kelantan maka kami berbeza?

Perbezaan lain pula ialah dulu kalau kita buat salah dengan kawan kita atau sapa-sapa, kita kena jumpa dia dan mintak maaf dengan dia. Tapi budaya sekarang pelik. Bukan jumpa dan mintak maaf, tapi hanya post di FB dengan ayat lebih kurang ''kerana mulut badan binasa, maka diam lebih baik dari terus menyakiti hati'' . Hehh *sila terasa ya.

Perbezaan terakhir mungkin, ialah tentang minat. Aku minat sangat cerita horror, thriller dan fiction. Fiction tu okay la, kawan-kawan aku pun minat. Tapi kenapa diorang tak boleh join dan teman aku tengok cerita horror dan thriler macam The Descent, Wrong Turn, The Call, dan lain-lain?? Hehehee..Oppsss...ada yang tak suka tengok movie-movie ni..katanya melalaikan dan membuang masa. Hurmmm...

Mula dari kiri : tak ingat nama, tak ingat nama, Mizah, Tia, Cidot, Aku, Siti,
Arda, Fara, Umi, Wani, Dhira.















Mula dari kiri atas : Akma, Wani, Arda, Cidot, Una, Mizah, Fara, Aku
Kiri bawah : Zairi, Ain, Tia, Zul, Ain Mazlan
*Ni pun salah satu perbezaan, perbezaan KENANGAN. Gambar satu di Jakarta, Indonesia. Gambar dua di Port Dickson. Apa yang berbeza ialah ahli dalam gambar. bermakna, apabila kami ke sesuatu tempat, tidak semua classmates join. Sebab tu la asyik tak cukup korum. ~sighs!

0 speaks: